10 Serbuk Penaik Terbaik di Malaysia 2025

Serbuk penaik dan baking soda kedua-duanya adalah ragi, namun ia berbeza secara kimia. Serbuk penaik mengandungi baking soda. Ia adalah campuran soda penaik, krim tartar dan kadang-kadang kanji jagung. Produk ini adalah penting untuk membuat kek atau pastri yang lain. Banyak kedai kek atau pastri mencari serbuk penaik yang berkualiti untuk pastri mereka.

Terdapat banyak jenis serbuk penaik di pasaran dan mencari yang terbaik bukanlah mudah. Apa yang pasti, anda tahu  bagaimana untuk mencarinya. Jika anda inginkan serbuk penaik yang berkualiti, teruskan membaca artikel ini. Kami ada menghimpunkan 10 serbuk penaik terbaik di Malaysia untuk anda dapatkan di pasaran.

Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Serbuk Penaik?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan serbuk penaik di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan serbuk penaik, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, serbuk penaik seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Serbuk Penaik?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli serbuk penaik ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis serbuk penaik yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Serbuk Penaik Terbaik di Malaysia 2025

1. House of Ingredients Baking Powder

House of Ingredients Baking Powder
Kredit Gambar: Lazada

House of Ingredients membawakan anda serbuk penaik yang cekap dan menjimatkan kos untuk dapur. Manfaatkan serbuk penaik ini dengan menggunakannya hari ini. Serbuk penaik ini juga merupakan pilihan banyak kedai kek dan suri rumah di seluruh dunia.

Bahan-bahan: Natrium Bikarbonat, Asid Fosfat, Kanji jagung

Saiz: 50 g

Harga: RM 1.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Kings baking powder

Kings baking powder
Kredit Gambar: Shopee

Serbuk penaik Kings meningkatkan isi padu dan mencerahkan tekstur makanan yang dibakar. Ia digunakan sebagai pengganti yis untuk produk akhir di mana perisa penapaian tidak diingini. Selain itu, ia juga adalah untuk mempercepatkan pengeluaran barangan bakar.

Bahan-bahan: Tepung, Natrium Bikarbonat, Asid Natrium Pirofosfat

Saiz: 100 g

Harga: RM 1.75

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Nazri Baking Powder

Nazri Baking Powder
Kredit Gambar: Shopee

Serbuk Penaik Nazri menambah baik tekstur barangan bakar anda. Apabila membakar dengan Serbuk Penaik Nazri, anda pasti akan mendapat hasil yang terbaik. Cubalah bereksperimen dengan resipi baharu di dapur hari ini.

Bahan-bahan: Tepung Jagung, Asid Sodium Pyrophosphate, Sodium Bikarbonat

Saiz: 100 g

Harga: RM 2.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Meriah Baking Powder

Meriah Baking Powder
Kredit Gambar: Shopee

Cubalah membakar dengan Serbuk Penaik Meriah. Produk ini mengandungi serbuk penaik yang halus dan harganya berpatutan. Ia akan membantu anda mencapai hasil yang sempurna untuk barangan bakar anda. Kini, aktiviti ‘baking’ anda menjadi lebih riang dan mudah dengan Serbuk Penaik Meriah.

Bahan-bahan: Kanji Jagung, Natrium Bikarbonat, Monocalcium Phosphate

Saiz: 100 g

Harga: RM 2.75

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Purese Duff Baking Powder

Purese Duff Baking Powder
Kredit Gambar: Naheed

Uli tangan? Gunakan Purese Duff Baking Powder untuk membuat doh anda naik dengan sempurna. Hasil yang lancar dan konsisten pasti akan membuatkan anda ingin membakar lebih banyak lagi. Percayalah, produk ini pasti memudahkan hari anda.

Bahan-bahan: Natrium Bikarbonat (Asal-sintetik), Asid Fosfat (Asal-sintetik), Kanji Jagung (Asal-tumbuhan)

Saiz: 80 g

Harga: RM 3.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Bunga Raya Classic Baking Powder

Bunga Raya Classic Baking Powder
Kredit Gambar: Tesco

Serbuk penaik Bunga Raya adalah pilihan yang bagus untuk dipilih. Ia membantu meningkatkan kualiti dan keringanan barangan bakar anda. Cekap dan sesuai untuk mana-mana resipi yang memerlukan serbuk penaik. Cubalah dan lihat hasilnya.

Bahan-bahan: Natrium Bikarbonat, Natrium Asid Pirofosfat, Tepung

Saiz: 50 g

Harga: RM 3.45

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Dr. Oetker Nona Double Action Baking Powder

Dr. Oetker Nona Double Action Baking Powder
Kredit Gambar: Tesco

Dr. Oetker Nona Baking Powder ialah agen penaik serba guna yang digunakan untuk membakar kek, skon, pastri dan puding. Selain itu, ia membantu anda mencapai hasil yang sempurna setiap masa. Ingat untuk sentiasa menggunakan kuantiti Serbuk Penaik seperti yang ditunjukkan dalam resipi anda.

Bahan-bahan: Agen Penaik [Natrium Bikarbonat (E500ii) dan Disodium Difosfat (E450i)], Pengatur Keasidan [Kalsium Asid Fosfat (E341)], Kanji Jagung, Bahan Tambahan Makanan berasal dari Tumbuhan atau Asal Sintetik

Saiz: 60 g

Harga: RM 4.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Royal Baking Powder

Royal Baking Powder
Kredit Gambar: Tesco

Royal Baking Powder ialah produk dua dalam satu yang bebas gluten, vegan dan diiktiraf Kosher. Royal Baking Powder digunakan untuk membuat biskut, kek, penkek, biskut, dan pelbagai barangan bakar yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba serbuk penaik ini.

Bahan-bahan: Agen Menaikkan (Disodium Diphosphate, Sodium Hydrogen Carbonate), Pati Jagung *Mungkin mengandungi Susu

Saiz: 113 g

Harga: RM 5.45

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Rumford Double Action Baking Powder

Rumford Double Action Baking Powder
Kredit Gambar: Shopee

Rumford Baking Powder ialah serbuk penaik yang seimbang dan bertindak dua kali ganda untuk hasil bakar. Ia tidak mengandungi aluminium tambahan dan disahkan projek BUKAN GMO. Ia mengandungi sifar lemak trans, jadi produk ini telah menjadi pilihan pertama pembuat roti selama bertahun-tahun. Produk  ini boleh menampilkan bahagian atas yang ‘pop’ dan meratakan doh untuk pengukuran yang tepat.

Bahan-bahan: Kanji Jagung, Natrium Bikarbonat, Monocalcium Phosphate

Saiz: 113 g

Harga: RM 6.70

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Bob’s Red Mill Double Acting Baking Powder

Bobs Red Mill Double Acting Baking Powder
Kredit Gambar: Shopee

Serbuk penaik vegan ini sesuai untuk roti, scone, wafel, penkek, kek dan biskut. Gunakan penaik kimia ini untuk semua penaik bukan yis anda. Ia menghasilkan barangan bakar yang sangat baik secara konsisten setiap masa. Anda pasti tidak menyesal kerana menggunakannya.

Bahan-bahan: Natrium Asid Pirofosfat, Natrium Bikarbonat, Tepung jagung dan Monokalsium Fosfat

Saiz: 397 g

Harga: RM 22.10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close