Menjadi kewajipan kita selaku umat Islam untuk menunaikan solat fardu 5 kali sehari. Solat adalah tiang agama dan meninggalkannya adalah berdosa besar. Solat fardu terdiri daripada 5 waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Setiap waktu untuk mengerjakannya berbeza dan terdiri daripada jumlah rakaat yang berbeza. Solat tidak boleh ditinggalkan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti pengsan, koma, keuzuran dan juga gila. Apabila tersedar daripada keadaan ini, anda diwajibkan solat.
Solat Asar
Solat Asar terdiri daripada 4 rakaat dan satu salam. Solat fardu ini boleh dikerjakan pada waktu selepas berakhirnya waktu Zohor, yakni apabila tergelincirnya matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek itu.
Berikut adalah cara mengerjakannya:
1. Niat
Anda haruslah berniat untuk mengerjakan Solat Asar.

Usolli Fardol Asri Arba’a Raka’atin Ada’an Lillahi Taala.
Maksudnya: Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala
2. Rakaat Pertama- Doa Iftitah
Selepas Takbiratul Ihram, anda hendaklah membaca doa Iftitah.

3. Rakaat Pertama- Surah Al-Fatihah
Sesudah bacaan doa Iftitah, anda perlu membaca surah Al-Fatihah.

4. Rakaat Pertama- Surah Al-Kafirun
Sesudah itu, bacalah pula surah daripada surah al-Quran. Anda boleh membaca mana-mana surah selepas Al-Fatihah. Antara surah yang boleh dibaca adalah Surah Al-Kafirun:

5. Rukuk
Selepas anda habis membaca surah Al-Kafirun, hendaklah anda rukuk dengan tertib.
6. Bangun Iktidal
Berdiri tegak selepas anda rukuk.
7. Sujud Pertama
Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana kebiasaannya.
8. Duduk Antara Dua Sujud
Dalam posisi ini, anda baca bacaan seperti kebiasaannya.
9. Sujud Kedua
Setelah itu, anda sujud seperti kebiasaannya.
10. Duduk Istirahat
Duduk sebentar dalam 3 saat sebelum anda bangun untuk menunaikan rakaat seterusnya.
11. Rakaat Kedua- Surah Al-Fatihah
Apabila anda bangun untuk masuk di rakaat kedua, anda perlu memulakannya dengan surah Al-Fatihah.

12. Rakaat Kedua- Surah Al-Ikhlas
Usai surah Al-Fatihah, anda boleh membaca mana-mana surah di dalam Al-Quran. Antara surah yang boleh dibaca adalah Surah Al-Ikhlas seperti di bawah.

13. Rukuk
Selepas anda habis membaca surah Al-Ikhlas, hendaklah anda rukuk dengan tertib.
14. Bangun Iktidal
Berdiri tegak selepas anda rukuk
15. Sujud Pertama
Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana kebiasaannya.
16. Duduk Antara Dua Sujud
Dalam posisi ini, anda baca bacaan seperti kebiasaannya.
17. Sujud Kedua
Setelah itu, anda sujud seperti kebiasaannya.
18. Duduk Tahiyyat Awal
Selepas sujud kedua, anda perlu bangkit ke kedudukan Tahiyyat Awal, iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu hari kanan ditegakkan. Dalam posisi ini, anda perlu membaca Tahiyyat Awal.
19. Rakaat ketiga- Surah Al-Fatihah
Setelah selesai bacaan Tahiyyat Awal, anda perlu bangkit untuk rakaat seterusnya. Setelah itu, mulakan bacaan Al-Fatihah seperti di bawah:

20. Rukuk
Selepas anda habis membaca surah Al-Fatihah, hendaklah anda rukuk dengan tertib.
21. Bangun Iktidal
Berdiri tegak selepas anda rukuk.
22. Sujud Pertama
Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana kebiasaannya.
23. Duduk Antara Dua Sujud
Dalam posisi ini, anda baca bacaan seperti kebiasaannya.
24. Sujud Kedua
Setelah itu, anda sujud seperti kebiasaannya.
25. Duduk Istirahat
Duduk sebentar dalam 3 saat sebelum anda bangun untuk menunaikan rakaat seterusnya.
26. Rakaat Keempat- Surah Al-Fatihah
Apabila anda bangun untuk masuk di rakaat keempat, anda perlu memulakannya dengan surah Al-Fatihah.

27. Rukuk
Selepas anda habis membaca surah Al-Fatihah, hendaklah anda rukuk dengan tertib.
28. Bangun Iktidal
Berdiri tegak selepas anda rukuk.
29. Sujud Pertama
Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana kebiasaannya.
30. Duduk Antara Dua Sujud
Dalam posisi ini, anda baca bacaan seperti kebiasaannya.
31. Sujud Kedua
Setelah itu, anda sujud seperti kebiasaannya.
32. Duduk Tahiyyat Akhir
Duduk tahiyyat akhir adalah duduk ketika membaca tahiyyat akhir. Anda disunatkan untuk duduk secara tawaruk, yakni duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Ketika ini, anda haruslah membaca bacaan Tahiyyat Akhir.
33. Salam
Akhiri solat dengan memberi salam, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri.
Begitulah salah satu tatacara Solat Fardu Asar. Diharapkan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dan semoga amalan kita ini diterima oleh Allah s.w.t. Amin. Selamat beribadah!
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.