Apa itu Solat Sunat Hajat? Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon sesuatu permintaan atau hajat daripada Allah s.w.t. atau menolak sesuatu perkara buruk yang tidak diingini. Solat sunat ini boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat (minimum) atau sempat rakaat sehinggalah 12 rakaat. Solat sunat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, sama ada siang atau malam. Namun, anda disarankan untuk melakukan solat sunat ini pada malam hari supaya lebih mudah khusyuk dan waktu itu juga mudah untuk dimakbulkan doa oleh Allah s.w.t.
Biarpun sudah ada solat fardu lima kali sehari yang bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t., solat-solat sunat seperti Solat Sunat Hajat merupakan salah satu ibadah tambahan yang boleh menambah amalan kita untuk akhirat kelak.
Apakah manfaat Solat Sunat Hajat?

Sebenarnya, solat sunat ini mempunyai banyak kelebihannya. Antaranya adalah:
- Dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
- Doa dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
- Dapat menenangkan hati dan fikiran
- Menguatkan pengharapan pada Allah s.w.t
- Menambah keyakinan dan juga ikhlas dengan takdir yang ditentukan Allah s.w.t.
- Menambah semangat dan menjadi semakin tabah
Bagaimanakah mengerjakan Solat Sunat Hajat?
1. Niat
Anda haruslah berniat untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat.

2. Rakaat Pertama- Doa Iftitah
Selepas Takbiratul Ihram, anda hendaklah membaca doa Iftitah.


3. Rakaat Pertama- Surah Al-fatihah
Sesudah bacaan doa Iftitah, anda perlu membaca surah Al-Fatihah.

4. Rakaat Pertama- Surah Al-Kafirun atau Ayat Kursi
Sesudah itu, Surah Al-Fatihah harus diikuti dengan Surah Al-Kafirun. Jika anda tidak mahu membaca ayat Surah Al-Kafirun, anda boleh membaca Ayat Kursi (Sekali atau 10 kali).

5. Rukuk
Selepas anda habis membaca surah Al-Kafirun, hendaklah anda rukuk dengan tertib.
6. Sujud
Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana solat fardu biasa.
7. Rakaat Kedua- Surah Al-fatihah

Apabila anda bangun untuk masuk di rakaat kedua, anda perlu memulakannya dengan surah Al-Fatihah
8. Rakaat Kedua- Surah Al-Ikhlas
Usai surah Al-Fatihah, ia harus diikuti dengan Surah Al-Ikhlas seperti di bawah. Surah ini boleh dibaca sekali atau 10 kali.

9. Rukuk
Selepas anda habis membaca surah Al-Ikhlas, hendaklah anda rukuk dengan tertib.
10. Sujud
Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana solat fardu biasa.
11. Sujud Kedua (Membaca Tasbih)
Untuk sujud yang kedua, anda disarankan untuk membaca tasbih ini ketika bersujud.

Atau/ dan

12. Memohon Hajat
Selepas anda membaca tasbih ini, anda boleh membaca hajat-hajat anda. Anda masih di dalam keadaan bersujud.
13. Duduk Tahiyyat Akhir
Duduk tahiyyat akhir adalah duduk ketika membaca tahiyyat akhir. Anda disunatkan untuk duduk secara tawaruk, yakni duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai.
14. Bacaan Tahiyyat Akhir
Berikut adalah bacaan tahiyyat. Bacaan ini hendaklah disambung dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammaf S.A.W.

15. Selawat Ke Atas Nabi Dalam Tahiyat Akhir
Sepertimana yang dinyatakan di atas, bacaan tahiyyat perlu diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W seperti di bawah:

16. Salam
Salam ialah ucapan atau lafaz salam yang merupakan sebahagian daripada rukun solat. Untuk lebih sempurna, ucapannya ialah ‘Assalamualaikum warahmatullah’ yang membawa maksud “Sejahtera kepada kamu semua dan semoga dirahmati Tuhan”.
17. Doa Selepas Solat Sunat Hajat
Selepas anda memberi salam, anda boleh membaca doa di bawah untuk solat sunat ini:

Begitulah salah satu tatacara solat sunat hajat. Diharapkan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dan semoga hajat-hajat kita ditunaikan oleh Allah s.w.t. Amin. Selamat beribadah!
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.