8 Restoran Terbaik di Cyberjaya 2025

Cyberjaya terletak di daerah Sepang, Selangor dan terkenal dengan jolokan nama ‘Silicon Valley Malaysia’ kerana terdapat banyak syarikat IT yang berkampung di sana. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Cyberjaya telah berkembang pesat menjadi sebuah bandar yang popular. Bandar ini mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh anda kunjungi bersama keluarga atau rakan anda, antaranya ialah pusat membeli-belah, kedai, kafe dan restoran tempatan.

Cyberjaya memang kaya dengan pelbagai variasi tempat makan yang menawarkan pelbagai masakan daripada negara di seluruh dunia seperti Malaysia, Jepun, Arab, Cina dan Barat. Berikut adalah 8 restoran terbaik di Cyberjaya yang wajib anda kunjungi ketika berada disana.

Tips untuk mencari restoran yang baik untuk dikunjungi di Cyberjaya.

Terlalu banyak restoran yang boleh didapati di Cyberjaya sehingga membuatkan anda keliru hendak memilih mana satu? jangan bimbang, dengan melakukan beberapa langkah seperti pilihan, lokasi dan harga boleh membantu anda dalam mencari restoran yang terbaik untuk dikunjungi.

  1. Pilihan

Anda boleh mengecilkan pilihan dengan menetapkan jenis restoran yang anda ingin kunjungi. Walau bagaimanapun, jika anda seorang penggemar makanan, anda boleh mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang baru 

  1. Harga

Setiap restoran di Cyberjaya mempunyai kadar harga yang berbeza berdasarkan masakan yang ditawarkan. Jadi, anda harus meletakkan bajet anda sebelum membuat pilihan bagi mengelakkan sebarang kesukaran berlaku.

  1. Lokasi

Kami sarankan anda untuk mencari lokasi restoran yang anda ingin tuju supaya tidak membazirkan masa dan minyak anda.

8 Restoran Terbaik di Cyberjaya 2025

1. Sanaa Restaurant

Sanaa Restaurant
Kredit gambar: Nasi Arab Terbaik di Cyberjaya – Sanaa Restoran

Sanaa Restoran merupakan salah satu restoran Arab yang terkenal di Cyberjaya. Restoran ini bukan sahaja menyediakan makanan Arab, malah makanan Yaman juga disediakan di sini. Antara masakan yaman yang terkenal di restoran ini ialah Hanith Lamb dan Mandi Chicken. Restoran ini juga menyajikan Shawarma, yang secara amnya ialah makanan yang digemari orang ramai. Selain itu, bagi anda yang mahukan sesuatu yang ringan, kebab sajork pilihan terbaik untuk anda. 

Alamat: 13-G Blok B Neocyber Lingkaran Cyberpoint Barat, 63000 Cyberjaya

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

2. Saba Restaurant

Saba Restaurant
Kredit gambar: FoodAdvisor

Sukakan nasi Arab? Saba Restaurant ini merupakan salah satu restoran makanan Arab yang paling terkenal Cyberjaya. Jumlah pelanggan yang ramai jelas membuktikan popularitinya. Restoran ini terkenal dengan juadah Kabsah, Hanith, dan Mandi yang merupakan makanan dari Yaman. Selain makanan berat, restoran ini juga menawarkan makanan ‘ala carte’ seperti roti dan bijirin nasi.

Alamat: Tingkat Bawah, 4800 Suite 0-2, A1, Jln Perdana, CBD Perdana, 63000 Cyberjaya

Waktu Operasi: 12:00 tengahari – 11:00 malam (Setiap Hari)

Google Review: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

3. Kung Fu Restaurant

Kung Fu Restaurant
Kredit gambar: FoodAdvisor

Jika anda seorang pencinta makanan Cina, restoran Kung-Fu merupakan tempat yang harus anda kunjungi ketika anda ke Cyberjaya. Mempunyai reka bentuk yang unik dan nostalgia memberikan anda suasana seolah-olah anda berada di negara China. Bukan itu sahaja, restoran ini juga menawarkan pelbagai hidangan lazat pada harga yang berpatutan. 

Alamat: P3A-12 & P3A-13, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:00 malam (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

4. Giggles & Geeks

Giggles Geeks
Kredit gambar: foodievstheworld

Giggles and Geeks mempunyai 3 ruangan makan iaitu VIP atau Stage Area, Bar Section dan AI Fresco. Jadi ia sangat sesuai sekiranya anda ingin mengadakan sebarang majlis atau mesyuarat. Tambahan pula, pihak restoran juga menyediakan wifi percuma untuk setiap pengunjung. Restoran ini terkenal dengan masakan barat  seperti Aglio E Olio Grilled Chicken Chop, Classic Homemade Cheese Beef Burger dan Chicken Chop.

Alamat: Tingkat Bawah, Pusat Bio-X, Persiaran Cyber ​​Point Selatan, Cyber ​​8, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 11.00 malam (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

5. Shamna Restaurant 

Shamna Restaurant
Kredit gambar: TripAdvisor

Shamna Restaurant merupakan salah satu restoran terbaik di Cyberjaya yang menyajikan makanan Arab dan barat. Menu restoran ini terdiri daripada pelbagai hidangan antaranya Sandwic, burger, pasta, makanan laut dan gril. Restoran ini terletak di  Lingkaran Cyber ​​Point Barat, Cyberjaya dan mula beroperasi dari 12 tengah hari hingga 12 pagi. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan pada harga purata serendah RM 17.00. 

Alamat: Lingkaran Cyber ​​Point Barat, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari -12:00 pagi (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

6. Salam Noodles

Salam Noodles
Kredit gambar: OpenRice Malaysia

Salam Noodles ialah sebuah restoran Chinese-Muslim dan merupakan salah satu port makanan Chinese Muslim pilihan ramai dan kini sudah mempunyai dua cawangan di Cyberjaya dan satu cawangan di Putrajaya. Terdapat pelbagai menu makanan Xinjiang yang sedap dan menarik seperti Beef Soup Noodle, Sheep Bone Pot Set, Mutton Curry Gravy Noodle, Dry Beef Dumplings, Mutton Roast Stick, Braised Chicken Rice dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga ‘FREE flow drinks’ untuk semua menu hidangan yang berharga RM7.90 dan ke atas.

Alamat: D1-03-06, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya

Waktu Operasi: 8:30 pagi -4:00 petang (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

7. Glaze Eatery

Glaze Eatery
Kredit gambar: tapay.world/

Jika anda mencari kafe yang instagrammable dengan harga makanan yang berpatutan, Glaze Eatery adalah pilihan terbaik. Restoran ini menawarkan aneka pencuci mulut, makanan tempatan dan barat. Bukan itu sahaja, mereka juga menghidangkan set makanan sarapan pagi yang berteraskan hidangan barat pada harga yang berpatutan. Jadi anda boleh mulakan hari anda tanpa berbelanja besar.

Alamat: A-03-03A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya

Waktu Operasi: 8:30 pagi – 11:30 malam (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

8. Baytana Restaurant

Baytana Restaurant
Kredit gambar: NinjaFound.com

Restoran Baytana juga merupakan salah satu restoran yang menawarkan masakan Arab terbaik di Cyberjaya. Restoran ini terletak berhampiran dengan universiti MMU dan CUCMS, menjadikannya restoran pilihan para pelajar. Restoran ini beroperasi dari 12 tengah hari hingga 8 malam pada setiap hari.

Alamat: Persiaran Multimedia,63000, Cyberjaya 

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 8:00 malam (Setiap hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close