Kuala Lumpur (KL) merupakan ibu negara Malaysia dan telah menjadi bandar ke-6 yang paling kerap dikunjungi di dunia dalam sektor pelancongan dan membeli-belah. Oleh itu, terdapat ratusan atau bahkan ratusan ribu restoran yang boleh anda kunjungi di KL. Yang menariknya, anda tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam atau ratusan ribuan ringgit untuk terbang jauh ke negeri atau negara lain bagi menikmati hidangan mereka.
Ini kerana di KL terdapat pelbagai pilihan makanan yang terdiri daripada masakan tempatan, dan juga masakan-masakan antarabangsa seperti, Arab, USA, Itali dan banyak lagi. Jika anda peminat masakan steamboat, jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi restoran steamboat terbaik yang terletak di KL. Berikut adalah 8 Restoran Steamboat Terbaik di KL 2023.
Apa Yang Perlu Anda Perhatikan Sebelum Memilih Restoran Steamboat di KL?
Kuala Lumpur sangat padat dengan tarikan gaya hidup dan budaya makan yang pelbagai. Namun untuk mencari restoran yang baik, anda perlulah mempertimbangkan beberapa aspek seperti lokasi, belanjawan anda, dan status halal restoran.
1. Lokasi
Kami sarankan anda untuk mencari lokasi restoran yang anda ingin tuju supaya tidak membazirkan masa dan minyak anda.
2. Belanjawan
Setiap restoran mempunyai kadar harga yang berbeza berdasarkan masakan yang ditawarkan. Jadi, anda harus meletakkan bajet anda sebelum membuat pilihan bagi mengelakkan sebarang kesukaran berlaku.
3. Status Halal
Kuala Lumpur didiami oleh pelbagai bangsa maka wajarlah jika mempunyai restoran yang tidak mempunyai sijil halal. Oleh itu, jika anda seorang Muslim, anda perlu meneliti status halal restoran tersebut sebelum anda berkunjung ke sana.
8 Restoran Steamboat Terbaik di KL 2023
1. The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat


The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat merupakan salah satu tempat terbaik untuk anda menikmati Steamboat BBQ bersama keluarga. Restoran ini menghidangkan pelbagai makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran hinggalah makanan laut. Bukan itu sahaja, jika anda menggemari masakan pedas, anda boleh meminta tahap kepedasan mengikut cita rasa mereka. Selain itu, harga minuman dan makanan di restoran ini juga berpatutan.
Waktu Operasi: 5:00 petang – 12:00 pagi (Isnin – Ahad)
Alamat: 1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook : https://web.facebook.com/TheKhanMR/
2. Harbour Ed’s Steamboat Restaurant (Sri Petaling)


Restoran ini merupakan antara restoran steamboat terkenal yang terletak di Kuala Lumpur. Ia telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai suasananya yang selesa serta makanan dan minumannya yang lazat. Restoran ini terkenal dengan sup steamboatnya yang kaya dengan rasa. Para pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu bagi mengelakkan anda menunggu lama dalam barisan.
Waktu Operasi: 2:00 petang – 10:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 19, Jalan 13/149l, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/hsteamboat/
3. Bamboo Garden Steamboat Restaurant


Inginkan steamboat dengan rasa yang padu pada harga yang berpatutan? Restoran Bamboo Garden Steamboat ini pilihan terbaik untuk anda. Restoran ini terkenal dengan hidangan Tomyam dan Sup Tulang Babi. Selain itu, restoran ini mempunyai reka bentuk yang luas dengan persekitaran yang santai, menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan, keluarga mahupun untuk makan malam syarikat.
Waktu Operasi: 5:00 petang – 11:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: Lot 686, Jalan Kuang Bertam Taman Kepong, Kepong
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/ bamboogardensteamboat/
LAMAN WEB4. Steam Era Seafood Restaurant


Steam Era Seafood Restaurant ini terletak di Kepong, Kuala Lumpur. Restoran ini telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai makanan dan minumannya yang lazat pada harga yang berpatutan. Restoran ini juga terkenal dengan hidangan Stir Fried Indonesian Meat Crab with Kam Heong, Steamed Seafood Hot Pot Porridge, Baked Tiger Prawn with Superior Soy Sauce dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 12:00 pagi (Isnin – Ahad)
Alamat: 145, Jalan Imbi, Pudu, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook:https://web .facebook.com/steamerahq/?_rdc=1&_rdr
Laman Web5. Suki-Ya @ Pavilion KL


Jika anda peminat tegar steamboat, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba steamboat di Suki-Ya @ Pavilion KL. Restoran ini merupakan salah satu restoran Jepun tertua di Malaysia dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Restoran ini bukan sahaja menawarkan masakan steamboat malah ia juga menyediakan hidangan makanan lain seperti daging, makanan laut dan shabu-shabu atau hotpot.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: Lot 6 . 24. 04, 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/sukiyakl/
Laman Web6. 海底捞 Haidilao Hot Pot


Haidilao Hot Pot merupakan antara restoran steamboat yang terkenal di KL. Restoran ini terkenal dengan rekaan dan hiasannya yang minimalis dan moden serta suasana yang selesa dan nyaman. Ia juga sering menjadi tempat bergambar untuk Instagram. Bukan itu sahaja, restoran ini juga menawarkan pelbagai hidangan lazat pada harga yang berpatutan.
Waktu Operasi: 11:00 pagi– 1:00 pagi (Isnin – Ahad)
Alamat: Lot 10.104/105.00 & P10.101.00 Level 10 Pavilion Elite, 168, Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review : Di sini
Facebook: https://facebook.com/HaidilaoMalaysia
7. Seoul Garden HotPot


Siapa sahaja yang tidak pernah mengetahui mengenai restoran Seoul Garden bukan? Restoran ini merupakan antara restoran steamboat yang sangat terkenal bukan sahaja di KL, malah boleh dikatakan di seluruh negara kita! Seoul Garden mempunyai sekitar 14 cawangan di Lembah Klang. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis set hidangan BBQ Korea yang berasaskan daging, steamboat dan makanan laut.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:45 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: Lot 4-07 & 08,4th floor, Lingkaran SV, Sunway Velocity 55100, Cheras, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Laman Web8. Sweetree Restaurant


Restoran Sweetree ini terletak di Jalan Ampang Putra yang menawarkan sentuhan rasa Korea untuk orang Malaysia! Jika anda memang peminat K-Pop atau gemar dengan makanan dan budaya Korea, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba makanan di sini. Restoran ini terkenal dengan hidangan seperti Topokki, Haemul Pajeon (Korean Pancake), Cha Dol Bak Ee (Daging Bakar), Japchae, Dak Gal Bi dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, restoran ini juga telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Waktu Operasi:
- 12:00 tengah hari – 9:00 malam (Isnin – Khamis)
- 11:30 pagi – 9:00 malam (Jumaat – Ahad)
Alamat: L1, 12 L1 & 13, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, Ampang, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Laman WebPerhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.