Sos cendawan merupakan salah satu sos yang kerap ditemui di dapur rumah anda. Jika anda seorang penggemar pasta, pasti sos ini tidak asing lagi bagi anda. Sos cendawan yang berlemak dan berkrim ini boleh memberikan rasa makanan yang penuh apabila menggunakannya. Jika tiada sos cendawan, hidangan anda akan terasa tawar mahupun tidak cukup perisa.
Oleh sebab itu, kami bertungkus-lumus mengumpul senarai sos cendawan yang terbaik untuk anda. Anda sukakan cendawan? Tercari-cari sos cendawan yang terbaik untuk masakan anda? Jangan risau kerana kami akan kongsikan senarai sos cendawan yang boleh anda lihat dan pilih di sini.
Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Sos Cendawan?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan sos cendawan di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan sos cendawan, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, sos cendawan seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Sos Cendawan?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli sos cendawana ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis sos cendawan yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
8 Sos Cendawan Terbaik di Malaysia 2025
1. Lohas Marinated Mushroom Sauce

Lohas Marinated Mushroom Sauce adalah perasa semula jadi dan mudah yang boleh ditambah untuk meningkatkan rasa hidangan. Ia boleh ditambah pada hidangan sebelum dihidangkan atau digunakan semasa memasak. 100% hidangan sayuran asli dan tradisional yang memberikan rasa yang enak dan khasiat yang baik. Kaya dengan aroma cendawan. Dapatkannya sekarang!
Bahan-bahan: Cendawan Asli, Kacang Soya, Kicap, Minyak Kacang Soya, Garam Laut Asli dan Gula Tebu Asli.
Negara Pengeluar: Taiwan
Saiz: 360 g
Harga: RM 21.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Kimball Mushroom Sauce

Cita rasa daripada veteran klasik dalam bidang ini, Kimball membawakan anda rasa sos cendawan yang bagus untuk anda! Datang dan cubalah Kimball Mushroom Sauce yang sering menjadi pilihan suri rumah di Malaysia. Percayalah, kualiti produk daripada Kimball pasti tidak akan mengecewakan anda.
Bahan-bahan: Tomato, Cendawan, Gula, Minyak Canola, Garam, Bawang, Bawang Putih, Asid Sitrik, Basil, Parsley, Oregano, Lada Hitam. Mengandungi: Gandum dan Susu.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 350 g
Harga: RM 5.50 (Shopee) | RM 6.88 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Tesco Mushroom Pasta Sauce

Tesco Mushroom Pasta Sauce memang sedap. Apa yang diperlukan hanyalah satu sudu sahaja sos ini dan anda akan ketagih dengannya. Datang dan cubalah sos pasta cendawan yang lazat pada hari ini. Manjakan selera anda dengan sesuatu yang menyelerakan!
Bahan-bahan: Tomato (57%), Pure Tomato Separa Semula (22%), Cendawan (11%), Jus Lemon daripada Pekat, Gula, Tepung Jagung, Bawang, Perisa, Garam, Herba, Serbuk Bawang, Minyak Biji Serai, Pure Bawang Putih
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 500 g
Harga: RM 7.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI tesco4. Yakin Mushroom Pasta Sauce

Kadang-kadang anda perlu percaya pada diri sendiri dan percaya bahawa anda akan membuat keputusan yang baik dalam hidup anda. Salah satu keputusan itu ialah anda memilih sos cendawan ini daripada Yakin! Yakin Mushroom Pasta Sauce merupakan salah satu sos cendawan yang terbaik, berpatutan dan dan mudah didapati di pasaran. Datang dan cubalah sekarang. Rasai kelazatan krimnya!
Bahan-bahan: Tomato, Air, Gula, Bawang, Cendawan, Minyak, Garam, Bawang Putih, Rempah-rempah, Mengandungi Agen Pemekat (E1422, E466) dan Pengatur Keasidan (E330) sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Mengandungi Pengawet yang Dibenarkan (E202), Semua Bahan Tambahan adalah daripada Asal Tumbuhan atau Sintetik
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 350 g
Harga: RM 5.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Eatalian Express Alfredo Creamy Mushroom Sauce

Mereka memasak sos ini dengan cara Itali yang tulen. Cendawan Shiitake, keju krim dan susu yang dimasak dalam kelompok kecil kemudian direneh dengan campuran herba istimewa selama lebih 3 jam. Ini menghasilkan sos cendawan yang sangat kaya, berperisa, berkrim yang sangat sesuai untuk masakan anda. Eatalian Express Alfredo Creamy Mushroom Sauce yang segar ini adalah pilihan yang lebih sihat daripada kebanyakan sos yang anda temui di rak pasar raya kerana mereka tidak menggunakan MSG tambahan, pewarna tiruan, pengawet mahupun sebarang bahan kimia / bahan tambahan makanan. Hanya sos cendawan terbaik yang mesti ada dalam setiap isi rumah! Sangat sedap, berkrim dan sihat!
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 200 g
Harga: RM 14.90 (Shopee) | RM 12.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Mavia Mushroom Pasta Sauce

Mavia Mushroom Pasta Sauce ini diperbuat daripada Resipi Itali Asli dengan bahan-bahan semula jadi sahaja, menampilkan rasa manis yang kaya dengan tomato, seimbang dengan herba dan perasa yang lazat. Hanya tuangkan ke atas pasta, nasi, atau gunakan sebagai sos celup. Ia mudah dan cepat untuk disediakan untuk semua orang – sama ada sebagai ‘comfort food’ atau sebagai hidangan keluarga yang lazat
Bahan-bahan: 55% tomato, 25% cendawan, air, gula, kanji jagung diubah suai, bawang, garam, minyak biji lobak, campuran perasa, rempah ratus, asid sitrik
Negara Pengeluar: Belgium
Saiz: 520 g
Harga: RM 17.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Tai’s Choice Organic Mushroom Sauce

Tarik nafas dan pilihlah sos cendawan homade Tai’s Choice ini. Rasa yang enak menanti anda apabila anda menggunakan Tai’s Choice dalam hidangan anda. Tai’s Choice Organic Mushroom Sauce boleh menambah kelazatan dalam hidangan anda. Datang dan cubalah hari ini!
Bahan-bahan: Cendawan Shiitake, kicap, gula tebu, halia & minyak masak.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 180 ml
Harga: RM 20.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Master Pasto Mushroom Cream Sauce

Master Pasto Mushroom Cream Sauce ialah sos gred restoran. Sos ini hanya memerlukan 3 minit sahaja untuk masak sepenuhnya, jadi proses memasak anda menjadi lebih cepat dan mudah. Ia memberikan konsistensi sos yang kaya. Anda boleh tumis sos ini perlahan-lahan sehingga bawang dan cendawan menjadi karamel bersama herba. Baunya sungguh aromatik. Sungguh menyelerakan!
Bahan-bahan: Air, Cendawan, Minyak Sayur, Tepung, Bawang Merah, Bawang Putih, Susu Tepung, Krimer, Garam, Gula, Serbuk Pati Ayam, Pati, Parsley Inggeris, Serbuk bawang putih, Serbuk Bawang, Lada Hitam, Garam.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 140 g
Harga: RM 9.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.