10 Susu Coklat Terbaik di Malaysia 2025

Adakah anda tahu bahawa sesetengah orang menganggap susu coklat berasal dari lembu coklat? Menurut kajian, 7% rakyat Amerika berpendapat ini adalah benar. Namun begitu, susu coklat bukan berasal daripada lembu coklat, tetapi terhasil daripada adunan susu segar dan serbuk koko.

Susu coklat sebenarnya mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding dengan susu biasa. Ini kerana, terdapat bahan pemanis seperti gula atau pengganti gula, coklat cair, sirap cair dan banyak lagi di dalam kandungan susu coklat untuk menghasilkan susu coklat yang lazat dan enak. Di Amerika Syarikat, pakar pemakanan telah mengkritik susu coklat kerana kandungan gulanya yang tinggi boleh menyebabkan kes obesiti berlaku dalam kalangan kanak-kanak di sekolah. Oleh sebab itu, ada beberapa sekolah di California dan juga Washington D.C. menghentikan bekalan susu coklat ke sekolah dan menggantikannya dengan susu segar atau susu rendah lemak.

Apakah khasiat susu coklat dalam pemakanan?

Secara semula jadinya, susu merupakan sumber kalsium dan juga vitamin D yang membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.  Bagi mereka yang kekurangan vitamin D, anda boleh meminum susu terutama susu coklat untuk menguatkan tulang dan mengelak risiko daripada sakit osteoporosis.

Selain itu, susu juga kaya dengan protein yang membantu menguatkan otot badan anda. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa susu coklat dapat meningkatkan daya tahan badan sewaktu beraktiviti di luar. Susu ini juga memainkan peranan yang penting dalam pengurangan berat badan anda bagi mereka yang ingin mencapai berat badan ideal. Ini kerana susu coklat ini mengandungi lemak dan juga protein yang membuatkan anda cepat berasa kenyang setelah meminumnya. Jadi, mulai hari ini, cubalah minum susu coklat yang lazat mengikut saranan doktor.

10 Susu Coklat Terbaik di Malaysia 2025

1. Goodday Chocolate Milk

Goodday Chocolate Milk
Kredit Gambar: Tesco

Susu Coklat UHT Goodday diperbuat daripada susu lembu yang ceria & sihat. Susu segar ini diadun bersama coklat yang membuatkannya lazat dan juga enak diminum begitu sahaja. Selain kaya dnegan kalsium dan protein, susu coklat ini juga sesuai dijadikan minuman pada waktu sarapan pagi anda sekeluarga!

Bahan-bahan: Milk solids, sugar, cocoa powder, flavor, stabilizers [INS 460i, INS 466, INS 407], emulsifier [INS 471], minerals [calcium, iodine], vitamins [C, niacin, A, D, B6, B1], salt, sweetener [INS 955]

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM7.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Dutch Lady Chocolate Milk

Dutch Lady Chocolate Milk
Kredit Gambar: Tesco

Dutch Lady Chocolate Milk merupakan gabungan susu yang licin, berkrim dan  kaya dengan perisa coklat. Ia merupakan kegemaran keluarga kerana lazat dan berkhasiat untuk diminum pada bila-bila masa mengikut selera anda.  Lagipun, siapa yang tidak sukakan susu berperisa coklat yang lazat? Rasa sekali pasti hendak lagi!

Bahan-bahan: Milk Solids Non-Fat, Sucrose, Milk Fat, Cocoa Powder, Calcium and Vitamins (A, D3, B2), Contains permitted flavouring and stabiliser (of plant origins)

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM7.75

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Farm Fresh Chocolate Milk

Farm Fresh Chocolate Milk
Kredit Gambar: Farm Fresh

Rasailah kesegaran susu coklat daripada Farm Fresh ini! Rasa coklatnya yang lazat diadun sempurna bersama susu segar yang berkualiti memberikan anda kenikmatan yang tidak terhingga. Nikmatilah minuman ini bersama keluarga anda dan sebarkanlah kegembiraannya!

Bahan-bahan: 100% Fresh Cow’s Milk, Sugar, Cocoa Powder, Chocolate Flavour

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM7.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Summerfield Classic Chocolate Milk Drink

Summerfield Classic Chocolate Milk Drink
Kredit Gambar: Summerfield

Rasa berkrim, kaya dengan rasa coklat, manis, semua ini rasa yang bakal anda dapat daripada Summerfield Classic Chocolate Milk Drink! Setiap tegukan anda pasti terasa nikmat kerana susu coklat ini dihasilkan menggunakan susu segar yang asli dan coklat yang berkualiti. Apa kata anda mulai rutin pagi anda dengan susu coklat ini?

Bahan-bahan: Milk, sugar, cocoa powder, chocolate flavour.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM8.05

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di happy fresh

5. Fernleaf Chocolate Milk Drink

Fernleaf Chocolate Milk Drink
Kredit Gambar: Shopee

Dapatkan susu coklat Fernleaf hari ini! Susu coklat ini lazat, berkhasiat dan ia akan membantu menyemarakkan hari anda dengan kegembiraan daripada rasa coklat yang manis dan berkrim! Selain itu, minuman coklat ini juga sesuai untuk dinikmati bersama keluarga pada waktu santai.

Bahan-bahan: Milk Solids, Sucrose, Cocoa Powder, Fructose And Others

Negara Pengeluar: New Zealand

Saiz: 1L

Harga: RM7.45

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. F&N Magnolia Chocolate Milk Drink

FN Magnolia Chocolate Milk Drink
Kredit Gambar: Happy fresh

Susu Coklat Magnolia F&N menggabungkan kebaikan susu segar dengan rasa coklat yang licin dan bertekstur hanya untuk menambat hati anda. Susu coklat ini sering menjadi kegemaran setiap lapisan umur. Selain itu, susu ini juga sering digunakan dalam masakan mahupun baking. Ia juga penuh dengan nutrien penting seperti kalsium dan protein.

Bahan-bahan: Milk solids, sucrose, cocoa powder, milk fat, calcium carbonate. Contains stabilizers and an emulsifier

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM8.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Marigold UHT Chocolate Milk

Marigold UHT Chocolate Milk
Kredit Gambar: Tesco

Marigold UHT Chocolate Milk diperkaya dengan kalsium dan protein serta mempunyai formulasi Bone Plus unik yang membekalkan Vitamin D + Ca. Ia tidak mempunyai bahan pengawet dan didatangkan dalam pek yang mudah, jadi anda boleh meminumnya pada bila-bila masa, di mana sahaja, mengikut kesesuaian anda.

Bahan-bahan: Milk Solids, Sucrose, Cocoa Powder, Permitted Stabiliser and Flavouring, Tricalcium Phosphate, Salt, Potassium Carbonate, Vitamin A Palmitate, Vitamin B1 (Thiamine Hydrochloride) and Vitamin D3.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM4.75

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Tesco Chocolate Milk

Tesco Chocolate Milk
Kredit Gambar: tesco

Kaya & berkrim, itulah rasa sebenar susu ini. Susu segar ini diimport daripada ladang New Zealand bagi memberikan anda kualiti susu terbaik yang pernah anda rasa. Susu segar ini diperbuat bersama coklat berkualiti tinggi dan menghasilkan tekstur yang menarik untuk diminum. Tinggi dengan kalsium dan sumber protein, Tesco Chocolate Milk kaya dengan rasa dan menawarkan gabungan rasa dan nutrisi yang hebat.

Bahan-bahan: Milk Solids (Cow’s Milk), Cocoa Powder, Sugar, Contains Flavouring Substance and Stabilisers (INS 460, INS 471, INS 407, INS 466) as Permitted Food Conditioners

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM7.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Farmhouse Low Fat Chocolate Milk

Farmhouse Low Fat Chocolate Milk
Kredit Gambar: Farmhouse

Rasai kesegaran susu lembu Australia dengan Susu Coklat Farmhouse! Farmhouse Low Fat Chocolate Milk diperbuat daripada ramuan rasa terbaik iaitu  koko premium yang pahit manis dengan kebaikan susu yang lazat untuk memberikan anda rasa nikmat ketika meminumnya. Selain itu, minuman ini juga sesuai untuk semua majlis.

Bahan-bahan: Milk, milk solids, sucrose, cocoa powder. Contains a stabilizer, emulsifier, and flavour.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM10.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Nippy’s Iced Chocolate Flavoured Milk

Nippys Iced Chocolate Flavoured Milk
Kredit Gambar: shopee

Nippy’s Iced Chocolate Flavoured Milk sesuai untuk dijadikan minuman ringan sewaktu makan tengah hari anak anda. Rasanya yang manis dan sedikit berkrim boleh mengenyangkan perut anak anda sewaktu persekolahan. Nikmati salah satu susu coklat kegemaran Australia! Minuman coklat ini bebas gluten dan diperakui Kosher. Selain itu, susu ini dibuat menggunakan susu rendah lemak dengan 35% kurang lemak daripada susu penuh krim.

Bahan-bahan: Reduced Fat Milk, Sugar, Cocoa (0.5% Minimum), Flavour, Vegetable Gum (407).

Negara Pengeluar: Australia

Saiz: 375ml

Price: RM12.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close