Makanan ringan jagung atau snek jagung datang dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ia juga datang dalam pelbagai perisa yang berbeza daripada manis sehinggalah kepada masam. Hampir dalam semua makanan ringan yang anda pernah cuba, salah satunya sebenarnya diperbuat daripada jagung! Seperti kerepek nacho, kerepek golden horn dan banyak lagi!
Makanan ringan jagung ini merupakan makanan yang sentiasa dimakan oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Biasanya, mereka memakan snek ini hanya kerana ingin mengunyah, bukannya kerana lapar. Ini kerana tindakan menguyanh snek dapat membantu seseorang bertahan daripada mengantuk tatkala bersengkang mata menyiapkan tugasan kerja yang perlu dihantar.
Di manakah saya boleh mendapatkan snek jagung?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan snek jagung di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan snek jagung, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, snek jagung seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih snek jagung?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli snek jagung ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis snek jagung yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Snek Jagung Terbaik di Malaysia 2025
1. Cornae American Corn Snack

Snek jagung berbentuk segi tiga ini didatangkan dengan pelbagai perisa, daripada yang asli, sehinggalah kepada perisa keju, rumpai laut dan ‘prime’. Saiznya yang kecil dan mudah alih membolehkan anda membawanya ke mana-mana sahaja. Bahkan anda boleh memakannya pada bila-bila masa yang anda mahu!
Bahan-bahan: Tepung jagung, minyak kelapa sawit, perasa, gula, pewarna, penambah rasa
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 48 g, 56 g
Perisa: Original, Keju, Prime, Rumpai laut
Harga: RM3.20 (48 g) | RM3.90 (56 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Twisties

Twisties adalah salah satu snek jagung yang paling popular di Malaysia. Anda boleh menemuinya di hampir setiap kedai dan pasar raya. Ia datang dengan pelbagai perisa seperti keju, BBQ, Ayam dan banyak lagi. Snek ini digemari oleh rakyat Malaysia dalam pelbagai lapisan masyarakat. Jika anda belum mencubanya, cubalah snek ini pada hari ini. Anda pasti menyukainya.
Bahan-bahan: Bijirin, minyak sayuran, serbuk whey, perasa, penambah rasa, perisa protein, ekstrak yis, garam mineral, serbuk krim, susu tepung, warna semula jadi
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 60 g
Perisa: Bbq, Keju, Thai Sweet Chilli, Ayam, Tomato, Chilli Cheese, Spicy Seaweed, Kaya Butter Toast
Harga: RM1.79
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Angry Bite Snek3

Anda masih tidak puas memakan snek ini? Angry Bites menawarkan pek snek bersaiz 1 KG yang besar. Ia datang dalam tiga perisa berbeza seperti keju, bbq dan ayam. Cuba mereka hari ini! Anda pasti tidak menyesal!
Bahan-bahan: Tepung jagung, minyak kelapa sawit, perasa, gula, pewarna, penambah rasa
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 1 KG
Perisa: Keju, Bbq, Ayam
Harga: RM13.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Bim Bim Corn

Jagung Bim Bim adalah salah satu snek klasik zaman kanak-kanak yang terkenal dan digemari ramai rakyat Malaysia! Ia mempunyai isi yang manis di dalamnya sementara di luar pula, biskutnya berasa masin dan rangup. Anda pasti mengimbau kembali zaman kanak-kanak apabila menikmati snek ini bersama teman-teman anda.
Bahan-bahan: Jagung, gula, minyak kelapa sawit, serbuk oren, serbuk talkum
Negara Pengeluar: Eropah
Saiz: 9 g (x 40 pek)
Perisa: Jagung, Coklat
Harga: RM7.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Corntoz Crackers Mini Hot & Spicy

Corntoz adalah satu lagi snek jagung yang digemari ramai. Saiznya yang padat dan mudah alih membolehkan anda membawanya ke mana-mana sahaja dan dapat menikmatinya pada bila-bila masa yang anda suka. Setiap keping snek ini disalut dengan perasa cili yang pedas dengan sempurna. Anda pasti menyukainya.
Bahan-bahan: Olein sawit jagung, beras, perasa, gula, rempah ratus, garam, serbuk dhal, kanji, bahan tambahan
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 15 g (x 12 pek)
Harga: RM3.48 (12 pek) | RM12 (30 pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Twisties Chacho’s Tortilla Corn Chips

Kerepek Jagung Tortilla Twisties Chacho boleh didapati di hampir mana-mana kedai dan pasar raya di Malaysia. Snek ini rangup, masin dan mempunyai aroma yang berbeza! Ia adalah kegemaran ramai orang dan didatangkan dalam 3 perisa yang berbeza.
Bahan-bahan: Tepung jagung, minyak sayuran, pepejal susu, garam, gula, serbuk sayuran, penambah rasa, lemak sayuran terhidrogenasi, serbuk keju, warna, perisa, rempah ratus, bahan tambahan makanan
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 175 g, 185 g
Perisa: BBQ Bonanza, Cheesy Cheese, Spicy Curry
Harga: RM5.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Nom Tang Corn Snack

Snek Jagung Nom Tang ini mempunyai isi berkrim, kaya dan manis di bahagian dalamnya. Manakala bahagian luarnya pula rangup dan beraroma. Kedua-dua bahagian adalah kombo yang hebat jadi anda patut mencubanya!
Bahan-bahan: Jagung, gula, minyak kelapa sawit, serbuk oren, serbuk talkum
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 35 g
Perisa: Coklat, susu
Harga: RM0.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Doritos Tortilla Chips

Kerepek Tortilla Doritos merupakan satu lagi cip nacho yang menjadi kegemaran ramai. Ia mempunyai tekstur yang rangup dan penuh dengan rasa! Nikmati rasa keju dalam setiap gigitan snek ini. Snek ini menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang enak dan lazat, tambah-tambah lagi perisa keju nacho yang dipasarkan.
Bahan-bahan: Jagung, minyak sayuran, garam, keju cheddar, whey, monosodium glutamat, buttermilk, keju romano , Serbuk bawang, tepung jagung
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 150 g, 180 g
Perisa: Sweet Chilli Pepper, Flamin Hot, Nacho Cheese, Barbeque
Harga: RM5.50 (150 g) | RM9.90 (180 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Tohato Caramel Corn Snack

Jagung Tohato adalah makanan ringan yang rasanya seperti popcorn walaupun daripada bentuknya hanya seperti snek biasa. Jagung Tohato adalah kegemaran sepanjang masa dan disukai oleh ramai orang. Makanan ringan ini adalah puff jagung ringan yang manis dan dicampur dengan beberapa kacang tanah di dalamnya. Kacang tanah biasanya dimakan terakhir sekali bersama sisa habuk jagung yang terletak di bahagian bawah beg pembungkus ini. Antara perisa snek keluaran syarikat ini yang popular adalah perisa asli iaitu jagung. Cubalah hari ini!
Bahan-bahan: Gar jagung, Gula, Minyak sayuran dan lemak, Kacang tanah, Marjerin, garam Maltosa, Soya, Telur, Gandum, Krustasea
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 65 g, 77 g, 80 g
Perisa: Original (corn), Pic, Bitter, Match, Mangga, Melon, Nanas, Mont blanc, Ubi keledek, Badam
Harga: RM3.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Win2 Magic Crunch Corn Snack with Chocolate Filling

Win2 Magic Crunch adalah snek jagung yang dipenuhi dengan isi coklat. Selain itu, ia rangup, manis dan anda akan ketagih dengannya! Jika anda seorang pencinta biskut coklat atau wafer, snek ini akan menjadi makanan kegemaran anda yang seterusnya!
Bahan-bahan: Tepung gandum, gula, minyak isirung sawit terhidrogenasi, susu tepung krim penuh, jagung, serbuk koko, serbuk whey, jisim koko, garam, kalsium karbonat, tepung jagung, pengemulsi
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 30 g
Harga: RM2.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.