8 Susu Sejat Terbaik di Malaysia 2025

Susu sejat dikenali di sesetengah negara sebagai “susu pekat tanpa gula”. Susu sejat ialah produk susu lembu dalam tin yang stabil di mana kira-kira 60% air telah dikeluarkan daripada susu segar. Ia berbeza daripada susu pekat manis yang mengandungi gula tambahan. Namun begitu, kedua-duanya penting dalam masakan, minuman dan juga ‘baking’.

Tahukah anda bahawa susu sejat dan krimer sejat bukanlah perkara yang sama? Susu sejat biasanya dibuat daripada susu tepung skim atau susu tepung tanpa lemak. Sementara itu, krimer sejat biasanya dibuat dengan serbuk buttermilk. Jangan risau, anda boleh menggunakan krimer sejat dalam resipi anda sebagai pengganti jika anda tidak mempunyai susu sejat pada masa itu. Berikut adalah 8 susu sejat terbaik yang boleh anda dapatkan di Malaysia.

Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Susu Sejat?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan susu sejat di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan susu sejat , anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, susu sejat  seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Susu Sejat?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli susu sejat ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis susu sejat  yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

8 Susu Sejat Terbaik di Malaysia 2025

1. F&N Evaporated Filled Milk

FN Evaporated Filled Milk
Kredit Gambar: Shopee

Susu Sejat F&N (atau F&N Evaporated Filled Milk) dibuat dengan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memastikan hidangan yang disediakan lazat. Barisan produk ini melengkapkan semua jenis masakan suri rumah di Malaysia. Bebas kolesterol dan asid lemak trans, ia juga tinggi dengan kalsium, vitamin A dan vitamin D3. Sumber protein yang baik dan sesuai untuk hidangan yang enak seperti kari dan rendang serta teh 3 lapis.

Bahan-bahan: Susu pekat, Disodium fosfat, Karagenan, Vitamin A, Kolekalsiferol (vitamin D3).

Saiz: 390 g

Harga: RM 3.17

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Ideal Full Cream Evaporated Milk

Ideal Full Cream Evaporated Milk
Kredit Gambar: Happyfresh

Ideal Full Cream Evaporated Milk adalah susu sejat penuh krim yang berkualiti premium. Ia membawa kesempurnaan, rasa berkrim yang kaya dan tekstur licin untuk pengalaman kulinari dan pencuci mulut yang menyelerakan. Ideal adalah rahsia kebaikan susu sejat ini yang lazat. Lengkapkan hidangan istimewa anda dengan kualiti premium Ideal Full Cream Evaporated Milk hari ini!

Bahan-bahan: Susu pekat, Disodium fosfat, Karagenan , Cholecalciferol (vitamin D3).

Saiz: 390 g

Harga: RM 3.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Marigold Evaporated Milk

Marigold Evaporated Milk
Kredit Gambar: Lazada

Sesuai untuk semua keperluan rumah seperti memasak hidangan kari, membuat pencuci mulut, membakar kuih atau kek serta untuk minuman berkrim. Susu sejat ini disukai oleh ramai suri rumah di seluruh Malaysia. Selain itu, ia juga serba boleh dan kaya dengan vitamin yang diperlukan oleh badan anda.

Bahan-bahan: Pepejal Susu, Lemak Sayuran, Pengemulsi yang dibenarkan (Lesitin Soya), Penstabil, Vitamin A Palmitat, Vitamin D3

Saiz: 390 g

Harga: RM 3.10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Peak Full Cream Unsweetened Evaporated Milk

Peak Full Cream Unsweetened Evaporated Milk
Kredit Gambar: Shopee

Peak Full Cream Unsweetened Evaporated Milk adalah susu lembu yang kaya dan berkrim. Ia diperkaya dengan 28 vitamin dan mineral untuk menjadikan badan anda lebih kuat dan minda yang tajam. Anda boleh mendapatkannya di kedai runcit dan pasar raya yang berdekatan. Ia juga adalah susu sejat terlaris di pasaran.

Bahan-bahan: Susu Penuh Krim, Penstabil E339, Vitamin D3

Saiz: 160 g

Harga: RM 10.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Promoss Evaporated Filled Milk

Promoss Evaporated Filled Milk
Kredit Gambar: Promoss

Promoss Evaporated Filled Milk sedap untuk dicampur dengan kopi, teh, coklat dan minuman panas yang lain. Ia juga sangat sesuai jika digandingkan dengan roti dan buah-buahan. Bahkan, anda boleh menggunakan susu ini untuk membuat aiskrim. Anda juga boleh menggunakan susu ini untuk menyedapkan smoothies anda. Jangan lupa untuk mencubanya!

Bahan-bahan: Susu Penuh Krim, Penstabil E339, Vitamin D3

Saiz: 390 g

Harga: RM 3.15

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Black & White Cow Evaporated Full Cream Milk

Black White Cow Evaporated Full Cream Milk
Kredit Gambar: Shopee

Black & White Cow Evaporated Full Cream Milk terbukti sebagai bahan tambahan yang sempurna kepada teh. Ia memberi teh anda rasa licin dan enak. Selain itu, aroma susu sejat krim ini juga akan memukau anda dengan rasa lemaknya. Cubalah hari ini kerana anda pasti tidak akan menyesal!

Bahan-bahan: Susu Tanpa Lemak*, Minyak Kacang Soya Terhidrogenasi Separa, Mengandungi 0.5% Atau Kurang Daripada: Dipotassium Phosphate, Carrageenan, Vitamin A Palmitate, Vitamin D3.

Saiz: 410 g

Harga: RM 9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. AlMomtaz Unsweetened Evaporated Filled Milk

AlMomtaz Unsweetened Evaporated Filled Milk
Kredit Gambar: NuStar Global

AlMomtaz Unsweetened Evaporated Filled Milk ini tanpa gula dan mempunyai minyak tumbuhan. Anda boleh mendapatkannya di pasaran dengan pek pembungkusan 170 gram. Susu sejat ini digunakan untuk membuat teh, teh susu dan kopi. Ia juga boleh digunakan dalam kek dan pencuci mulut. Susu sejat ini dihasilkan daripada susu tepung lembu serta ia bebas dari kolesterol. Menarik, bukan?

Bahan-bahan: Susu Lembu Seluruh Disterilkan (E339) Vitamin A, D3, Lemak Susu 8% Min. Susu Pepejal bukan Lemak 18% min. Protein dalam Susu Pepejal 34% min

Saiz: 170 g

Harga: RM 3.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Alpine Evaporated Full Cream Milk

Alpine Evaporated Full cream Milk
Kredit Gambar: Alpine

Alpine Evaporated Full Cream Milk diperbuat daripada susu lembu secara menyeluruh dan mengandungi peningkatan tahap Vitamin A dan D dalam kandungannya. Sama ada susu ini  digunakan sebagai ramuan untuk memasak atau dinikmati sebagai minuman susu, anda bakal dijamin akan kualitinya yang tinggi dan rasa yang hebat.

Bahan-bahan: Air, Susu Tepung Skim, Lemak Susu, Tepung Susu Mentega, Pengemulsi (Lesitin), Penstabil (Carrageenan), Vitamin A, Vitamin D3

Saiz: 370 g

Harga: RM 17.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close