Sos Worcestershire, juga dikenali sebagai sos Worcester, adalah sos yang ditapai yang dibangunkan di England pada tahun 1830-an. Perencah berasaskan cuka ini biasanya dicampur dengan ikan bilis, molase, bawang merah, bawang putih, dan perasa lain. Selain itu, ia juga perlu ditapai selama 18 bulan untuk mencapai rasa yang terbaik.
Sos yang rasanya manis dan masam ini digunakan untuk perapan, tumis, rebusan, sayur-sayuran, sandwic, dan sebagainya. Berikut adalah jenama sos Worcestershire yang boleh anda beli dalam talian jika anda berasa renyah untuk membuatnya.
Bagaimanakah menggunakan sos Worcestershire di dalam masakan?
Terdapat banyak cara inovatif untuk menggunakan atau memasak dengan sos Worcestershire. Selain daripada menggunakannya sebagai sos pencicah, anda boleh menggunakan perasa yang ditapai dan berperisa ini untuk membuat minuman, perapan dan sup.
- Minuman
Anda boleh mencampurkannya dalam koktel bir. Tambah tiga sudu makan sos Worcestershire untuk membangkitkan rasa yang enak.
- Perapan
Worcestershire adalah alternatif terbaik untuk sos ikan dan kicap jika anda ingin menukar rasa sos di dalam masakan anda.
- Sup
Tambahkan beberapa sudu makan sos Worcestershire ke dalam sup anda, dan ia akan meningkatkan rasa ke tahap yang baharu. Pasti anda tidak menyesal kerana mencubanya.
10 Sos Worcestershire Terbaik di Malaysia 2025
1. HADAY Worcestershire Sauce

HADAY Worcestershire Sauce adalah perasa berasaskan bahan seperti cuka, gula, bawang putih, halia dan banyak lagi. Ia sesuai untuk dijadikan bahan perasa dan perap untuk masakan anda terutama masakan barat dan Cina.
Spesifikasi
- Berat: 230 ml
- Bahan-bahan: Air, Cuka yang dibancuh, Gula Putih, Warna Karamel, Kicap yang dibancuh, Rempah-rempah, Bawang Putih Masin, Halia Masin, Natrium Benzoat, Sucralose
- Negara Pengeluar: China
Harga: RM6.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Lea and Perrins Worcestershire Sauce

Lea dan Perrins Worcestershire Sauce membuat bahan perasa menjadi lebih sempurna selain melengkapi rasa masakan yang enak dan menyelerakan buat anda. Rasa yang ringan dan berasid daripada sos ini sesuai untuk dijadikan sebagai sos pencicah, sos tumis atau perapan. Sos bebas gluten, kolesterol dan lemak ini mengandungi hanya lima kalori bagi setiap hidangan.
Spesifikasi
- Berat: 290 ml
- Bahan-bahan: Cuka putih suling, molase, gula, garam air, bawang besar, ikan bilis, bawang putih, cengkih, ekstrak asam jawa, perasa asli, ekstrak cili lada
- Negara Pengeluar: England
Harga: RM9.45
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Christie’s Worcestershire Sauce

Sos Worcestershire oleh Christie ini merupakan sos premium yang dibuat daripada resipi keluarga berusia 100 tahun. Anda hanya akan merasai adunan rempah-ratus terbaik tanpa pengawet dan pewarna tiruan. Gunakannya sebagai perapan dan bahan memasak untuk tahap pengalaman makan yang berbeza. Cubalah, anda pasti tidak menyesal!
Spesifikasi
- Berat: 250 ml
- Bahan-bahan: Rempah-ratus, Bawang Putih, Bawang Besar, Cuka, Soya yang ditapai, Molase, Gula, Garam
- Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM15.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Lingham’s J.B Worcestershire Sauce

Lingham’s J.B Worcestershire Sauce adalah sos jenama tempatan yang merupakan gabungan pelbagai rasa yang sempurna. Gunakannya sebagai sos pencicah, bahan perasa dan perapan untuk membawa hidangan anda ke tahap seterusnya dari segi warna, aroma dan rasa.
Spesifikasi
- Berat: 280 ml
- Bahan-bahan: Gula, rempah, kicap, cuka, plum, garam, karamel dan bahan pengawet yang dibenarkan: Natrium Benzoat (E211)
- Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM9.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Wan Ja Shan Premium Worcestershire Sauce

Sos Worcestershire Premium Wan Ja Shan dibuat daripada bahan organik dan semula jadi. Perasa serba guna ini meningkatkan dan menaikkan rasa stik, ayam, ikan dan daging. Rasa masam premium ini juga boleh digunakan dalam masakan barat seperti pasta dan burger. Cubalah sos ini, anda pasti gembira dengan rasanya!
Spesifikasi
- Berat: 595 ml
- Bahan-bahan: Cuka organik, kicap tamari organik tanpa gandum (air, kacang soya organik dan garam), jus tebu sejat organik, garam dan rempah organik
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Harga: RM11.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Bulldog Worcestershire Sauce

Anda boleh merasai rasa yang unik kerana sos ini diadun khas dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sos ini mempunyai rasa dan aroma yang kaya ini, sesuai jika digunakan pada makanan bergoreng. Sos ini bukan sahaja terhad kepada makanan bergoreng, ia juga memberikan rasa yang mantap dan enak kepada masakan barat dan Cina kegemaran anda.
Spesifikasi
- Berat: 300 ml
- Bahan-bahan: Air, Gula, Cuka Suling (Diperbuat Daripada Alkohol), Garam, Jus Epal, Pes Tomato, Bawang, Ekstrak Yis (Mengandungi Soya), Cuka (Diperbuat Daripada Wain Putih), Rempah-rempah, Pasta Harga, Pasta Lemon, Pasta Lemon, Pes Lemon
- Negara Pengeluar: Jepun
Harga: RM12.39
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Ottogi Worcestershire Sauce

Sos Ottogi Worcestershire adalah sos yang kaya dengan rasa yang dibuat daripada pelbagai perasa dan wain merah. Rasanya hebat jika diletakkan ke dalam sup atau rebusan, serta boleh dijadikan sos salad, daging, burger dan banyak lagi. Oh ya, perasa berperisa ini pastinya sesuai dengan masakan Cina.
Spesifikasi
- Berat: 415 ml
- Bahan-bahan: Air, Cuka Fruktosa, Garam, Kicap, Pes Tomato, Gula, Molase, Rempah-rempah, Wain Merah, Ekstrak Bawang Putih, Protein Sayur-sayuran Hidrolisis, Serbuk Likuoris, Ekstrak Bawang, Ekstrak Cendawan, Minyak Lada Merah, Warna (150a), Pati Minyak
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
Harga: RM11.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. American Garden Worcestershire Sauce

Sos Worcestershire American Garden mempunyai Sos Worcestershire klasik dan rasa manis yang sederhana. Tambah sos ini ke dalam mana-mana resipi kegemaran anda untuk rasa yang berbeza. Pecayalah, sos ini dapat membangkitkan rasa yang kaya di lidah anda.
Spesifikasi
- Berat: 295 ml
- Bahan-bahan: Minyak Kacang Soya, Air, Sirap Jagung, Cuka, Kuning Telur, Pati Jagung Ubahsuai, Lobak Pedas, Garam, Perisa, Pengawet Kalium Sorbat, Gula Xanthan, Kalsium Disodium Edta Ditambah Untuk Melindungi Rasa
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Harga: RM9.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Heinz Worcestershire Sauce

Sos Heinz Worcestershire yang kaya dan enak ini dibuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi. Sos resipi Inggeris ini boleh digunakan atau dicampur dalam pelbagai resipi, daripada masakan barat sehinggalah kepada masakan Cina atau Jepun. Selain itu, ia juga sesuai dengan mana-mana hidangan daging, ayam, dan ikan.
Spesifikasi
- Berat: 356 ml
- Bahan-bahan: Cuka Putih Suling, Air, Molase, Garam, Sirap Jagung Fruktosa Tinggi, Kicap (Air, Garam, Protein Soya Hidrolisis, Sirap Jagung, Pewarna Karamel), Warna Karamel, Perisa Asli, Sirap Jagung, Ikan bilis, Polisorbat 80, Soya Tepung, Ekstrak Bawang Putih
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Harga: RM17.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Kitchen22 Keto Worcestershire Sauce

Kitchen22 Keto Worcestershire Sauce adalah sos Worcestershire mesra keto buatan sendiri yang bebas daripada gula, pengawet dan perasa tiruan. Gunakan sos tanpa gula ini sebagai bahan penambah rasa untuk daging, sup, rebusan dan sos salad anda.
Spesifikasi
- Berat: 150 ml
- Bahan-bahan: Cuka Epal, Cuka Putih, Bawang Besar, Pemanis Monkfruit, Stevia Cecair, Sos Ikan Tanpa Gula, Amino Cecair, Amino Kelapa, Bawang Putih, Rempah-rempah
- Negara Pengeluar: Malaysia
Harga: RM16.76
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.