Solat Sunat Tahajud Penyeri Malam

Kredit Gambar: Portal Bangka Belitung

Anda terjaga daripada tidur? Kalau anda ingin menambah pahala untuk beribadat, apa kata anda berwuduk dan mendirikan Solat Sunat Tahajud? Sebenarnya Solat Sunat Tahajud merupakan solat sunat apabila anda terjaga daripada tidur malam walaupun anda hanya tidur seketika sahaja. Solat ini dilakukan selepas waktu Isyak sehinggalah terbitnya fajar. 

Ada yang menyarankan bahawa solat sunat ini dilakukan pada waktu satu pertiga malam, yakni kira-kira 3.00 pagi sehinggalah ke fajar. Solat sunat ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Cara mengerjakan solat sunat ini sebenarnya mudah sahaja. Kami akan kongsikan langkah-langkah yang ringkas untuk anda ikuti nanti.

Solat Sunat Tahajud Penyeri Malam
Kredit Gambar: ibnuhasyim.com

Apakah manfaat mengerjakan Solat Sunat Tahajud?

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak fadilat dalam mengerjakan solat sunat ini seperti di bawah:

  • Mendapat pengawasan daripada Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan pada wajahnya
  • Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin
  • Percakapannya juga mempunyai hikmah, benar dan bijaksana
  • Wajahnya menjadi bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di Padang Mahsyar
  • Hisabnya juga dipermudahkan ke atasnya
  • Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar
  • Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan
  • Jauh daripada kebinasaan

Bagaimanakah mengerjakan Solat Sunat Tahajud?

Advertise With My Weekend Plan

1. Niat

Anda haruslah berniat untuk mengerjakan Solat Sunat Tahajud.

Niat
Kredit Gambar: shafiqolbu.wordpress.com

2. Rakaat Pertama- Doa Iftitah

Selepas Takbiratul Ihram, anda hendaklah membaca doa Iftitah.

Rakaat Pertama Doa Iftitah
Kredit Gambar: tzkrh.com
Rakaat Pertama Doa Iftitah
Kredit Gambar: tzkrh.com

3. Rakaat Pertama- Surah Al-Fatihah

Sesudah bacaan doa Iftitah, anda perlu membaca surah Al-Fatihah.

Rakaat Pertama Surah Al Fatihah
Kredit Gambar:teratakemas.com

4. Rakaat Pertama- Surah Al-Kafirun

Sesudah itu, Surah Al-Fatihah harus diikuti dengan Surah Al-Kafirun.

Rakaat Pertama Surah Al Kafirun
Kredit Gambar: cikfauziah.blogspot.com

5. Rukuk

Selepas anda habis membaca surah Al-Kafirun, hendaklah anda rukuk dengan tertib.

6. Sujud

Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana solat fardu biasa.

7. Rakaat Kedua- Surah Al-fatihah

Apabila anda bangun untuk masuk di rakaat kedua, anda perlu memulakannya dengan surah Al-Fatihah.

Rakaat Kedua Surah Al fatihah
Kredit Gambar:teratakemas.com

8. Rakaat Kedua- Surah Al-Ikhlas

Usai surah Al-Fatihah, ia harus diikuti dengan Surah Al-Ikhlas seperti di bawah.

Rakaat Kedua Surah Al Ikhlas
Kredit Gambar: izdeen.com

9. Rukuk

Selepas anda habis membaca surah Al-Ikhlas, hendaklah anda rukuk dengan tertib.

10. Sujud

Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana solat fardu biasa.

11. Duduk Tahiyyat Akhir

Duduk tahiyyat akhir adalah duduk ketika membaca tahiyyat akhir. Anda disunatkan untuk duduk secara tawaruk, yakni duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai.

12. Bacaan Tahiyyat Akhir

Berikut adalah bacaan tahiyyat. Bacaan ini hendaklah disambung dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammaf S.A.W.

Bacaan Tahiyyat Akhir
Kredit Gambar: ms.wikipedia.org

13. Selawat Ke Atas Nabi Dalam Tahiyat Akhir

Sepertimana yang dinyatakan di atas, bacaan tahiyyat perlu diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W seperti di bawah:

Selawat Ke Atas Nabi Dalam Tahiyat Akhir
Kredit Gambar: ms.wikipedia.org

14. Salam

Salam ialah ucapan atau lafaz salam yang merupakan sebahagian daripada rukun solat. Untuk lebih sempurna, ucapannya ialah ‘Assalamualaikum warahmatullah’ yang membawa maksud “Sejahtera kepada kamu semua dan semoga dirahmati Tuhan”.

15. Doa Selepas Solat Sunat Tahajud

Selepas anda memberi salam, anda boleh membaca doa di bawah untuk solat sunat ini:

Doa Selepas Solat Sunat Tahajud
Kredit Gambar: siraplimau.com

Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Bagaimana dengan tatacara Solat Sunat Tahajud yang kami kongsikan di sini? Mudah, bukan? Diharapkan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Selamat beribadah!

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close