5 Keyboard Gaming Bajet Terbaik di Malaysia 2023

Keyboard gaming merupakan keyboard yang sesuai untuk aktiviti gaming anda. Biasanya, keyboard gaming adalah keyboard mekanikal dan dilengkapi dengan lampu RGB di belakang kekuncinya agar anda mudah menggunakannya. Key register (dan sedikit tekanan) membolehkan anda menaip dengan cepat tanpa rasa penat.

Keyboard ini mempunyai kekunci tambahan yang dipanggil Macro Key. Melalui Macro Key, anda boleh memprogramkan sesuatu untuk melaksanakan tugas permainan tertentu atau menjadikannya sebagai shortcut. Sebagai contoh, anda boleh memprogram Macro Key untuk memulakan program yang sering digunakan atau mengeluarkan kebolehan dalam permainan. N-key Rollover pula adalah satu ciri yang mendaftarkan semua kekunci yang anda tekan pada masa yang sama. Ciri ini adalah salah satu lagi ciri yang terdapat pada keyboard gaming. Jika anda suka bermain game, berikut adalah 5 keyboard gaming bajet terbaik di Malaysia untuk anda.

 Apakah Macro Keys?

Kekunci tambahan pada keyboard gaming anda,dikenali sebagai Macro Key. Kekunci ini boleh melakukan pelbagai tugas. Anda juga boleh merakam dan memainkan semua makro kompleks dengan menggunakan perisian keyboard anda.

Apakah N-Key Rollovers (NKRO)? 

Keyboard gaming dan keyboard biasa mempunyai N-Key Rollover (NKRO). Ciri ini membolehkan keyboard anda merakam beberapa keystroke. NKRO dapat mengesan semua keystroke yang anda gunakan sewaktu bermain game. Jadi, ia boleh memudahkan urusan anda apabila menggunakan keyboard tersebut.

5 Keyboard Gaming Bajet Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Tech IT RGB Keyboard Gaming

Tech-IT-RGB-Keyboard-Gaming-
Kredit Gambar: Shopee

Tech IT RGB Keyboard Gaming mempunyai backlight RGB LED dengan lampu pelangi berwarna-warni untuk menceriakan peralatan PC anda. Selain kalis air, keyboard gaming ini mempunyai 4 lubang saliran pada bahagian belakang untuk membuang cecair dengan cepat. Keyboard ini mempunyai sentuhan mekanikal melalui keycap. Ia menawarkan julat kekunci yang sederhana untuk memberikan keselesaan kepada tangan anda tatkala menggunakannya.

Spesifikasi:

  • Jumlah Kekunci: 104
  • Saiz: 442 x 134 x 22 mm
  • Warna: Hitam, Putih

Kelebihan:

Folding foot support
Reka bentuk lubang saliran
Penunjuk pelbagai fungsi

Harga: RM23.90 – RM59.80

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Audbox Keyboard Gaming

Audbox-Keyboard-Gaming
Kredit Gambar: Shopee

Audbox Keyboard Gaming mempunyai backlight berwarna-warni yang memukau. Lampu-lampu tersebut keluar dari celah-celah kekunci bagi mencipta kesan pencahayaan yang berwarna-warni dan ceria. Keyboard ini mempunyai USB berkelajuan tinggi dan reka bentuk keycap terapung dengan sentuhan mekanikal yang hebat. Selain itu, ia juga mempunyai ciri kalis air dan mechanical suspension keycap yang jarak kekuncinya sederhana.

Spesifikasi:

  • Jumlah kekunci: 104
  • Saiz: 18.15 x 8.58 x 1.85 inci
  • Warna: Hitam, Kelabu Hitam, Putih Ungu, Merah Jambu, Merah Jambu Putih, Kelabu dan Biru Putih

Kelebihan:

Kekunci ergonomik bertingkat
Reka bentuk kalis air
Sokongan kaki condong

Harga: RM31.80 – RM69.90

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Gigaware K28 Mechanical Gaming Keyboard

Gigaware-K-Mechanical-Gaming-Keyboard
Kredit Gambar: Shopee

Gigaware K28 Mechanical Gaming Keyboard memiliki reka bentuk yang nipis dan kalis air. Dengan adanya keyboard ini di meja anda, ia akan memberikan penampilan yang elegan. Selain itu, susun atur kekunci juga kemas dan membuatkan anda selesa menggunakannya. Kekunci pada keyboard ini mampu menahan sehingga 5 juta ketukan secara berterusan tanpa rosak. Untuk memenuhi keperluan ergonomik anda, anda boleh memanjangkan kaki lipatan keyboard yang kukuh ini dan menaikan keyboard anda sehingga 8 darjah. Anda tidak perlu risau kerana alas kaki getah keyboard ini boleh melindungi keyboard anda daripada tergelincir.

Spesifikasi:

  • Jumlah kekunci: 87
  • Saiz: 48 x 15 x 8 cm
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Rekaan kalis air
Pemasangan drive secara auto
Bentuk nipis

Harga: RM67.50 – RM69.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. XUNFOX K80 Gaming Mechanical Keyboard

XUNFOX-K-Gaming-Mechanical-Keyboard
Kredit Gambar: Shopee

XUNFOX K80 Gaming Mechanical Keyboard diperbuat daripada ABS dan mempunyai sambungan USB. Ia mempunyai dua pilihan suis kunci, iaitu biru dan merah. Ia juga mempunyai kesan cahaya RGB dengan pelbagai mod bercahaya, termasuklah breathing, bottom-up, top-down, diffusion, adduction, jumping horse running, single point platoon, streamer overflow, dan constant. Keyboard ini juga mempunyai reka bentuk keycap terapung, susun atur kekunci yang tinggi dan rendah serta alas yang anti gelincir.

Spesifikasi:

  • Jumlah kekunci: 87
  • Saiz: 34.5 x 12 x 3.5 cm
  • Warna: Hitam kelabu, putih kuning, putih biru dan merah jambu putih

Kelebihan:

Step button yang ergonomik
Reka bentuk keycap terapung
Game key exchange

Harga: RM49.90 – RM87.90

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. LEAVEN Punk LED Backlit Wired Gaming Keyboard

LEAVEN-Punk-LED-Backlit-Wired-Gaming-Keyboard
Kredit Gambar: Shopee

LEAVEN Punk LED Backlit Wired Gaming Keyboard menampilkan punk keycap untuk pengalaman menaip yang menyeronokkan sewaktu anda menggunakan USB interface. Keyboard ini mempunyai penunjuk cahaya dan struktur silent button. Walaupun reka bentuknya yang ringkas, keyboard ini mempunyai kedudukan ergonomik yang tinggi dan rendah yang sesuai untuk susun atur tersebut.

Spesifikasi:

  • Jumlah kekunci: 87
  • Saiz: 350 x 130 x 25 mm
  • Warna: Black Punk, White Punk, White Pink Punk

Kelebihan:

Braket ergonomik
Punk keycap
Rekaan minimalis

Harga: RM40.90 – RM79.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close