Jika anda mencari masakan Thai yang asli di Hulu Langat, anda berada di tempat yang betul! Terdapat beberapa restoran di Hulu Langat yang menyediakan hidangan Thai yang lazat dan menggunakan bahan-bahan segar. Daripada sup Tom Yum yang ikonik sehinggalah kepada Pad Thai yang lazat, restoran-restoran ini mengekalkan resipi tradisional dan menawarkan pengalaman menjamu selera yang memuaskan untuk para pelanggannya.
Tidak kira sama ada anda penggemar makanan Thai atau kali pertama mencubanya, anda pasti akan menemui hidangan yang sedap dalam menu yang mereka tawarkan. Kami telah menyenaraikan restoran Thai yang terbaik di Hulu Langat untuk memberi anda pelbagai pilihan makanan. Setiap restoran menawarkan suasana dan hidangan yang menarik. Jadi, marilah beramai-ramai berkunjung ke restoran Thai yang terbaik di Hulu Langat ini.
Apakah Sebab Yang Menjadikan Makanan Thai Istimewa?
Masakan Thai boleh memukau lidah anda dengan kombinasi rasa yang unik dan rumit. Hidangan mereka seimbang dengan rasa masam, pedas, manis dan masin. Selain itu, mereka juga menyajikan hidangan yang ditambah dengan herba dan rempah segar seperti serai, halia, cili dan daun ketumbar. Semua ini boleh menambah aroma yang menyelerakan dalam masakan mereka. Selain itu, masakan Thai menawarkan pelbagai tekstur yang boleh memberikan anda pengalaman menjamu selera yang memuaskan.
Adakah Makanan Thai Sesuai Untuk Penggemar Makanan Sihat?
Kebanyakan hidangan Thai mengandungi bahan rendah protein dan rendah lemak seperti udang, ayam dan tauhu. Mereka juga memasukkan sayur-sayuran dan rempah-ratus untuk menyediakan makanan yang sedap, beraroma dan seimbang untuk badan anda. Jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat, anda perlu melihat kandungan gula, garam dan minyak dalam pemakanan anda, khususnya apabila anda mencuba masakan Thai.
4 Restoran Thai Terbaik di Hulu Langat 2023
1. Restoran Terra Pong Batu 18
Restoran Terra Pong Batu 18 mempunyai pemandangan yang menenangkan kerana dikelilingi oleh pokok-pokok. Kebersihan tempat ini amat diutamakan oleh pemiliknya. Selain itu, restoran ini mempunyai dekorasi yang menarik. Restoran ini sesuai untuk dijadikan tempat berkumpul bersama orang tersayang atau merayakan hari yang istimewa. Hidangan yang disajikan sangat lazat. Ramai pengunjung memesan Seafood Tom Yam mereka kerana ia lazat dan secukup rasa. Restoran ini juga menyediakan kemudahan seperti ruang solat dan tandas yang bersih untuk pengunjungnya.
Waktu Operasi:
3:00 petang – 10:00 malam (Selasa – Jumaat)
1:00 petang – 10:00 malam (Sabtu, Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: Lot 679, Pekan Batu Lapan Belas, 43100 Hulu Langat, Selangor
No. Telefon: 019-894 6454
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://ms-my.facebook.com/TERRAPONGTHAIKITCHEN/
Instagram: https://www.instagram.com/terrapongrestaurant/
semak laman web di sini2. Chalee Seafood
Chalee Seafood merupakan sebuah restoran makanan laut Thai yang terkenal kerana menyediakan hidangan Tom Yam yang asli dan lazat. Restoran ini adalah salah satu restoran yang mahir dalam menyediakan masakan ini dan terkenal dengan masakan mereka sejak turun-temurun. Selain memberikan perkhidmatan pelanggan yang ramah dan cepat, Chalee Seafood juga menyediakan pengalaman menjamu selera pada harga yang memang berpatutan. Restoran ini sering dikunjungi oleh mereka yang meminati hidangan asli Thai. Selain itu, restoran ini juga terkenal kerana menyajikan hidangan makanan laut yang terbaik di Hulu Langat.
Waktu Operasi: 5:00 petang – 2:00 pagi (Setiap hari)
Alamat: 43100 Hulu Langat, Selangor
No. Telefon: 014-253 6628
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
3. Water View Thai Restaurant
Water View Thai Restaurant adalah sebuah restoran Thai yang mempunyai suasana yang menyegarkan kerana dikelilingi oleh gunung. Baru-baru ini, Water View Thai Restaurant telah menggaji seorang tukang masak daripada utara Thailand. Persekitaran restoran ini nyaman dan selesa untuk berkumpul bersama kawan-kawan atau ahli keluarga. Anda harus mencuba air kelapa istimewa mereka yang manis dan masam. Restoran ini juga menyediakan pelbagai hidangan Thai klasik seperti Lemon Steamed Fish, Gaeng Som Fish, Thai Fried Pork Hand, Thai Handmade Shrimp Cake dan banyak lagi.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 1625, Jalan Sungai Tekali, 43100 Hulu Langat, Selangor
No. Telefon: 012-665 1918
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/waterviewhululangat/
4. Kaisar Thai Restaurant
Anda sedang mencari tempat yang sesuai untuk berkumpul? Kaisar Thai Restaurant di Petaling Jaya atau Hulu Langat adalah pilihan yang tepat! Anda boleh menikmati hidangan yang lazat pada harga yang berpatutan. Selain suasana persekitarannya yang selesa, anda juga boleh mengajak orang tersayang untuk mencuba hidangan istimewa mereka seperti Butter Prawan, Tom Yam, Kaisar Fried Egg dan Succulent Garlic Squid. Nikmatilah pengalaman menjamu selera yang menggembirakan di restoran ini!
Waktu Operasi: 4:00 petang – 2:00 pagi (Setiap hari)
Alamat: 2464-A, Jln Hulu Langat, 43100 Hulu Langat, Selangor
No. Telefon: 016-205 8714
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.