10 Sirap Coklat Terbaik di Malaysia 2025

Adakah anda suka dengan coklat? Jika ya, mari tambahkan lagi makanan kegemaran anda dengan sirap coklat yang lazat. Kalau anda hendak tahu, coklat merupakan salah satu makanan manis yang sering menjadi pilihan mereka di luar sana. Tidak kira apa jua juadah, inti coklat sering menjadi pilihan untuk menepati selera mereka. Kini, anda boleh menikmati juadah makanan yang berperisakan coklat hanya dengan sirap coklat!

Sirap coklat merupakan ramuan khusus yang mempamerkan rasa coklat yang kaya untuk digabungkan bersama makanan kegemaran anda. Ada yang menggunakan sirap coklat ini ke atas aiskrim, penkek malah wafel kegemaran mereka. Tidak kurang juga yang menggunakan sirap coklat ini ke atas pencuci mulut yang mereka buat. Menarik, bukan?

Di manakah saya boleh mendapatkan sirap coklat?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan sirap coklat di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan sirap coklat, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, sirap coklat seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih sirap coklat?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli sirap coklat ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis sirap coklat yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Sirap Coklat Terbaik di Malaysia 2025

1. Hershey’s Chocolate Syrup

Hersheys Chocolate Syrup
Kredit Gambar: Hersheyland

Tiada yang manis seperti rasa klasik Sirap HERSHEY’S. Dengan botol picit yang mudah digunakan, anda boleh mencipta segelas susu coklat sejuk, ‘chocolate floats’, aiskrim sundae strawberi, segelas koko panas yang kaya dan banyak lagi! Sirap rasa Coklat Hershey sesuai untuk aiskrim, pencuci mulut dan minuman. Sirap Hershey’s Strawberry berperisa di atas kek coklat atau anda boleh menambahnya dengan susu, aiskrim ataupun apa jua yang anda inginkan. Hershey’s Caramel Syrup sangat sesuai untuk menghiasi pencuci mulut, mencampurkan ke dalam minuman dan menambah rasa karamel pada makanan yang dibakar.

Bahan-bahan: Sirap Jagung Fruktosa Tinggi, Sirap Jagung, Air, Koko (Menambah Jumlah Lemak yang Dapat Diabaikan), Gula, Mengandungi 2% Atau Kurang Daripada: Potassium Sorbate (Pengawet), Garam, Mono- Dan Digliserida (Menambah Jumlah Lemak yang Dapat Diabaikan ), Xanthan Gum, Polysorbate 60, Vanillin, Perisa Tiruan.

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 650 g

Harga: RM 14.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Oregon Swiss Chocolate Syrup

Oregon Swiss Chocolate Syrup
Kredit Gambar: Shopee

Kemanisan dan rasa licin sirap coklat Oregon Swiss adalah rasa yang anda ingin nikmati. Sirap coklat ini pasti akan menarik perhatian anda dengan penampilan dan saiznya yang berbaloi dengan harganya. Semestinya pasangan terbaik untuk dimiliki semasa membuat milkshake pekat dan berkrim! Cubalah Sirap Coklat Oregon Swiss hari ini!

Bahan-bahan: Gula, Air, Serbuk Koko, Vanillin, Perapi Makanan dan Perisa yang dibenarkan

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 860 g

Harga: RM 14.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Delfi Chocolate Syrup

Delfi Chocolate Syrup
Kredit Gambar: Dropee

Nikmati kebaikan pencuci mulut kegemaran anda dengan Delfi Choco Syrup! Sirap coklat ini sangat baik kerana memiliki rasa coklat yang kaya dan manis yang seimbang. Jika anda inginkan hidangan anda lebih menyelerakan, gunakanlah Delfi Choco Syrup! Anda pasti gembira dengan hasilnya!

Bahan-bahan: Gula, Air, Serbuk Koko, Sirap Glukosa, Penstabil (407), Perisa Serupa Alam Semulajadi, Kalium Sorbat

Negara Pengeluar: Indonesia

Saiz: 350 g

Harga: RM11.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Morinaga Chocolate Syrup

Morinaga Chocolate Syrup
Kredit Gambar: Lazada

Sirap Coklat Morinaga adalah sirap coklat terlaris di Jepun selama beberapa dekad. Apabila bercakap tentang rasa nostalgia di Jepun, anda tidak akan menemui banyak nama yang lebih besar daripada pembuat gula-gula dan makanan ringan Morinaga. Karamel dan coklat popular mereka adalah kegemaran zaman kanak-kanak di era Showa, sehinggakan mereka bertukar menjadi McShakes untuk kejayaan vintaj. Salah satu produk syarikat yang paling terkenal ialah sirap coklat, sirap maple dan campuran pancake mereka.

Bahan-bahan: Sirap Jagung Fruktosa Tinggi, Sirap Kanji, Gula, Serbuk Koko, Garam, Pemekat Polisakarida, Perisa

Negara Pengeluar: Jepun

Saiz: 200 g

Harga: RM 24.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Coles Chocolate Fudge Dessert Topping

Coles Chocolate Fudge Dessert Topping
Kredit Gambar: Lazada

Sirap coklat ini lazat untuk seisi keluarga. Anda boleh menuangnya di atas ais krim, di dalam milkshake, atau di dalam smoothies pagi anda. Kalau anda inginkan sirap coklat ini sejuk, anda boleh menyimpannya di dalam peti untuk kesegaran yang nyata. Jangan pula anda menyimpannya di bahagian sejuk beku!

Bahan-bahan: Gula, Air, Sirap Glukosa, Minyak Kelapa, Serbuk Koko (6%), Tepung Susu Skim, Jisim Koko (3.6%), Kanji Ubahsuai (1442), Garam, Perisa Asli, Penstabil (415, 412, 466) Pengawet (202), Penebal (461)

Negara Pengeluar: Australia

Saiz: 250 g

Harga: RM 19.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Lyons Supreme Fountain Chocolate Syrup

Lyons Supreme Fountain Chocolate Syrup
Kredit Gambar: Boncafe

Dibotolkan dalam botol picit yang mudah digunakan, anda boleh mencipta ramuan yang sempurna dengan Lyons Fountain Supreme Chocolate Syrup. Ia dirumus khas untuk konsep menu minuman seperti shake, soda, mocha dan koktel aiskrim istimewa. Tinggi dalam koko sekali gus mencipta rasa coklat yang berani. Sirap perasa yang kaya ini bebas lemak. Cubalah tuang di dalam shake, minuman ai krim dan jadikannya sebagai sos pencuci mulut.

Bahan-bahan: Sirap Jagung Fruktosa Tinggi, Air, Koko, Kanji Makanan Ubahsuai, Garam, Potassium Sorbate, Gula Xanthan dan Perisa Tiruan. Mungkin mengandungi soya dan susu.

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 680 g

Harga: RM 23.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI KMART

7. Virginia Green Garden Chocolate Syrup

Virginia Green Garden Chocolate Syrup
Kredit Gambar: MB Imports

Gred sirap coklat yang berbeza sesuai untuk aplikasi masakan tertentu. Maniskan beberapa hidangan kegemaran anda dengan menggunakan sirap coklat ini. Sirap coklat ini boleh disiram ke atas pancake untuk sarapan pagi yang lembut dan gebu. Anda juga boleh menuangnya ke atas wafel dan roti bakar perancis yang lazat.

Bahan-bahan: Gula, Air, Sirap Jagung Fruktosa Tinggi, Serbuk Koko, Garam, Pengatur Keasidan dan Pemekat.

Negara Pengeluar: UAE

Saiz: 624 g

Harga: RM 15.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Walden Farms Chocolate Syrup

Walden Farms Chocolate Syrup
Kredit Gambar: Lazada

Sirap Coklat Walden Farms bebas daripada kalori, lemak, karbohidrat, gluten dan gula! Ia dibuat dengan coklat sebenar daripada biji koko asli premium. Rasa yang kaya dan semula jadi menjadikannya sangat lazat. Pilihan yang lebih ringan dan sihat! Sirap coklat ini rendah kalori.  Anda boleh menikmatinya bersama makanan kegemaran anda tanpa risau!

Bahan-bahan: Air Tulen Ditapis Tiga Kali, Serbuk Koko Nyahlemak, Warna Karamel, Perisa Semulajadi, Gula Selulosa, Sucralose, Garam, Perisa Vanila, Asid Laktik, Gula Xanthan, Natrium Benzoat (untuk Mengekalkan Kesegaran).

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 355 g

Harga: RM 48.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Lulu Chocolate Syrup

Lulu Chocolate Syrup
Kredit Gambar: Lulu Hypermarket

Licin bak sutera dan rasanya sedap. Itu ciri penting yang ada pada sirap coklat ini. Apa kata anda mencubanya ke atas makanan kegemaran anda seperti roti, penkek atau wafel? Percayalah, sirap coklat ini pasti menceriakan masa santai anda. Datang dan rasai Sirap Coklat Lulu hari ini dan beritahu kami pendapat anda tentangnya!

Bahan-bahan: Sirap Jagung, Sirap Jagung Fruktosa Tinggi, Air, Koko, Gula, Potassium Sorbat, Pengawet, Pemekat, Garam, Vanillin, Perisa Coklat Gelap Tiruan.

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 624 g

Harga: RM 15.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI LULU HYPERMARKET

10. Nesquik Chocolate Syrup

Nesquik Chocolate Syrup
Kredit Gambar: Shopee

Sirap Coklat Nesquik boleh menukarkan susu menjadi hidangan yang lazat sepertimana yang anda suka. Ia berkhasiat dan boleh memberikan anda keriangan yang diperlukan. Sirap Nesquik ini tidak mempunyai sirap jagung fruktosa tinggi dan disahkan halal.

Bahan-bahan: Gula, Air, Koko Diproses Dengan Alkali, Kurang Daripada 2% Garam, Asid Sitrik, Perisa Tiruan, Potassium Sorbat (Pengawet), Gula Xanthan, Warna Karamel, Merah 40, Biru 1, Kuning 6. Tiada Sirap Jagung Fruktosa Tinggi

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 624 g

Harga: RM 15.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI LULU HYPERMARKET

Tip:

  • Sirap coklat hendaklah disimpan di tempat gelap yang sejuk seperti pantri jika tidak dibuka bungkusannya. Setelah dibuka, pastikan ia disimpan di dalam peti sejuk. Simpannya di dalam bekas tertutup supaya terlindung daripada kelembapan dan bahan cemar yang tidak diperlukan. Purata jangka hayat untuk sirap coklat ialah 6 bulan.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close