Mandi adalah bahagian penting dalam rutin pembersihan individu kerana ia dapat membantu kita membersihkan kotoran dan peluh yang terkumpul. Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari untuk mengelakkan penyakit. Namun, bagi mereka yang bekerja di kawasan yang agak terdedah kepada kekotoran dan kerap berpeluh, anda disarankan untuk mandi dengan lebih kerap terutamanya apabila baju anda sudah mula dibasahi cucuran peluh. Hal ini kerana peluh boleh merengsakan kulit dan mendedahkan anda kepada risiko jangkitan bakteria atau kulat.
Selain daripada produk penjagaan seperti gel mandian dan syampu, shower hose juga penting untuk pertimbangkan ketika mandi supaya anda dapat membersihkan segala sisa sabun dan kotoran dengan mudah. Berikut adalah 8 shower hose terbaik di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih saiz hos yang sesuai?
Anda disarankan untuk menetapkan saiz shower hose yang ingin anda beli untuk mengelakkan sebarang pembaziran wang. Untuk memilih shower hose yang terbaik, anda disyorkan untuk membeli shower hose yang mempunyai ukuran 10 hingga 30 cm lebih panjang daripada shower hose biasa untuk memberikan keselesaan maksimum ketika anda menggunakannya.
Adakah anda perlu menutup air ketika hendak menukar shower hose?
Jawapannya Ya! Anda perlulah menutup air apabila anda hendak menukar shower hose anda. Hal ini kerana, jika kawasan bilik mandi anda basah, anda mungkin akan mengalami kecederaan atau tergelincir sewaktu menukar shower hose.
8 Shower Hose Terbaik di Malaysia 2023
1. M MALL Shower Hose

M MALL Shower Hose diperbuat daripada PVC yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Shower hose ini mempunyai tiub dalaman berkualiti tinggi yang mampu menahan suhu air yang tinggi tanpa membuatkan lapisan luar hos terlalu panas. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai permukaan yang licin serta tahan karat sekali gus memudahkannya untuk dibersihkan.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC
- Warna: Perak
- Suhu maksimum: 0-100 ℃
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 1.2 m, 1.5 m, 2 m
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Mudah dibersihkan
✅ Tahan karat
Harga: RM12.99 – RM 17.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Alpha Water Heater Shower Hose 588

Alpha Water Heater Shower Hose 588 ini mempunyai reka bentuk yang ringkas dan kukuh serta sesuai dengan kebanyakan sistem pancuran. Shower hose ini mampu menahan suhu sehingga 100 ℃. Selain itu, ia juga didatangkan dengan panjang hos 1.5 m yang menjadikannya selesa untuk digunakan. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tahan lama.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC
- Warna: Perak
- Saiz: 1.5 m
Kelebihan:
✅ Tahan lama
✅ Sesuai dengan kebanyakan sistem pancuran
✅ anti bocor
Harga: RM24.90-RM25.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Techplas PVC Shower Hose

Techplas PVC Shower Hose diperbuat daripada PVC serta dilengkapi dengan ciri ‘multi-layered’ yang menjadikannya tahan lama. Bukan itu sahaja, shower hose ini juga mempunyai penyambung jenis ‘swivel’ bagi menghalang hos daripada mudah pecah. Ia juga sesuai digunakan pada kebanyakan sistem pancuran.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC
- Warna: Putih
- Saiz: 1.2 m, 1.5 m, 1.8 m
Kelebihan:
✅ Hos PVC berkualiti tinggi
✅ Penyambung jenis ‘swivel
✅ Sesuai dengan kebanyakan sistem pancuran
Harga: RM7.50 – RM22.73
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Jopex Shower Hose

Jopex merupakan jenama kelengkapan rumah yang dipercayai dan sering menjadi pilihan pengguna. Shower hose ini mudah untuk dipasang dan tidak memerlukan banyak langkah untuk diikuti. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dalam pelbagai saiz yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan anda.
Spesifikasi:
- Warna: Putih
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 36 inci, 48 inci, 60 inci, 72 inci
Kelebihan:
✅ Jenama berkualiti
✅ Boleh dipercayai
✅ Pelbagai saiz
Harga: RM14.00-RM22.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Mcpro Sus304 Shower Hose 1.6

Mcpro Sus304 Shower Hose 1.6 mempunyai reka bentuk yang fleksibel serta mampu menahan suhu air sehingga 100 ℃. Shower hose ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya tahan lama. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ciri ‘crease-proof‘ dan struktur yang kukuh.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli Tahan Karat
- Warna: Perak
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 1.2 meter/ 120 cm
Kelebihan:
✅ Ciri ‘crease-proof’
✅ Fleksibel
✅ Tahan karat
Harga: RM13.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. KPI 1.5 Meters PVC Shower Hose

KPI 1.5 Meters PVC Shower Hose sesuai digunakan pada kebanyakan pemanas air ekoran ia mampu menahan suhu air sehingga 180 ℃. Ia juga mempunyai reka bentuk yang fleksibel sekali gus membolehkan anda menggunakannya tanpa bimbang akan berlakunya kebocoran. Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan 2 lapisan getah anti bocor bagi mengekalkan kualiti hos.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC
- Warna: Perak
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 1.5 m
Kelebihan:
✅ Sesuai dengan kebanyakan sistem pancuran
✅ Sangat fleksibel
✅ Didatangkan dengan 2 getah anti bocor
Harga: RM7.95-RM10.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Emetto 304 Shower Hose

Emetto 304 Shower Hose diperbuat daripada keluli tahan karat yang berfungsi untuk menjaga kualiti hos serta membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan ciri ergonomik bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya. Shower hose ini juga mampu menahan suhu air yang tinggi.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli Tahan Karat 04
- Warna: Perak
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 1 meter
Kelebihan:
✅ Tahan karat dan kakisan
✅ Pengendalian ergonomik
✅ Fleksibel
Harga: RM5.90-RM6.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. CENTON Shower Hose

CENTON Shower Hose merupakan shower hose jenis ‘non-conductive’ yang akan menghalang sebarang arus elektrik daripada disalurkan ke dalam hos. Shower hose ini mempunyai sistem anti lilitan bagi mengelakkan hos berselirat ketika digunakan. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan reka bentuk fleksibel.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC
- Warna: Perak
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 5 kaki
Kelebihan:
✅ Non-conductive
✅ Fleksibel
✅ Sistem anti lilitan
Harga: RM33.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.