Lazimnya, kita mendengar ‘Mulakan pagi anda dengan senyuman’, namun, pernahkah anda mendengar petikan kata-kata dari John Gunther, iaitu “All happiness depends on a leisurely breakfast.” sebenarnya, kedua-dua petikan ayat tersebut menjelaskan kepentingan untuk mengambil sarapan pada setiap hari. Hal ini kerana kita memerlukan tenaga yang banyak dan menggembirakan perut kita. Selain itu, sarapan juga membantu untuk membentuk ‘mood’ yang baik dan positif kepada kita pada permulaan hari. Justeru, sebilangan besar orang akan memastikan mereka bersarapan terlebih dahulu sebelum bergerak ke tempat kerja, sekolah atau sebelum melakukan apa-apa jua tugasan. Oleh sebab itu, terdapat ‘port’ yang bagus untuk anda penuhi selera dan perut anda, iaitu di Kopitiam Penang.
Penang adalah salah satu lokasi yang terkenal di Malaysia. Majoriti pelancong atau masyarakat Malaysia sendiri akan berkunjung ke Penang, sama ada untuk bercuti pada waktu yang singkat atau lama. Seterusnya, sebilangan besar mereka boleh dikatakan akan bersarapan di Kopitiam di mana ia mempunyai berbagai-bagai hidangan yang pastikan akan menceriakan pagi anda beserta layanan yang membuatkan anda akan datang lagi. Justeru, anda perlu datang untuk nikmati juadah sarapan ini bersama keluarga dan kesayangan anda.
10 Sarapan Kopitiam Terbaik di Penang 2023
1. Genting Cafe
Bagi sesiapa yang meminati Chee Cheong Fun, lebih baik anda tidak melepaskan peluang untuk bersarapan di Kopitiam Sarapan di Penang. Hal ini kerana ia menyediakan pelbagai jenis sarapan. Kebanyakan orang akan menikmati Chee Cheong Fun di Penang yang dilengkapi sos udang yang enak. Selain itu, ia turut memiliki rasa mentega kacang yang membuatkan ia mempunyai rasa yang unik.
Waktu operasi: 8 pagi – 4 petang (Isnin – Selasa, Khamis – Ahad)
Alamat: Lorong Delima 3, Taman Island Glades, 11700 Jelutong, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
2. Ah Wang Cafe
Ah Wang Cafe adalah antara pilihan Kopitiam yang terbaik untuk anda kunjungi di Penang. Anda disarankan untuk mencuba Kaya ‘homemade’ bersama kopi putih. Rasa kaya tersebut tidak terlalu manis dan harum. Manakala, kopi pula sedap dan merupakan saranan daripada Tauke sendiri. Usai makan, anda boleh mendapatkan kaya yang dihasilkan secara ‘homemade’ sebagai tanda kenangan atau cenderamata kepada keluarga dan rakan-rakan.
Waktu operasi: 11:30 pagi – 6 petang (Isnin – Sabtu)
Alamat: 6, Jalan Tanjung Bungah, Tanjung Tokong, 10470 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
3. Kong Thai Lai New Coffee Shop
Kong Thai Lai New Coffee Shop menyediakan pelbagai jenis sajian pilihan untuk bersarapan. Misalnya, kopi, roti bakar kaya, char koetiaw, Nasi Lemak, dan banyak lagi. Hidangan Nasi Lemak adalah hidangan yang unik dan menjadi tarikan para pelanggan kerana mereka menambahkan udang dan telur padanya. Di samping itu, telur rebus yang dimakan bersama roti bakar kaya adalah kombinasi yang padu untuk sarapan.
Waktu operasi: 7:30 pagi – 3 petang (Isnin – Sabtu)
Alamat: 38, Leith St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
4. Bee Hwa Cafe
Bee Hwa Cafe adalah salah satu Kopitiam yang wajib dicuba di Penang. Ia menyediakan berbagai-bagai pilihan menu untuk bersarapan seperti kopi, telur rebus dengan roti bakar, mi kari putih, Mi Hokkien, Chow Kuey Tiaw, Mi Goreng dan macam-macam lagi. Anda pastinya akan jatuh hati pada Chow Kuey Tiaw mereka kerana ia memiliki udang dan telur goreng sekaligus menjadi penyeri dan pelengkap hidangan tersebut.
Waktu operasi: 7 pagi – 3:30 petang (Isnin – Ahad)
Alamat: 10, Lebuh Dickens, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
5. Trois Canon Cafe
Saya amat yakin bahawa hati anda akan tertambat dengan Kafe Trois Canon. Berbeza dengan kafe ini, apabila bercakap tentang variasi pilihan makanan untuk bersarapan, kafe ini menyediakan sarapan gaya Kanada, sarapan klasik, mi kering Indonesia, dan banyak lagi. Selain itu, antara menu yang turut menjadi perhatian ramai di sini adalah Pork Chop Bun, Philly Cheese Steak Bun, dan tart telur klasik.
Waktu operasi: 7:30 pagi – 4 petang (Isnin – Ahad)
Alamat: 165, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
6. OO White Coffee Cafe
Kafe OO White Coffee turut menyediakan pelbagai pilihan yang enak kepada para pelanggang. Anda benar-benar patut mencuba roti bakar kaya dan char kuey tiaw kerana kedua-duanya akan mampu membeli jiwa dan selera anda. Roti bakar kaya lebih enak untuk dinikmati bersama telur rebus dan mentega untuk memenuhi selera anda.
Waktu operasi: 8 pagi – 4 petang (Isnin – Selasa, Khamis – Ahad)
Alamat: 262-264, Lebuh Carnarvon, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
7. Kheng Pin Cafe
Jangan lepaskan peluang untuk bersarapan di sini apabila anda berkunjung ke Penang kerana ia amat berbaloi. Sarapan yang ikonik adalah Lobak yang bukan sahaja sedap malah memiliki tekstur kenyang. Selain itu, anda turut boleh menikmati makanan lain yang terdapat di Kopitiam ini.
Waktu operasi: 7 pagi – 1:30 petang (Rabu – Ahad)
Alamat: 80, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
8. Lee Huat Cafe
Kafe Lee Huat memenangi hati pelanggannya dengan menghidangkan makanan yang enak pada harga yang berbaloi dan berpatutan. Tambahan pula, ia menyediakan ruangan makan yang begitu tenang dan selesa. Anda boleh berangan menikmati sarapan dengan gaya ‘old-school’ di mana anda bersarapan di bawah pokok. Di samping itu, anda disarankan untuk mencuba Mi Hokkien dan Mi Kari mereka yang lazat dan memuaskan selera anda!
Waktu operasi: 8 pagi -1 petang (Selasa – Ahad)
Alamat: 377-B, Jln Masjid Negeri, Taman Green Lane, 11600 Jelutong, Penang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
9. Island Park Kopitiam
Island Park Kopitiam menyediakan berbagai-bagai jenis masakan Cina yang hebat dan sedap. Persekitaran yang bersih dan selera membuatkan para pelanggan dapat menikmati makanan mereka dengan penuh santai. Jangan lupa untuk mencuba hidangan terkenal mereka, iaitu Chow Kuey Tiaw. Menu ini sering mendapat pesanan yang tinggi daripada pelanggan dek rasanya yang begitu padu serta bahan-bahan seperti udang, telur goreng dan taugeh.
Waktu operasi: 8 pagi – 3:30 petang, 5 petang – 9 malam (Isnin, Rabu – Ahad)
Alamat: Island Park, 38, Tingkat Tembaga, Taman Guan Joo Seng, 11600 Jelutong, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
10. New Cathay Cafe
Jangan ketinggalan untuk bersarapan di Kafe New Cathy. Lazimnya, kafe ini amat sesak dan sibuk pada waktu pagi dek penangan Mi Hokkien dan Apom yang sentiasa kekal sebagai menu no.1 di hati para pelanggannya. Seterusnya, Mi Hokkien begitu menjadi perhatian di sini disebabkan oleh rasa sup yang betul-betul ‘kick’ dan penggunaan bahan-bahan segar dalam pembuatannya. Sebagai tambahan, gerai ini menggunakan santan bagi menjadikan Apom lebih bersusu disertakan bersama sebiji telur sekaligus membuatkan ia sebagai hidangan yang unik. Ia sememangnya hidangan yang penuh dengan perasa dan sedap!
Waktu operasi: 7 pagi -12:15 tengahari (Isnin – Sabtu)
Alamat: 425, Jalan Burma, George Town, 10350 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
Secara keseluruhannya, inilah senarai 10 Sarapan Kopitiam Terbaik di Penang. Saya pasti anda sedang berasa teruja untuk mencuba setiap satu daripada pilihan menu yang ditawarkan. Ayuh kita terjah ke tempat-tempat tersebut bagi merasa sendiri kenikmatan dan kelazatanyya. Kami harap panduan tentang topik kali ini memanfaatkan anda. Kami berharap agar anda tinggalkan maklum balas di ruangan komen seterusnya berkongsi dengan keluarga dan juga rakan-rakan anda.
Pada masa yang sama, sila maklumkan kepada pihak kami sekiranya anda mempunyai cadangan lain. Anda boleh menghantar pesanan atau meninggalkan komen di laman web My Weekend Plan! Semoga anda menikmati sarapan anda di Kopitiam-kopitiam ini dengan girang!
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.