Minum teh telah menjadi aktiviti yang sering dilakukan oleh orang ramai sejak berkurun lamanya. Aktiviti ini masih menjadi trend pada masa ini. Tidak kiralah sama ada panas atau sejuk, ramai orang mahu menikmati teh untuk menenangkan fikiran mereka.
Minum teh mempunyai banyak faedah dan ia boleh meningkatkan kesihatan seseorang. Anda perlu menggunakan alat yang betul untuk menghidangkan teh yang sedap. Jika anda tidak menghidangkan teh dengan betul, ia boleh menjejaskan kualiti dan rasa teh. Teko adalah penyelesaian yang sempurna untuk keperluan teh anda. Berikut adalah 8 teko terbaik di Malaysia.
Bagaimanakah Memilih Teko yang Terbaik?
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk memilih teko terbaik, berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:
1. Saiz
Sama ada anda menggunakan teko untuk kegunaan peribadi atau sebagainya, anda perlu mengetahui saiz teko yang dapat memenuhi keperluan anda. Memilih teko yang saiznya sempurna dapat melancarkan aktiviti minum teh anda.
2. Penggunaan
Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak manfaat daripada teko, anda mungkin ingin memilih teko yang pelbagai guna. Sebagai contoh, anda boleh memilih teko yang digunakan untuk membancuh minuman sejuk dan dapat menyimpan pelbagai minuman lain.
3. Bahan
Sesetengah bahan yang menghasilkan teko mempunyai rintangan haba yang lebih tinggi, jadi sebaiknya pilih bahan yang sesuai dengan rutin minum teh anda.
8 Teko Terbaik di Malaysia 2023
1. Crossto Glass Teapot
Crossto Glass Teapot adalah pilihan yang bagus untuk teko yang digunakan bagi minuman teh. Ia boleh memuatkan sehingga 900 ml cecair. Selain itu, ia dilengkapi dengan penapis keluli tahan karat untuk memisahkan uncang teh daripada teh. Kaca daripada teko ini pula mempunyai rintangan haba yang tinggi dan boleh mengelak kaca daripada pecah.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca Borosilicate
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 1 Saiz
Kelebihan & Keburukan:
✅Didatangkan dengan penapis keluli tahan karat
✅Ketahanan tinggi terhadap haba
✅Boleh digunakan untuk menyimpan cecair lain
❌Didatangkan dalam satu saiz standard
Harga: RM10.50 – RM15.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Zeego Glass Teapot
Zeego Glass Teapot adalah teko pilihan anda jika anda ingin menggunakan teko untuk teh panas dan sejuk. Teko ini mempunyai ketahanan yang kuat terhadap haba kerana bahan kacanya kuat. Ia mempunyai pemegang yang selesa dan mudah digenggam semasa anda menuang teh anda. Diameter bukaan teko ini pula adalah besar untuk membantu memudahkan proses pembersihan.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca Borosilicate, keluli tahan karat
- Negara Pengeluar: China
- Negara Pengeluar: 1600 ml, 1800 ml
Kelebihan & Keburukan:
✅Pelbagai penutup tudung untuk dipilih
✅Mudah dicengkam
✅Sesuai untuk teh /cecair sejuk dan panas
❌Mesti disimpan dengan berhati-hati
Harga: RM9.80 – RM39.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Figaro Teapot
Figaro Teapot mempunyai reka bentuk klasik namun minimalis. Jadi, ia bagus untuk penggemar teh minimalis di luar sana. Teko ini mempunyai rintangan haba yang berkualiti tinggi, jadi anda boleh menyimpan teh untuk masa yang lama. Selain itu, teko ini dilengkapi dengan penapis keluli tahan karat untuk memisahkan uncang teh daripada teh supaya ia tidak menjejaskan rasa minuman tersebut. Pemegang teko ini direka bulat untuk membolehkan cengkaman yang lebih selesa.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca, Keluli tahan karat
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 750 ml, 1300 ml
Kelebihan & Keburukan:
✅Pegangan yang selesa
✅Ketahanan haba yang tinggi
✅Didatangkan dengan penapis keluli tahan karat
❌Mesti disimpan dengan berhati-hati
Harga: RM10.50 – RM25.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Lifingsun Borosilicate Teapot
Lifingsun Borosilicate Teapot adalah teko yang hebat kerana ia mampu mengendalikan cecair panas dan sejuk agar anda boleh membancuh teh mengikut cita rasa ada. Ia dilengkapi dengan penapis keluli tahan karat gred perubatan dan penutup yang mempunyai kunci bagi mengelakkan sebarang tumpahan berlaku. Penutup teko ini juga boleh digunakan untuk menyimpan teko anda bagi mengelakkan kotoran pada meja atau permukaan lain. Bentuk muncung olecranon membantu anda menuang teh dengan lebih baik kerana ia mempunyai pemegang anti-gelincir.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca Borosilicate, PP, keluli tahan karat St
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 1000 ml
Kelebihan & Keburukan:
✅Tudung yang berkunci
✅Pemegang anti gelincir
✅Boleh digunakan untuk teh/cecair panas dan sejuk
❌Didatangkan dalam satu saiz standard
Harga: RM35.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Portmeirion Botanic Roses Teapot
Portmeirion Botanic Roses Teapot adalah pilihan untuk anda jika anda seorang pencinta vintaj atau lebih suka teko klasik. Teko ini diilhamkan oleh taman botani British dan kelihatan estetik apabila digunakan. Ia selamat digunakan dengan mesin basuh pinggan mangkuk, menjadikannya lebih mudah untuk dibersihkan. Selain itu, teko ini juga selamat digunakan dalam peti sejuk dan gelombang mikro. Ia mempunyai muncung yang sempit bagi mengelakkan sebarang tumpahan dan memudahkan air dituang.
Spesifikasi:
- Bahan: Earthenware
- Negara Pengeluar: United Kingdom
- Saiz: 1100 ml
Kelebihan & Keburukan:
✅Muncung sempit
✅Boleh digunakan dalam gelombang mikro
✅Boleh digunakan dalam mesin basuh pinggan mangkuk
❌Didatangkan dalam satu saiz standard
Harga: RM359.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Le Creuset Floral Teapot
Le Creuset Floral Teapot adalah teko ringkas dan comel. Teko ini sesuai untuk mereka yang mencari teko bersaiz kecil. Teko ini tahan calar dan mudah dibersihkan agar produk ini bertahan lebih lama. Walaupun saiznya kecil, ia mempunyai ketahanan yang baik terhadap haba. Penutupnya terkunci dengan sempurna bagi membolehkan wap yang cukup dikeluarkan tanpa sebarang tumpahan semasa anda menuang teh anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Stoneware
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 500 ml
Kelebihan & Keburukan:
✅Tahan lama
✅Tahan panas
✅Tahan calar
❌Didatangkan dalam satu saiz standard
Harga: RM453.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Portmeirion Water Garden Teapot
Portmeirion Water Garden Teapot adalah satu lagi pilihan hebat untuk teko yang kelihatan klasik dan vintaj. Teko ini mempunyai muncung kecil bagi memastikan tiada tumpahan atau bocor berlaku semasa anda menuangkan teh. Pemegang kecil teko ini memberikan cengkaman yang lebih teguh dan mantap. Ia selamat untuk dicuci dengan mesin basuh pinggan mangkuk. Teko ini juga boleh digunakan dalam microwave.
Spesifikasi:
- Bahan: Earthenware
- Negara Pengeluar: United Kingdom
- Saiz: 1100 ml
Kelebihan & Keburukan:
✅Boleh digunakan dalam gelombang mikro
✅Pegangan kecil untuk memastikan cengkaman kukuh
✅Selamat digunakan dengan mesin basuh pinggan mangkuk
❌Didatangkan dalam satu saiz standard
Harga: RM199.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Lanqistore Japanese Style Teapot
Lanqistore Japanese Style Teapot adalah teko unik kerana ia mempunyai reka bentuk gaya Jepun. Teko ini direka untuk mengekalkan haba dalam permukaan dindingnya. Selain itu, ia juga membantu menguatkan rasa teh. Teko ini direka bentuk secara ergonomik untuk mengelakkan suhu daripada terlalu panas selain meningkatkan pengalaman minum teh anda. Muncung teko ini direka untuk menuang teh anda dengan berhati-hati.
Spesifikasi:
- Bahan: Besi
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 1100 ml
Kelebihan & Keburukan:
✅Muncung kecil dan anti-bocor
✅Menguatkan rasa teh
✅Mengekalkan haba
❌Didatangkan dalam satu saiz dan warna standard
Harga: RM63.98
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.