Dari sebuah pusat perlombongan bijih timah, Seremban kini sudah menjadi bandar yang pesat membangun. Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan yang terletak di Semenanjung Malaysia. Bandar ini cukup terkenal dengan jolokan lubuk makanan orang “Nogori”. Jika anda menggemari masakan pedas dan asli, maka Seremban adalah destinasi yang terbaik untuk anda terokai.
Seremban sememangnya kaya dengan pelbagai variasi tempat makan yang menawarkan pelbagai masakan daripada negara di seluruh dunia seperti Malaysia, Indonesia, Arab dan barat. Berikut adalah 10 restoran terbaik di Seremban yang wajib anda kunjungi ketika berada disana.
Apakah yang perlu anda pertimbangkan semasa memilih restoran?
Seremban semakin dikenali sebagai pusat gastronomi makanan ‘fusion’ dan antarabangsa. Namun untuk mencari restoran yang baik, anda perlulah mempertimbangkan beberapa aspek seperti lokasi, bajet dan menu.
- Lokasi
Anda disarankan untuk mencari lokasi restoran yang anda ingin tuju terlebih dahulu supaya tidak membazirkan masa dan minyak anda.
- Bajet
Langkah terbaik untuk anda lakukan sebelum berkunjung ke restoran adalah dengan menentukan bajet anda. Hal ini bagi mengelakkan anda berbelanja secara berlebihan serta mengelakkan sebarang kesukaran berlaku.
- Menu
Sesetengah restoran mungkin tidak menghidangkan jenis makanan yang anda inginkan. Justeru itu, anda perlu membuat semakan menu secara dalam talian terlebih dahulu sebelum berkunjung ke restoran. Hal ini boleh membantu anda mendapatkan beberapa maklumat mengenai makanan dan minuman yang ditawarkan.
10 Restoran Terbaik di Seremban 2023
1. Seremban Seafood Village



Jika anda penggemar makanan laut, jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke Seremban Food Village. Restoran ini terkenal dengan hidangan ketamnya yang segar dan dimasak dengan sempurna. Bukan itu sahaja, restoran ini turut menyajikan hidangan makanan laut lain seperti Kerang Buluh, Udang Lipan dan Mi Wantan. Restoran ini beroperasi pada setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam.
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 11.00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 3720-3724, Jalan Tuanku Munawir, Tuanku Munawir, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB2. Jigger & Shaker



Jigger & Shaker mempunyai suasana yang santai dan kasual sekali gus menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan, keluarga mahupun janji temu. Antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung ke restoran ini ialah Fish and Chips, Chicken Chop, Hawaiian Chicken Burger with Chipotle Sauce dan Wild Buffalo Chicken Wings with Crinkle Fries.
Waktu Operasi:
3.00 petang – 11.00 malam (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Alamat: PT 12653, Jalan Pusat Dagangan Sendayan, 1, Bandar Sri Sendayan, 71950 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB3. Restoren Kemangi



Restoren Kemangi ini terletak di Jalan Kuala Pilah, Seremban. Restoran ini menawarkan pelbagai menu yang terdiri daripada masakan Thai, barat dan tradisional Melayu. Bukan itu sahaja, mereka juga menyajikan pelbagai pilihan nasi goreng yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Restoran ini terkenal dengan hidangan seperti Chicken Chop, Banjo Telur dan Burger Ayam Rangup.
Waktu Operasi: 4.00 petang – 11.30 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: Persimpangan Tmn Pinggiran Golf / Taman Paroi Jaya, Jalan Kuala Pilah 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB4. Pizza Italia



Pizza Italia merupakan salah satu restoran terbaik di Seremban yang menyajikan makanan Itali dan barat. Menu restoran ini terdiri daripada pelbagai hidangan antaranya Stik Panggang, Pasta, Salad, Sup dan sudah tentu Piza. Bukan itu sahaja, restoran ini juga menawarkan minuman beralkohol dan tidak beralkohol yang boleh anda pilih mengikut ‘mood’ anda.
Waktu Operasi:
12.00 tengah hari – 12.00 pagi (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Alamat: 480, Taman Oakland Fasa 3, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB5. Hayyan Huda Opah’s Kitchen



Hayyan Huda Opah’s Kitchen menyediakan pelbagai juadah selera kampung dan pantai Timur yang menepati cita rasa lokal rakyat tempatan. Restoran ini terkenal dengan hidangan Daging Salainya yang dikatakan sebagai daging salai terbaik di Seremban. Bukan itu sahaja, restoran ini juga telah mendapat pelbagai ulasan positif daripada pelanggan terdahulu mengenai konsep dan suasananya yang bersih serta mesra kanak-kanak.
Waktu Operasi:
11.00 pagi – 8.00 malam (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Alamat: 44, Jalan Bukit Temiang 1, Taman Bukit Temiang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB6. AZUMA Japanese Restaurant



Jika anda peminat makanan Jepun, jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke AZUMA Japanese Restaurant. Hal ini kerana, ia menyajikan makanan Jepun asli yang terbaik. Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan Jepun yang terdiri daripada Sashimi, Sushi, Temaki, Serada, Nabe, Mushi dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai reka bentuk yang minimalis dan moden memberikan anda suasana yang santai dan tenang.
Waktu Operasi:
11.30 pagi – 2.15 petang, 6.00 petang – 10.15 malam (Isnin – Khamis)
11.30 pagi – 10.15 malam (Jumaat – Ahad)
Alamat: 193 G, Jalan S2 B14 Uptown Avenue Seremban 2, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB7. Yee Kee Beef Noodles



Yee Kee Beef Noodles merupakan antara restoran yang menawarkan Mi Daging Lembu terbaik di Seremban. Bukan itu sahaja, restoran ini juga terkenal dengan hidangan Mi Sup Daging, Sup Bebola Ikan, Mihun Kepala Ikan, Ayam Hor Fun Ipoh dan Ayam Laksa Kari Hainan. Pada hujung minggu, restoran ini sering dipenuhi pelanggan. Jadi, atur waktu anda dengan baik sebelum datang ke sini.
Waktu Operasi:
9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Ahad)
Ditutup pada hari Khamis
Alamat: No.181, Jalan S2 B22, Pusat Dagangan Seremban 2, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB8. Restoran Eden Hakka



Jika anda berkunjung ke Seremban, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba hidangan di restoran pandu lalu Eden Hakka. Restoran ini terkenal dengan masakan Cina seperti Ayam Tumis Lada Hitam, Itik Halia, Ikan Kukus, Udang Wain Beras dan hidangan tradisional Cina yang lain. Ia terletak di Kampung Kayu Ara, Seremban dan beroperasi dari jam 11:00 pagi hingga 9:00 malam.
Waktu Operasi:
11.00 pagi – 9.00 malam (Selasa – Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Alamat: Jalan Kayu Ara Lot 3136, Kampung Kayu Ara, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB9. Asiatique Restaurant



Asiatique Restaurant merupakan antara restoran yang diperakui halal. Ia terletak di lobi Hotel Royal Chulan, Negeri Sembilan. Makanan yang disajikan menggunakan berkonsep bufet dan ‘stall’ serta kaedah pembayarannya juga mengikut ‘pax’. Antara hidangan yang terkenal di restoran ini ialah Oxtail Asam Pedas, Royale Mee Mamak dan Steak Tenderloin Bakar.
Waktu Operasi: 6.00 pagi – 11.30 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: Lobby Floor, Royale Chulan Seremban, Jalan Dato AS Dawood, 70100 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEB10. Restoran Anjung Selera



Jika anda seorang pencinta makanan Melayu asli, maka restoran ini merupakan tempat yang harus anda kunjungi ketika anda berada di Seremban. Restoran ini menawarkan pelbagai menu yang terdiri daripada masakan tempatan. Antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung ke restoran ini ialah Daging Salai, Patin Tempoyak dan Masak Lemak Cili Api. Selain itu, harga minuman dan makanan di restoran ini juga berpatutan.
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Ahad)
Alamat: 597, Jalan Haruan 4/8, Pusat Perniagaan Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
LAMAN WEBDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.