Setiap sukan mempunyai keperluan yang berbeza yang anda perlu patuhi sebelum melakukannya. Sebagai contoh, sukan boling yang memerlukan bola boling, manakala sukan badminton memerlukan raket dan sebagainya. Semua keperluan ini adalah untuk memastikan keselamatan serta permainan yang adil bagi kedua-dua belah pihak. Bagi anda yang ingin menceburi sukan tinju, salah satu peralatan yang paling penting ialah sarung tangan tinju.
Sebab utama sarung tangan tinju digunakan dalam sukan tinju adalah untuk melindungi peninju daripada kecederaan serius. Kecederaan tangan adalah perkara biasa yang terjadi dalam sukan pertempuran. Jadi, adalah penting untuk anda memakai sepasang sarung tangan yang berkualiti bagi mengelak sebarang kecederaan. Berikut adalah 8 sarung tangan tinju terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih sarung tangan tinju yang sesuai?
Tujuan utama pemakaian sarung tangan sewaktu anda bertinju adalah untuk melindungi anda daripada sebarang kecederaan. Jadi amat penting untuk anda mempunyai sepasang sarung tangan yang berkualiti tinggi. Untuk memilih sarung tangan yang sesuai serta berkualiti, anda perlu mempertimbangkan aspek seperti bahan, saiz dan warna sebelum membuat pembelian.
- Saiz
Sama seperti pakaian biasa, sarung tangan tinju juga didatangkan dalam pelbagai saiz termasuk saiz kanak-kanak dan dewasa. Jadi, anda perlu mengetahui saiz yang tepat untuk anda sebelum membuat pembelian.
- Bahan
Memilih sarung tangan dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan sarung tangan yang berkualiti dan memberikan keselesaan yang maksimum. Sarung tangan perlulah diperbuat daripada bahan tahan lasak supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
- Warna
Sarung tangan tinju yang bagus juga pasti didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik dan sesuai untuk anda pilih. Oleh itu, penting untuk memilih warna yang digemari oleh anda supaya anda boleh memadankannya dengan pakaian tinju anda.
8 Sarung Tangan Tinju Terbaik di Malaysia 2023
1. UFC Boxing Gloves

Sarung tangan tinju ini didatangkan dengan reka bentuk premium dan ringan selain sesuai untuk digunakan oleh peninju profesional ataupun amatur. Selain itu, sarung tangan ini dilengkapi dengan teknologi ‘high-density foam’ yang boleh memberikan anda penyerapan hentakan tambahan semasa berlawan. Tambahan pula, bahagian dalam sarung tangan ini dilengkapi dengan lapisan fabrik mesh yang halus dan ringan. Perkara ini membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU, high-density foam
- Saiz: 1 sahaja
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Tahan lasak
✅ Tali ‘hook and loop’
Harga: RM28.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. Venum Elite MMA Gloves

Venum Elite MMA Gloves dilengkapi dengan ‘high-density foam’ untuk serapan hentakan tambahan. Sarung tangan ini diperbuat daripada kulit PU premium yang telah dijamin kualitinya dan boleh dipakai sehingga 6 bulan. Sarung tangan ini boleh didapati dalam 4 warna berbeza untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU, buih
- Saiz: 10oz, 12oz, 14oz
- Warna: Emas hitam, emas putih, merah-hitam, hitam
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Sesuai untuk amatur
✅ Pelbagai pilihan warna
Harga: RM61.90 – RM79.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Shuangpai Boxing Gloves

Shuangpai Boxing Gloves dilengkapi dengan semua komponen asas untuk sarung tangan tinju. Sarung tangan ini sesuai untuk anda yang sedang mencari sarung tangan tinju dengan cengkaman yang kuat selain dijual pada harga yang berpatutan. Selain itu, ia diperbuat daripada lapisan PU membolehkan anda menggunakannya semasa latihan.
Spesifikasi:
- Bahan: PU, foam
- Saiz: 1 saiz
- Warna: Hitam, merah
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk amatur
✅ Satu saiz
✅ Mampu Milik
Harga: RM11.99
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Everlast Beginner Gloves

Everlast Beginner Gloves sesuai untuk anda yang baru menceburi sukan tinju. Sarung tangan ini dilengkapi dengan ‘padding’ yang agak nipis sesuai untuk digunakan ketika latihan yang melibatkan ‘punching bag’. Tambahan pula, sarung tangan ini didatangkan dengan pilihan warna dan saiz yang pelbagai untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: PU berkualiti tinggi
- Saiz: 10oz, 12oz, 14oz, 16oz
- Warna: Hitam, merah, kelabu, merah jambu
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk latihan individu
✅ Pelbagai saiz
✅ Berjenama
Harga: RM69.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. Venum Training Gloves

Venum Training Gloves dibuat untuk latihan ‘sparring’ ekoran ia dilengkapi dengan lapisan kulit dan padding yang berkualiti tinggi. Selain itu, ia juga didatangkan dengan tali pengikat jenis ‘hook and loop’ memudahkan anda untuk memakai dan membuka sarung tangan. Ia boleh didapati dalam 2 saiz dan 4 warna yang berbeza untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit tiruan pendarfluor, polyurethane
- Saiz: 8oz, 10oz
- Warna: Putih, kuning, merah jambu, oren
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk sparring
✅ Tali pengikat jenis ‘hook and loop’
✅ Bahan premium
Harga: RM39.00 – RM43.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. VIGOR Boxing Gloves

VIGOR Boxing Gloves diperbuat daripada bahan kulit asli dan fabrik mesh menjadikannya sangat ringan dan tahan lasak. Sarung tangan ini sesuai untuk digunakan sewaktu latihan dan sparring. Bukan itu sahaja, oleh kerana ia diperbuat dari kulit dan fabrik mesh, ia dapat menyerap hentakan yang kuat serta pengudaraan dapat berlaku dengan baik.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit tulen, mesh
- Saiz: 10oz, 12oz, 14oz
- Warna: Merah, hitam
Kelebihan:
✅ Kulit tulen
✅ Gelung pergelangan tangan
✅ Breathable
Harga: RM39.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. Huanmeng Boxing Gloves

Sarung tangan ini diperbuat daripada bahan separa kulit yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Selain itu, ia juga mempunyai tali velcro yang berfungsi sebagai kunci pada pergelangan tangan memberikan perlindungan tambahan kepada anda. Ia juga dilengkapi dengan 3 kali ganda ketumpatan ‘foam’ memberikan anda penyerapan hentakan yang maksimum serta melindungi anda daripada sebarang kecederaan pada jari dan tangan.
Spesifikasi:
- Bahan: Separa kulit, foam
- Saiz: 12oz
- Warna: Hitam, hijau, oren, merah jambu
Kelebihan:
✅ Bahan separa kulit
✅ Breathable
✅ Tali Velcro
Harga: RM46.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. Twins Special Fancy Art Boxing Gloves

Twins Special Fancy Art Boxing Gloves ini sesuai untuk digunakan semasa latihan individu dan sparring. Sarung tangan ini direka khas untuk memberi perlindungan maksimum pada tangan dan pergelangan tangan anda semasa sesi latihan atau pertandingan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tali velcro pada setiap sarung tangan untuk memberikan keselesaan dan perlindungan tambahan.
Spesifikasi:
- Bahan: Separa kulit, foam
- Saiz: 10oz, 12oz, 14oz
- Warna: Pelbagai warna
Kelebihan:
✅ Premium
✅ Selesa
✅ Sesuai untuk sparring
Harga: RM369.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.