10 Sos Cili Manis Terbaik di Malaysia 2025

Penggemar makanan Thailand pasti tahu rasa sos cili manis ini, rasanya sedikit manis dan masam yang membuatkan anda sukar melupakannya. Daripada sos cili manis buatan restoran hingga sos cili manis Mae Pranom dalam botol, anda tidak akan pernah puas dengannya. Sos cili manis yang berasal dari Thailand ini terkenal dengan rasa lazat yang boleh digandingkan dengan pelbagai hidangan.

Oleh kerana ia digunakan dalam pelbagai makanan terutamanya sebagai sos pencicah, sos ini biasanya datang dalam beberapa cawan kecil yang membuatkan orang yang memakannya tidak puas dengan rasanya. Berbanding dengan sos cili biasa, sos cili manis mempunyai warna yang lebih cerah dengan biji cili dalam sos. Sos cili manis lebih kepada bahagian yang manis dan masam berbanding pedas. Ia biasanya mengandungi cili merah, bawang putih, halia, gula, dan cuka. Sos cili manis dalam botol biasanya mengandungi bahan pengawet dan bahan tambahan tiruan untuk memanjangkan jangka hayatnya.

Di manakah saya boleh mendapatkan sos cili manis?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan sos cili manis di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan sos cili manis, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, sos cili manis seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih sos cili manis?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli sos cili manis ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis sos cili manis yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Sos Cili Manis Terbaik di Malaysia 2025

1. Maepranom Thai Sweet Chili Sauce

Maepranom Thai Sweet Chili Sauce
Kredit Gambar: Tesco

Sos Cili Manis Thai Maepranom ialah jenama terkenal untuk sos cili Thai yang mempunyai biji cili bagi menambah rasa tekstur. Ia dihasilkan dengan bahan semula jadi dan boleh digunakan dalam pelbagai resipi. Ia tidak mempunyai sebarang pewarna tiruan, perasa, pengawet dan penstabil.

Bahan-bahan: Gula, Cili Merah, Bawang Putih , Cuka dan Garam.

Negara Pengeluar: Thailand

Saiz:  260 g, 390 g, 980 g

Harga: RM10.50 (980 g botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Life Thai Chilli Sauce

Life Thai Chilli Sauce
Kredit Gambar: Tesco

Sos Cili Thai Life disediakan dengan cili terpilih yang diproses dengan teliti untuk menghasilkan sos berkualiti tinggi untuk pengguna. Sos Cili Thai Life boleh digunakan di rumah, di gerai mamak kegemaran anda, di restoran makanan segera kegemaran anda, dan juga di rumah nenek anda. Pendek kata, ia boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Bahan-bahan: Gula, Cili, Cuka, Bawang Putih, Pes Tomato, Garam, Rempah Semulajadi, Mengandungi Pati Jagung Ubahsuai (E1422) dan Pemekat (E415) sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan

Negara Pengeluar:  Malaysia

Saiz: 360 g, 750 g

Harga: RM8.50 (750 g botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Jalen Chili Thai Sauce

Jalen Chili Thai Sauce
Kredit Gambar: Tesco

Bagi mereka yang menghargai rasa yang kaya dan pedas, Sos Thai Cili Jalen ini sesuai digunakan untuk memasak atau dijadikan sebagai sos pencicah. Sos ini adalah produk unik yang mendatangkan rasa pedas, manis, dan masam yang mendalam sekaligus menonjolkan rasa makanan anda. Bagi mereka yang menyukai rasa pedas, sos ini sesuai untuk anda.

Bahan-bahan: Gula, Cili, Pati Ubahsuai E1442, Garam, Bawang Putih, Asid Acetic E260, Perapi Makanan Yang Dibenarkan Dan Pengawet E211.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 350 g, 2.4 kg, 5 kg

Harga: RM3.20 (350 g botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Angel Thai Style Sweet Chilli Sauce

Angel Thai Style Sweet Chilli Sauce
 Kredit Gambar: Tesco

Sos Cili Manis Gaya Thai Angel ialah sos pencicah asli Thai yang mesti ada untuk setiap meja. Dibuat dengan bahan-bahan terbaik, ia mempunyai rasa yang sedikit manis sekali gus sesuai dengan hidangan goreng. Sos ini memberikan rasa makanan yang lazat. Anda harus mencuba sos cili manis ini segera!

Bahan-bahan: Gula, Air, Cili, Bawang Putih, Garam, Keasidan, Pengatur,(Asid Asetik/E260), Asid Sitrik/E330, Pemekat.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 330 g, 4 kg

Harga: RM5.30 (330 g botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Thai Heritage Sweet Chilli Dipping Sauce

Thai Heritage Sweet Chilli Dipping Sauce
Kredit Gambar: OnlineFriday MY

Sos pencicah asli Thai, iaitu Thai Heritage Sweet Chili Dipping Sauce adalah aromatik dan berperisa. Ia akan menonjolkan rasa yang terbaik dalam snek dan makanan kegemaran anda. Ia mempunyai rasa manis yang seimbang, masam dengan sedikit kepedasan yang anda akan hargai. Kalau tidak percaya, cubalah!

Bahan-bahan: Gula, Air, Cili Merah, Garam, Bawang Putih, Cuka Beras, Gula Xanthan (E415), Asid Sitrik (E330).

Negara Pengeluar: Thailand

Saiz: 200 ml, 300 ml

Harga: RM4.44 (300 ml botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Tae Pee Sweet Chili Sauce

Tae Pee Sweet Chili Sauce
Kredit Gambar: MyGroser

Sos Cili Manis Tae-Pee adalah item yang mesti ada untuk setiap keluarga. Ia mempunyai gabungan cili yang indah dan berapi-api dengan sedikit rasa manis. Ia adalah sos yang sempurna untuk digandingkan dengan pelbagai jenis hidangan!

Bahan-bahan: Cili Merah, Gula, Bawang Putih, Cuka, Garam.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 360 g, 840 g, 6.1 kg

Harga: RM7.00 (360 g pek)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Lingham’s Thai Chili Sauce

Linghams Thai Chili Sauce
Kredit Gambar: Tesco

Formula Sos Cili Thai Lingham ini tidak berubah. Hanya ramuan terbaik digabungkan dengan cili segar yang berperisa untuk menghasilkan sos cili manis yang enak. Kemanisan sos cili manis ini akan memberikan anda rasa manis dan pedas yang sensasi. Apabila anda menggoncangkan sos ini untuk digunakan sebagai sos pencicah, anda akan melihat warna merahnya yang memikat hati.

Bahan-bahan: Gula, Cili Merah, Cuka dan Garam.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 385 g

Harga: RM11.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Taste-Me Thai Chili Sauce

Taste Me Thai Chili Sauce
Kredit Gambar: Sin Tai Hung

Taste-Me Thai Cili Sos mengandungi cili merah, cuka, bawang putih, dan mempunyai komponen pemanis seperti buah, gula halus atau madu. Ia boleh digunakan sebagai sos celup untuk roti bakar udang, telur gulung, salad bungkus, kepak ayam, dan ‘spring rolls’ di restoran Cina-Eropah.

Bahan-bahan: Air, Gula, Garam, Cili, Bawang Putih Dan Cuka. Mengandungi Perapi Makanan yang Dibenarkan (Gum/E415)

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 510 g

Harga: RM6.95

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. MasterFoods Sweet Chilli Sauce

MasterFoods Sweet Chilli Sauce
Kredit Gambar: Woolworths

Sos Cili Manis MasterFoods mempunyai rasa yang hebat. Ia adalah campuran cili, paprika, dan madu yang seimbang bagi menghasilkan sos manis dan pedas yang akan dihargai seisi keluarga. Anda boleh menghidangkannya bersama ‘spring rolls’, ‘wedges’ atau kentang goreng sebagai sos pencicah. Tiada pewarna, perisa atau pengawet tiruan dalam sos lazat ini.

Bahan-bahan: Air, Gula, Sirap Emas, Garam, Pemekat (Tepung Jagung Ubahsuai, Xanthan Gum (mengandungi Soya)), Asid Makanan (Acetic), Bawang Putih 1%, Paprika, Madu 0.5%, Halia, Cili 0.5%.

Negara Pengeluar: Australia

Saiz: 500 ml, 3 Liter

Harga: RM20.90 (500 ml botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Kimball Thai Sweet Chili Sauce

Kimball Thai Sweet Chili Sauce
Kredit Gambar: Tesco

Sos Cili Thai Kimball menambah rasa pada mana-mana hidangan. Ia mempunyai rasa pedas yang hebat yang sesuai dengan kuah, sup, makanan segera dan pelbagai hidangan lain. Sos yang kaya dan pedas ini dibuat menggunakan cili merah dan bawang putih, dan ia pasti akan menambah rasa pedas pada mana-mana hidangan. Hidangkan bersama ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran sebagai sos pencicah.

Bahan-bahan: Gula, Air, Cili, Pemekat (Kanji Jagung), Bawang Putih, Garam, Cuka, Asid (Asid Sitrik E330).

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 300 g, 355 g, 520 g

Harga: RM8.80 (355 g botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close