10 Singki Dapur Terbaik di Malaysia 2025

Membersihkan pinggan mangkuk di dapur kadangkala agak menyusahkan tetapi dengan singki dapur yang sangat baik, ia akan menjadi lebih mudah dan membantu menjimatkan masa! Singki dapur mempunyai beberapa perbezaan daripada singki bilik mandi. Singki dapur biasanya lebih tahan lama dan kuat berbanding singki bilik mandi. Hal ini adalah untuk menahan kotoran daripada sisa makanan. Selain itu, anda juga akan menggunakan singki dapur untuk membersihkan pinggan mangkuk anda. Oleh sebab itu, adalah penting untuk mendapatkan singki dapur yang kukuh dan tahan lama.

Untuk memastikan singki dapur anda terbaik dan berkualiti, anda perlu memilih singki yang baik dan berguna. Apa yang pasti, anda perlu memilih singki dapur yang kukuh dan tahan lama. Selain itu, ia perlu diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi. Jika anda inginkan singki yang mempunyai banyak pilihan mangkuk, anda boleh mencari singki yang menawarkan bersi mangkuk tunggal, dua atau tiga bahagian. Dan yang paling penting, pastikan singki anda mudah dipasang!

Semua ini perlu anda fikirkan untuk memastikan singki dapur anda dapat digunakan dalam jangka masa yang lama. Hal ini kerana anda akan selalu menggunakannya untuk kerja pembersihan seperti membasuh pinggan mangkuk yang banyak. Adalah penting untuk memilih singki yang kukuh dan efektif dalam menahan sisa makanan daripada tersumbat di dalam paip. Ini adalah untuk mengelakkan singki anda tersumbat dan bocor!

10 Singki Dapur Terbaik di Malaysia 2025

BIG-BATH-Nano-Black-Kitchen-Sink
Kredit Gambar: BIG BATH

NAIK TARAF dapur anda sekarang dengan Nano Black Kitchen Sink yang menjadikan hidup anda lebih bahagia, lebih mudah, lebih pintar.

Nano Black Kitchen Sink ialah peningkatan yang anda perlukan untuk dapur anda. Ini adalah untuk menjadikan kehidupan di rumah lebih inovatif, lebih terurus dan lebih bahagia. Singki dapur ini menggunakan bahan keluli tahan karat yang sangat tahan lama. Selain itu, singki mangkuk tunggal ini adalah antibakteria untuk melindungi kesihatan anda dan keluarga. Paling menarik, Nano Black Kitchen Sink ini menjimatkan kos dan masa kerana ia mudah dibersihkan!

✅ Antibakteria
✅ Sangat tahan lasak
✅ Mudah dibersihkan
✅ Penjimatan masa & kos

Bahan: Keluli Tahan Karat

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: L880 x W450 x D230 or L600 x W450 x D230

Harga: daripada RM 948

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI LAMAN WEB

2. Banova Stainless Steel Kitchen Sink

Banova Stainless Steel Kitchen Sink
Kredit Gambar: Shopee

Banova Stainless Steel Kitchen Sink ialah singki dapur yang mudah dipasang. Anda boleh memasangnya di bawah atau di atas kaunter dapur anda kerana ia akan disesuaikan dengan lancar bersama bahagian atas kaunter dapur anda. Singki ini dilengkapi dengan penapis bakul yang mudah memerangkap dan mengeluarkan sisa makanan. Anda boleh mendapatkan singki ini dalam versi tunggal, dua atau tiga bahagian.

Bahan: Keluli Tahan Karat dengan Teknologi Nano

Negara Pengeluar: China

Saiz: 105 x 50 x 22 cm

Harga: RM 699.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Teka Inoxteel Jumbo Sink

Teka Inoxteel Jumbo Sink
Kredit Gambar: United Fusion Sdn Bhd

Teka Inoxteel Jumbo Sink mempunyai kualiti terbaik, berketahanan tinggi, reka bentuk ergonomik dan fungsi berkualiti. Permukaan logam keras menghalang bakteria daripada melekat pada permukaan singki ini dan memastikan ia kekal bebas bau sepanjang masa. Oleh kerana ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, singki ini tahan calar dan tahan pada perubahan suhu yang melampau.

Bahan: 18/10 Keluli Tahan Karat Digilap

Negara Pengeluar: Jerman

Saiz: 80 x 50 cm

Hagra: RM 1400.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Chosmo Mall Nano Kitchen Sink with Faucet

Chosmo Mall Nano Kitchen Sink with Faucet
Kredit Gambar: Shopee

Chosmo Mall Nano Kitchen Sink dengan Faucet ini boleh dipasang di bawah atau dipasang di atas pada bahagian dapur anda. Ia direka dengan teknologi Nano yang menjadikan singki ini anti noda, anti cap jari dan anti calar bagi memastikan singki ini kelihatan sempurna. Ia juga disertakan dengan paip dan bakulnya sendiri.

Bahan: Keluli Tahan Karat

Saiz: 44 x 45 cm, 80 x 45 cm dan 100 x 45 cm

Harga: RM 215.46 (100 x 45 cm)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Haustern Granite Sink HT-PRISMA-623B

Haustern Granite Sink HT PRISMA B
Kredit Gambar: Haustern

Haustern Granite Sink HT-PRISMA-623B mempunyai rupa yang anggun dan elegan yang pastinya akan meningkatkan estetika dapur anda. Singki ini mempunyai reka bentuk prismatik dengan ciri pembersihan yang mudah. Ia juga mempunyai ketahanan yang tinggi dan boleh menahan suhu tinggi sehingga 345°C. Singki ini terdapat dalam warna hitam dan kelabu.

Bahan: Zarah Batu Granit Asli dan Resin Akrilik

Negara Pengeluar: Jerman 

Saiz: 86 x 50 x 22 cm

Harga: RM 2500.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. KitchenZ Kitchen Sink KZ-HKS-SB-305040-S

KitchenZ Kitchen Sink KZ HKS SB S
Kredit Gambar: Kitchenz-MY

KitchenZ Kitchen Sink KZ-HKS-SB-305040-S mempunyai penampilan indah yang disediakan oleh permukaan berus gred tinggi. Terdapat bahan penyerap bunyi di bawah singki ini. Singki ini terdiri daripada bahan keluli tahan karat, yakni adalah bahan yang bersih, kukuh, dan tahan lama. Selain itu, singki ini juga yang mudah dibersihkan.

Bahan: SUS304 Keluli Tahan Karat

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 50 x 40 x 22.5 cm

Harga: RM 159.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Elba Handcrafted Top Mount Kitchen Sink EHS-E7601TM

Elba Handcrafted Top Mount Kitchen Sink EHS ETM
Kredit Gambar: ELBA

Elba Handcrafted Top Mount Kitchen Sink EHS-E7601TM ialah singki yang boleh dipercayai dan akan bertahan lama di dapur anda. Ia bebas plumbum dan diperbuat daripada bahan keluli tahan karat gred 304 yang mempunyai kekukuhan dan kekuatan yang tinggi. Singki buatan tangan ini adalah salah satu siri singki pemasangan terbaik daripada Elba.

Bahan: Keluli Tahan Karat

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 76 x 51 x 23 cm

Harga: RM 532.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Sorento SRTKS8808F Kitchen Sink

Sorento SRTKSF Kitchen Sink
Kredit Gambar: appliancesonlinesale

Sorento SRTKS8808F Kitchen Sink akan melengkapkan susun atur dapur anda dengan ciri ringkas tetapi berfungsi. Singki ini dibina bersama mangkuk berkembar dengan ruang tambahan pada mangkuk kanan untuk kemudahan anda. Singki segi empat tepat ini diperbuat daripada keluli tahan karat dan bersedia untuk mengendalikan sebarang kerja pembersihan seperti mencuci pinggan mangkuk anda.

Bahan: Keluli Tahan Karat

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 112 x 50 x 21.5 cm

Harga: RM 996.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Simju Double Sink Bowl

Simju Double Sink Bowl
Kredit Gambar: Shopee

Simju Double Sink Bowl diperbuat daripada keluli tahan karat berkualiti premium dengan permukaan berus untuk menjadikannya kelihatan berkilat dan menarik. Singki ini mempunyai dua lubang paip untuk kemudahan anda. Singki ini juga mempunyai mangkuk yang dalam supaya dapat menampung lebih banyak pinggan mangkuk dan memudahkan anda mencuci pinggan mangkuk.

Bahan: Keluli Tahan Karat

Saiz: 78 x 42 x 20 cm dan 79 x 43 x 21 cm 

Harga: RM 153.30 (79 x 43 x 21 cm)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. B-Nest Double Kitchen Sink

B Nest Double Kitchen Sink
Kredit Gambar: Shopee

B-Nest Double Kitchen Sink mempunyai kapasiti yang luas dan besar, berkat reka bentuk mangkuk yang dalam. Singki ini mempunyai rupa yang berkilat yang akan menceriakan dapur anda. Ia diperbuat daripada bahan keluli tahan karat yang kukuh dan kuat. Singki ini juga mudah dibersihkan dan diselenggara.

Bahan: Keluli Tahan Karat

Saiz: 75 x 40 cm

Harga: RM 127.55 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close