8 Studio Pilates Terbaik di Selangor 2023

Pilates menggalakkan pergerakan seimbang dan kekuatan semua kumpulan otot utama, terutamanya menekankan otot teras dalam. Senaman ini meningkatkan postur, fleksibiliti, kekuatan, keseimbangan, dan kesedaran tubuh seseorang. Pilates mempunyai dua bentuk yang berbeza, iaitu berasaskan tikar dan berasaskan peralatan. Alat seperti dumbel dan peralatan kecil lain yang memberikan rintangan otot turut digunakan dalam sesetengah pilates.

Pilates adalah kaedah pemulihan dan senaman yang terbukti. Melalui senaman ini, otot anda jarang dikerjakan sehingga penat dan anda akan jarang berpeluh. Namun, ia memberikan konsentrasi yang  penuh tatkala anda melakukan senaman ini. Tumpuan diperlukan untuk mencari pusat anda supaya anda boleh menggerakkan badan anda dengan kawalan. Setiap senaman mempunyai corak pernafasan, irama, dan lokasi yang berbeza. Lihat 8 studio pilates terbaik di Selangor 2023 ini.

Apa Itu Kualiti Pilates?

Pilates memerlukan siri pergerakan yang perlahan dan berterusan serta memerlukan pernafasan terkawal dan otot perut. Kualiti setiap postur adalah lebih penting daripada bilangan ulangan senaman atau keupayaan anda untuk bergerak secara bertenaga.

Mengapa Pilates Lebih Baik daripada Bersenam?

Latihan pilates lebih berfaedah daripada latihan gim. Ia meningkatkan kekuatan, fleksibiliti, kecergasan kardiovaskular dan pernafasan anda dalam satu sesi. Oleh sebab itu, ia lebih cekap dan baik daripada anda pergi ke gim. Latihan pilates sesuai untuk amatur atau mereka yang pulih daripada kecederaan kerana sifat senaman ini berimpak rendah.

8 Studio Pilates Terbaik di Selangor 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Yuro Physio

Yuro-Physio-
Kredit Gambar: Yuro Physio
Yuro-Physio--
Kredit Gambar: Yuro Physio

Yuro Physiotherapy Centre pakar dalam masalah saraf dan muskuloskeletal. Mereka percaya gaya hidup aktif adalah penting untuk mengelakkan kecederaan dan kesakitan. Oleh sebab itu, mereka menawarkan kelas kecergasan dan pilates untuk mereka yang mencari senaman minda dan badan yang hebat. Anda akan menerima bimbingan dan pelarasan yang disesuaikan bagi memenuhi matlamat dan keperluan kecergasan unik anda. Anda boleh mendapatkan sesi 1-to-1 dengan tenaga pengajar mereka yang berpengalaman.

Dalam kelas duet mereka, anda boleh menikmati faedah pilates bersama rakan atau pasangan. Anda juga boleh mencuba kelas peralatan kumpulan untuk 3 hingga 6 orang yang menggunakan mesin yang dipanggil Reformer. Selain itu, kelas ‘group mat’ untuk 3 hingga 15 orang yang menggunakan prop seperti gelang kecergasan, ‘foam roller’ dan ‘rope trainer’.

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Jumaat)
8:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu – Ahad)

AlamatEco Santuari, 9, Jalan Eco Santuari 8/1C, Persiaran Eco Sanctuary, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/YuroPhysio/ 

Instagram: https://www.instagram.com/yurophysio/ 

semak laman web di sini

2. Hills Pilates – Tropicana Avenue

Hills-Pilates-Tropicana-Avenue
Kredit Gambar: Hills Pilates – Tropicana Avenue
Hills-Pilates-Tropicana-Avenue-
Kredit Gambar: Hills Pilates – Tropicana Avenue

Hills Pilates terletak di Tropicana Avenue. Mereka mengajar Contemporary Pilates dan mengikuti ajaran Contrology oleh Joseph Pilates yang menyokong penyelarasan badan, minda dan semangat untuk mencapai kesejahteraan holistik. Setiap bilik mengandungi koleksi peralatan khusus seperti ‘reformer’, ‘Trapeze Table’, kerusi, dan ‘ladder barrel’ daripada CarePilates, iaitu pengeluar peralatan pilates terkemuka di Korea.

Peralatan yang diperbuat daripada kayu dengan kemasan semula jadi mempunyai dua tujuan dari segi senaman dan estetika. Selain itu, ia juga membawa unsur-unsur alam semula jadi yang lembut ke dalam studio untuk menjadikan senaman lebih kontemplatif. Tenaga pengajar mereka merupakan individu berpengalaman yang telah dipilih atas prestasi kerja yang cemerlang dalam pilates.

Waktu Operasi:
7:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Jumaat)
8:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu – Ahad)

AlamatP-01-03, Tower A, 12, Persiaran Tropicana, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063777614484 

Instagram: https://www.instagram.com/hillspilates_/ 

semak laman web di sini

3. Signature Pilates Studio

Signature-Pilates-Studio
Kredit Gambar: Signature Pilates Studio
Signature-Pilates-Studio-
Kredit Gambar: Signature Pilates Studio

Signature Pilates Studio di Subang Jaya mempunyai studio pilates yang serba lengkap. Mereka adalah sebuah syarikat kecil milik persendirian yang bersemangat untuk membantu orang lain dan berkhidmat kepada masyarakat. Pada tahun 2004, Yvonne memulakan perjalanan pilatesnya. Dia menerima arahan tentang pelbagai peralatan pilates, termasuk tikar, ‘reformer’, Cadillac, kerusi, dan tong.

Pada tahun 2005, Signature Pilates Studio mula membuka pintunya. Kanak-kanak berkeperluan khas, ibu mengandung dan selepas bersalin, orang yang mengalami sakit dan kecederaan kronik, pelajar yang cergas seperti atlet profesional dan pesaing aerobik, pengajar yoga, dan warga emas adalah antara kumpulan yang telah belajar pilates daripada Yvonne.

Alamat28, Jalan USJ 1/1c, Taman Subang Mewah, 47500 Subang Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/Signature-Pilates-Studio/100057693398406/ 

Instagram: https://www.instagram.com/sigpilates/?hl=en 

semak laman web di sini

4. Santosha Studio – Yoga & Pilates

Santosha-Studio-Yoga-Pilates
Kredit Gambar: Santosha Studio – Yoga & Pilates
Santosha-Studio-Yoga-Pilates-
Kredit Gambar: Santosha Studio – Yoga & Pilates

Sertai Santosha Studio di Bandar Puteri Puchong dalam ruang yoga dan pilates yang hangat dan selesa bersama tenaga pengajar yang berpengalaman dan berdedikasi. Tidak kira apa tahap pengalaman anda, Santosha Studio akan membimbing dan membantu anda dalam pilates. Selain itu, mereka menawarkan kelas untuk semua orang tidak kira apa amalan yang mereka praktikkan dalam kehidupan mereka.

Asas Reformer Pilates akan diajar kepada anda sambil melatih teras anda dan menjadi kuat. Dalam kelas mesra amatur ini, anda akan mempraktikkan kawalan, keseimbangan dan koordinasi otot seluruh badan. Anda mesti melengkapkan lima kelas Asas Reformer terlebih dahulu untuk menyertai kelas peringkat tinggi mereka.

Waktu Operasi: 
7:30 pagi – 10:30 pagi, 6:00 petang – 9:30 malam (Isnin)
7:30 pagi – 9:30 pagi (Selasa, Jumaat)
6:00 petang – 9:30 malam (Rabu, Khamis)
7:30 pagi – 10:30 pagi (Sabtu)

Alamat8-3, 2, Rio Office Park, Persiaran Rio, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/santosha.yoga.pilates 

Instagram: https://www.instagram.com/santosha_kl/ 

semak laman web di sini

5. Body in Common KD

Body-in-Common-KD
Kredit Gambar: Body in Common (BIC Kota Damansara)
Body-in-Common-KD-
Kredit Gambar: Body in Common (BIC Kota Damansara)

Body in Common KD adalah Fitness Pilates & Clinical Pilates Studio yang menawarkan kecergasan berkumpulan, klinikal berkumpulan serta pengurusan kecederaan, pemulihan dan perkhidmatan kesihatan secara 1-to-1. Studio ini dimiliki oleh warga Australia dan Malaysia dan mereka menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi yang melampaui norma tempatan agar membawa hasil yang benar-benar bertaraf antarabangsa.

Semua kelas Reformer Pilates mereka adalah kecil dan bersifat individu. Dalam setiap kelas, anda akan melihat peningkatan yang nyata kerana mempunyai sokongan tenaga pengajar yang terlatih. Kaum lelaki dan wanita boleh menikmati pilates, dan program merekaakan disesuaikan untuk setiap individu.

Waktu Operasi: 
7:00 pagi – 9:00 malam (Isnin)
7:00 pagi – 2:00 petang, 7:00 petang – 9:00 malam (Selasa, Khamis)
7:00 pagi – 2:00 petang (Rabu, Sabtu, Ahad)

Alamat2-3A, Jalan PJU 5/5, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bodyincommonkd/ 

Instagram: https://www.instagram.com/bodyincommonkd/ 

semak laman web di sini

6. PilateZ Studio

PilateZ-Studio
Kredit Gambar: PilateZ Studio
PilateZ-Studio-
Kredit Gambar: PilateZ Studio

PilateZ Studio adalah Studio Pilates Klasik peribadi di mana himpunan latihan yang dibangunkan oleh Joseph Pilates diajar dalam bentuk asalnya. Zed adalah pengasas studio ini dan telah mengajar pilates sejak 2003. Program senaman anda akan disesuaikan untuk memenuhi keperluan dan matlamat unik anda. Setiap sesi akan membimbing anda melalui latihan dengan menggunakan peralatan klasik dan tikar.

AlaamtA12-03, Tower A, Atria Sofo Suites, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

semak laman web di sini

7. Immpression Music Art & Pilates Studio

Immpression-Music-Art-Pilates-Studio
Kredit Gambar: Immpression Music Art School
Immpression-Music-Art-Pilates-Studio-
Kredit Gambar: Immpression Music Art School

Impression Music Art & Pilates Studio adalah studio muzik dan pilates di Kajang. Studio ini merupakan akademi muzik dan seni serta menawarkan kelas pilates persendirian 1:1 yang disesuaikan dengan matlamat dan keperluan badan anda. Mereka juga menawarkan analisis postur bagi setiap individu. Penggunaan mesin di studio ini menambahkan daya tahan kepada senaman untuk membantu membina kekuatan serta menghasilkan senanam yang selamat dan berkesan. Selain itu, penggunaan mesin ini juga bebas daripada kecederaan dan memberikan impak yang rendah dalam masa 50 minit.

Waktu Operasi: 
2:00 petang – 9:30 malam (Selasa – Jumaat)
8:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu)

Alamat12 A-1, 1st Floor, Jalan SL 1/13, Bandar Sungai Long, 43000 Kajang, Selangor 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/immpression.artmusic/ 

semak laman web di sini

8. Vision Pilates

Vision-Pilates
Kredit Gambar: Vision Pilates
Vision-Pilates-
Kredit Gambar: Vision Pilates

Semua orang boleh mendapat manfaat daripada latihan pilates di Vision Pilates. Mereka mempunyai tenaga pengajar dan kelas untuk anda jika anda ingin menjadi lebih sihat ataupun pulih daripada kemalangan atau pembedahan. Mereka menawarkan pelbagai jenis kelas yang dicipta untuk memenuhi keperluan pelajar di semua peringkat kemahiran, yakni daripada peringkat amatur sehinggalah kepada pakar.

Pakej studio mereka adalah termasuk loker percuma, pancuran mandian dan penggunaan bilik persalinan. Bilik pancuran mandian mempunyai pemanas air serta syampu dan mandian badan. Kemudahan mereka membolehkan para pelanggan berasa segar apabila meninggalkan premis ini dan bertenaga untuk menghadiri kelas seterusnya.

Waktu Operasi: 
8:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Khamis)
7:30 pagi – 8:00 malam (Jumaat)
8:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu)

AlamatH91-2, Block H, Jaya One, 72A, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, Pjs 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/visionpilates/ 

Instagram: https://www.instagram.com/visionpilates.my/ 

semak laman web di sini

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close