Pilates telah menjadi popular dalam kalangan ramai. Ia dilihat sebagai kaedah senaman yang memfokus kepada pengukuhan teras, fleksibiliti dan penjajaran badan secara menyeluruh. Studio pilates menyediakan pelbagai pelajaran dan program untuk mencapai matlamat anda, tidak kiralah sama ada anda amatur yang mahu membina asas yang kukuh atau profesial yang ingin mengembangkan teknik mereka.
Studio-studio ini dilengkapi dengan peralatan pilates yang berkualiti tinggi, termasuklah Reformer, mesin Cadillac, kerusi dan tong. Semua alat ini membolehkan anda merasai pengalaman berbeza dan dinamik ketika bersenam. Jadi, carilah studio pilates yang berdekatan dan sesuai dengan keperluan anda.
Apakah Manfaat Pilates?
Pilates mempunyai banyak kelebihannya, termasuklah meningkatkan kekuatan teras, fleksibiliti, postur badan dan otot. Senaman ini juga boleh membantu menghilangkan sakit belakang, mengurangkan tekanan serta memberikan kesejahteraan fizikal dan mental secara menyeluruh.
Apakah Pakaian Yang Sesuai Untuk Dipakai Ke Kelas Pilates?
Anda perlu memakai pakaian yang sesuai dan longgar bagi membolehkan anda bergerak dengan bebas dan selesa. Kebanyakkan studio pilates mengesyorkan pelanggang untuk berkaki ayam atau memakai stoking yang sesuai untuk meningkatkan kestabilan sewaktu bersenam. Sesetengah studio membekalkan tikar dan peralatan untuk anda gunakan, dan ada studio memerlukan anda membawa peralatan tersebut ke kelas. Jadi, anda perlu menyemak terlebih dahulu tentang hal ini sebelum berkunjung ke studio untuk kelas anda.
10 Studio Pilates Terbaik di Johor 2023
1. Yoga Plus Studio
Yoga Plus Studio adalah studio yoga yang menyediakan pelbagai pilihan kelas dan program yoga untuk memenuhi keperluan dan minat pelanggannya. Selain kelas yoga, Yoga Plus Studio juga menawarkan kelas pilates. Setiap kelas mempunyai hari dan masa yang berbeza. Oleh itu, pelanggan perlu menempah jadual mereka sebelum menghadiri kelas tersebut. Yoga Plus Studio komited untuk menyediakan persekitaran yang mesra dan menyeluruh untuk semua pelanggan tanpa mengira umur, bentuk badan atau pengalaman. Walaupun studio ini mungkin membekalkan tikar dan peralatan yoga yang diperlukan, anda harus memeriksa polisi dan keperluan khas mereka terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Waktu Operasi:
8:30 pagi – 9:30 pagi, 8:00 malam – 9:00 malam (Isnin – Khamis)
8:30 pagi – 9:30 pagi (Sabtu)
Tutup (Jumaat, Ahad)
Address: 67A, Jalan Indah 8/13, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/yoga_plus_studio/
2. Hills Pilates
Hills Pilates adalah studio Pilates yang berkembang pesat di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai beberapa cawangan di Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan Johor. Hills Pilates Studio menawarkan pelbagai kursus dan program Pilates. Mereka berusaha menyediakan pendekatan holistik bagi kecergasan anda dengan memfokuskan pada kekuatan teras, fleksibiliti dan kesejahteraan secara menyeluruh. Selain itu, mereka menyediakan sesi 1-to-1 di mana pengajar boleh memberi perhatian penuh kepada anda. Jika anda suka bersenam secara berkumpulan, anda boleh menjadualkan sesi 1 lawan 1 bersama rakan anda bagi berkongsi perubahan yang anda kecapi semsa bersenam.
Waktu Operasi:
7:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Jumaat)
7:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu, Ahad)
Alamat: 1, Jalan Eko Botani 3/5, Taman Eko Botani, 79100 Iskandar Puteri, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/people/Hills-Pilates-Eco-Botanic/
Instagram: https://www.instagram.com/hillspilates_/
3. Grace Pilates Fitness Centre
Grace Pilates Fitness Centre menawarkan pelajaran Pilates, Yogilates, Regangan, Zumba, Salsation dan Kickboxing pada setiap hari. Mereka menawarkan masa kelas yang berbeza bagi setiap kelas di sini. Para pelanggan boleh menyemak maklumat di halaman Facebook mereka untuk menempah slot. Bagi memudahkan pelanggan, mereka juga boleh menyertai kelas Pilates secara maya jika mereka tidak dapat pergi ke studio.
Waktu Operasi: Bergantung kepada jadual kelas masing-masing
Alamat: Jln Pinang 52, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/GracePilatesCentre/
4. Sense Yoga & Pilates
Sense Yoga & Pilates merupakan pusat kecergasan yang terkenal di Johor Bahru. Pusat ini mengkhusus dalam yoga dan latihan Pilates. Sense Yoga & Pilates mengambil pendekatan secara menyeluruh untuk kesejahteraan anda bagi mewujudkan persekitaran yang penuh kehangatan dan transformatif untuk individu meningkatkan kekuatan fizikal, fleksibiliti dan mental mereka.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 04-01, Blok B, Pusat Perdagangan Ekoflora, Jalan Ekoflora 7/1, Taman Ekoflora, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Senseyogapilates/
Instagram: https://www.instagram.com/senseyoga_/
5. Feel’in Studio- Yoga Pilates Studio
Feel’in Studio-Yoga Pilates adalah studio serba baharu di Johor Bahru. Mereka menyediakan persekitaran yang mesra untuk semua tanpa mengira umur, bentuk badan atau pengalaman. Yoga Hatha, Vinyasa Flow, Yoga Wheel, keseimbangan tangan, regangan lembut, Yoga Yin, dan Mat Pilates adalah antara sesi yang tersedia di sini.
Waktu Operasi:
7:00 pagi – 9:30 pagi, 5:00 petang – 8:00 malam (Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat)
8:00 pagi – 12:00 tengah hari (Sabtu, Ahad)
Tutup (Selasa)
Alamat: 113, Jln Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/feelinyogapilates
6. Ohm Studio
Ohmn Studio menawarkan kelas pilates dan yoga untuk membantu orang ramai untuk sihat dan berhubung semula dengan diri mereka. Ohmn Studio berbeza dengan studio lain kerana mereka menggabungkan Singing Bowl sebagai keadah meditasi. Selain itu, mereka adalah studio pertama yang menggunakan terapi bunyi seperti Singing Bowl untuk mempromosikan meditasi.
Waktu Operasi: 7:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 25-02, Jalan Molek 1/5A, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/OhmnStudio
Instagram: https://instagram.com/ohmn_studio?igshid=YmMyMTA2M2Y=
7. Wings Fitness Studio
Wings Fitness Studio menyediakan pelbagai sesi yoga dan pilates untuk amatur dan profesional. Tidak kiralah sama ada anda seorang amatur yang mahu membina asas yang kukuh atau seorang pengamal yang ingin memperhalusi teknik anda, studio ini akan membantu anda mencapai apa yang anda inginkan. Mereka akan memimpin anda melalui setiap pergerakan secara dekat bagi memastikan bentuk dan teknik yang sesuai diamalkan. Selain itu, latihan yang diberikan berupaya mencabar kekuatan dan fleksibiliti badan anda.
Waktu Operasi:
7:30 pagi – 12:00 tengah hari, 5:00 petang – 8:00 malam (Isnin – Jumaat)
7:30 pagi – 10:30 pagi (Sabtu, Ahad)
Alamat: 54, Jalan Bakawali 39, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/wingsfitnessjb
8. Coreplus Pilates Studio
Coreplus Pilates Studio adalah studio Pilates pertama di Johor Bahru yang menggunakan teknik STOTT untuk memanfaatkan kestabilan teras bagi mencapai prestasi neuromuskular terbaik. Berdasarkan pilihan anda, anda boleh memilih antara pilates individu, duet atau kumpulan. Mereka juga menyediakan pilates pemulihan untuk mereka yang mengalami gangguan muskuloskeletal, pilates pra-natal dan post-natal, dan pilates senior untuk orang yang berumur 60 tahun ke atas.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Jumaat)
8:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu, Ahad)
Alamat: Block H 02-01, Komersil Southkey Mozek, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100087194172764&mibextid=LQQJ4d
Instagram: https://instagram.com/corepluspilates_my?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==
9. Qi Yoga & Pilates
Qi Yoga & Pilates menawarkan sesi Pilates individu dan berkumpulan. Anda boleh memilih kelas yang mereka tawarkan seperti Yoga Wheel, Hatha Yoga, Inner Flow, Vinyasa Flow dan Mat Pilates berdasarkan minat anda. Mengambil bahagian dalam sesi ini secara kerap bukan sahaja membantu meningkatkan kekuatan teras dan fleksibiliti, malah ia juga menguatkan otot bagi menghasilkan badan yang lebih langsing dan sihat.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 196-02, Taman, Jalan Adda 7, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/qiyogapilates
10. Hua Yoga Lifestyle (Eco Botanic)
HUA Yoga Lifestyle adalah pusat kesihatan holistik yang menyepadukan amalan yoga dengan sikap bertimbang rasa dan seimbang terhadap kehidupan seharian. HUA Yoga Lifestyle menggalakkan kesejahteraan secara menyeluruh dengan menawarkan pelbagai kursus dan program yoga yang menyuburkan minda, badan dan jiwa. Kelas kumpulan ARC, kelas kumpulan Reformer, ‘pilates ring-back shaping’, bengkel pasangan pilates bersalin dan janji temu yoga dengan alam semula jadi adalah antara sesi yang mereka tawarkan.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Jumaat)
8:00 pagi – 12:00 tengah hari (Sabtu, Ahad)
Alamat: G-03 Residensi, Jalan Eko Botani 3/5, Taman Eko Botani, 79100 Iskandar Puteri, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/HUAYOGA
Instagram: https://www.instagram.com/hua.yogalifestyle/?hl=en
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.