10 Restoran Thai Terbaik di Sarawak 2024

Makanan Thai sememangnya terkenal dengan kombinasi masam dan pedas. Kombinasi ini pastinya penyebab utama mengapa makanan Thai sentiasa menyelerakan sehingga berjaya mendapat tempat dalam kalangan penduduk Malaysia. Rasa dan ramuan yang digunakan dalam masakan Thai kebanyakannya hampir serupa dengan yang digunakan dalam masakan Malaysia. Persamaan ini juga telah menyebabkan ia digemari oleh rakyat Malaysia. Selain itu, budaya Thai yang semakin meluas juga menyebabkan ramai rakyat Malaysia tahu akan makanan Thai. Kini, kita dapat melihat banyak restoran Thai di negara ini kerana ia mendapat sambutan yang hebat daripada penduduk setempat.

Sarawak juga tidak terlepas dengan keadaan ini apabila banyak restoran Thai dapat dilihat di segenap negeri ini. Jika anda tinggal di Sarawak dan ingin merasai makanan Thai, cubalah 10 lokasi yang kami senaraikan di dalam artikel ini. Berikut adalah 10 restoran Thai terbaik di Sarawak 2024. 

Som Tum, Pad Khai, Gaeng Gaeng – Begitu banyak perkataan yang tidak diketahui di dalam menu. Bagaimana Saya Mahu Memesan Menu?

Jawapannya mudah sekali. Anda boleh meminta staf di restoran mereka membantu anda untuk memilih dan memesan menu anda. Jangan segan kerana mereka sudi membantu anda dengan ramah. Jika anda tidak bertanya mereka, anda mungkin tidak dapat menikmati hidangan yang anda mahukan. Selain itu, anda juga boleh mempelajari perkara menarik tentang makanan tersebut dengan meminta staf mereka menerangkannya kepada anda. Menarik bukan?

Adakah Hidangan Thai Mahal?

Sesetengah restoran Thai meletakkan harga yang agak tinggi untuk hidangan mereka. Namun, masih terdapat banyak pilihan restoran Thai lain yang menawarkan harga yang lebih berpatutan. Pemilik restoran itu juga ialah orang Thai yang mahir memasak hidangan Thai yang lazat.

10 Restoran Thai Terbaik di Sarawak 2024

Advertise With My Weekend Plan

1. Sinong Thai Kitchen & Café

Sinong-Thai-Kitchen-Cafe-
Kredit Gambar: Sinong Thai Kitchen & Café Facebook
Sinong-Thai-Kitchen-Cafe-
Kredit Gambar: Sinong Thai Kitchen & Café Facebook

Adakah anda sedang mencari restoran Thai yang terbaik di Bintulu? Jangan risau kerana Sinong Thai Kitchen & Cafe mungkin jawapan yang tepat. Anda boleh menemui pelbagai pilihan hidangan Thai yang pastinya memikat selera anda. Mereka akan memastikan anda pulang dengan perut yang gembira dan kekeyangan.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat: Shahida Commercial Centre, 97000 Bintulu, Sarawak

No. telefon: 011-33365881 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/STKADAP4ORTY/?ref=page_internal

2. Nirawan 9

Nirawan--
Kredit Gambar: Nirawan 9 Facebook
Nirawan--
Kredit Gambar: Nirawan 9 Facebook

Persaingan antara restoran restoran Thai di Kuching memang sengit kerana terdapat banyak pilihan restoran di sini. Namun Nirawan 9 merupakan pilihan terbaik untuk anda kerana hidangan mereka sangat enak dan menyelerakan. Pastinya ia merupakan syurga makanan buat penggemar makanan Thai. Di sini, anda boleh menikmati Tom Yum Kung, Kari Hijau, Som Tum, Ayam Pandan dan banyak lagi!

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat: Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak

No. telefon: 019-5024311 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/Nirawan-9-895606257289926/?ref=page_internal

Instagram: https://www.instagram.com/nirawan9_em/

3. Bangkok Thai Seafood Restaurant

Bangkok-Thai-Seafood-Restaurant
Kredit Gambar: Lok Thian Group of Companies Facebook
Bangkok-Thai-Seafood-Restaurant-
Kredit Gambar: Bangkok Thai Seafood Restaurant Kuching Facebook

Persaingan antara restoran restoran Thai di Kuching memang sengit kerana terdapat banyak pilihan restoran di sini. Namun Nirawan 9 merupakan pilihan terbaik untuk anda kerana hidangan mereka sangat enak dan menyelerakan. Pastinya ia merupakan syurga makanan buat penggemar makanan Thai. Di sini, anda boleh menikmati Tom Yum Kung, Kari Hijau, Som Tum, Ayam Pandan dan banyak lagi!

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat: Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak

No. telefon: 019-5024311 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/Bangkok-Thai-Seafood-Restaurant-Kuching

4. Thai Jai 

Thai-Jai-
Kredit Gambar: Thai Jai Facebook
Thai-Jai-
Kredit Gambar: Thai Jai Facebook

Thai Jai di Kuching menawarkan kelainan kepada anda dengan gabungan unik dan kontemporari dalam masakan Thai mereka. Mereka cukup terkenal dengan hidangan Thai yang digabungkan dengan cita rasa Barat. Namun, makanan di sini tidak dapat dibandingkan dengan hidangan Thai klasik yang sangat menyelerakan. Jika anda penggemar makanan Thai, kunjungilah restoran ini sekarang kerana ia pasti memberikan pengalaman makan yang hebat kepada anda.

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat: Gala City Prime, No.152, Lot 8138, Jalan Durian Burung, Off, Jalan Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak 

No. telefon: 018-8732822 

Google Map: Ikuti Sekarang  

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/ThaiJai19

Instagram: https://www.instagram.com/thaijai19/?hl=en

5. Sab E’ Li Thai Restaurant 

Sab-E-Li-Thai-Restaurant-
Kredit Gambar: Sab E’ Li Thai Restaurant Kuching
Sab-E-Li-Thai-Restaurant-
Kredit Gambar: Sab E’ Li Thai Restaurant Kuching

Sab E’ Li Thai Restaurant sepatutnya menjadi salah satu restoran Thai terbaik anda di Sarawak. Di sini, anda akan dihidangkan dengan hidangan Thai asli yang menyelerakan. Selain itu, jika anda kurang menggemari makanan pedas, anda boleh memberitahu kepada staf mereka. Mereka akan menyediakannya mengikut cita rasa anda. A+ untuk restoran ini!

Waktu Operasi:
11:00 pagi – 9:00 malam (Selasa – Ahad)
Isnin (Tutup)

Alamat: Block 11 Sublot 17 Lot188 Soho 188 East, 93350 Kuching, Sarawak

No. telefon: 010-9797085 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/Sabelikuching

6. Sabai Sabai Thai Cozy Cuisine 

Sabai-Sabai-Thai-Cozy-Cuisine-
Kredit Gambar: Sabai Sabai Thai Cozy Cuisine Facebook
Sabai-Sabai-Thai-Cozy-Cuisine-
Kredit Gambar: Sabai Sabai Thai Cozy Cuisine Facebook

Sabai Sabai Thai Cozy Cuisine merupakan restoran Thai yang popular di sini. Ramai pelanggan mereka yang menyatakan makanan mereka sangat enak dan staf mereka pula sangat ramah. Maka tidak hairanlah ramai pelanggan yang mengunjungi restoran mereka  setiap hari. Tunggu apa lagi? Kunjungilah restoran ini sekarang!

Waktu Operasi:
10:30 pagi – 8:30 malam (Isnin – Sabtu)
Ahad (Tutup)

Alamat: Icom Square, C167, Ground Floor, 93450 Kuching, Sarawak

No. telefon: 017-8081422 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/SabaiSabai.ThaiFood

7. Aroi Mak Cuisine 

Aroi-Mak-Cuisine-
Kredit Gambar: Aroi Mak Thai Cuisine Facebook
Aroi-Mak-Cuisine-
Kredit Gambar: Aroi Mak Thai Cuisine Facebook

Aroi Mak Thai Cuisine di Miri pastinya menghidangkan hidangan Thai terbaik di Miri. Perkataan Aroi (อร่อย) bermaksud sedap. Sudah pasti hidangan mereka juga sangat sedap bersesuaian dengan nama mereka. Anda boleh mendengar pelanggan mereka menyebut ‘Aroi’ berkali-kali setiap kali mencuba makanan mereka. Di sini, anda boleh memesan Tom Yum Kung, Kari Ayam Hijau dan Som Tum. Jadi, kunjungilah restoran ini sekarang untuk pengalaman makan yang memuaskan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot 228, Beautiful Jade Centre, Jalan Maju, Miri, Malaysia

No. telefon: 019-8266663  

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://ms-my.facebook.com/people/Aroi-Mak-Thai-Cuisine/100063553153374/

8. Pandan Thai Delight 

Pandan-Thai-Delight-
Kredit Gambar: OpenRice Malaysia
Pandan-Thai-Delight-
Kredit Gambar: Pandan Thai Delight Facebook

Hebat, terbaik dan mengagumkan. Itulah gambaran buat hidangan Thai di Pandan Thai Delight. Hidangan di sini pastinya menyelerakan dan mengenyangkan anda. Jadi tunggu apa lagi? Kunjungilah restoran ini sekarang!

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 73, RH Plaza, Jln Stutong Baru, Sedc Woodhouse, 93350 Kuching, Sarawak  

No. telefon: 082-459009  

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/PandanThaiDelight

Instagram: https://www.instagram.com/pandanthaidelight/

9. Tuk Tuk Thai Boat Noodle 

Tuk-Tuk-Thai-Boat-Noodle-
Kredit Gambar: Tuk Tuk Thai Boat Noodle Facebook
Tuk-Tuk-Thai-Boat-Noodle-
Kredit Gambar: Tuk Tuk Thai Boat Noodle Facebook

Anda boleh menikmati pelbagai hidangan Thai yang enak dan menyelerakan di Tuk Tuk Thai Boat Noodle. Hidangan Mi Bot mereka merupakan menu wajib yang perlu dipesan apabila anda datang ke sini. Harga makanan di sini juga sangat berpatutan. Yay!

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat: L3 O15 Vivacity Megamall, Tuk Tuk Thai Boat Noodle Restaurant, Q112B, 93350 Kuching, Sarawak

No. telefon: 082-263456  

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/tuktukthaiboatnoodle

Instagram: https://www.instagram.com/tuktukthaiboatnoodle/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINIu003cbru003e

10. Nana Modern Thai Restaurant 

Nana-Modern-Thai-Restaurant-
Kredit Gambar: Nana Modern Thai Facebook
Nana-Modern-Thai-Restaurant-
Kredit Gambar: Nana Modern Thai Facebook

Nana Modern Thai Restaurant merupakan pakar dalam memodenkan masakan Thai sambil mengekalkan keaslian rasa mereka. Selain itu, kakitangan di sini sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan mereka. Ini bagi memastikan pelanggan mereka dapat menikmati hidangan Thai dengan suasana yang tenang dan selesa. Kunjungilah restoran ini sekarang!

Waktu Operasi: 11:00 am – 8:30 pm (Setiap hari)

Alamat: Lot 4547, Block 233 KNLD, Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak

No. telefon: 010-3730918 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/nanathaikch


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close