Anda silap jika anda menganggap susu tepung hanya untuk bayi sahaja. Orang dewasa juga memerlukan susu tepung. Ia memberikan kita nutrien bagi menguatkan tulang seperti Protein, Kalsium, Vitamin D, dan Vitamin A. Ia merupakan sumber protein yang sangat baik untuk orang dewasa.
Orang dewasa yang kekurangan kalsium akan mengalami keletihan yang melampau, termasuklah kekurangan tenaga dan rasa lenguh. Oleh itu, kami akan berkongsi tentang 8 susu tepung terbaik untuk orang dewasa di Malaysia 2025 yang boleh anda dapatkan di pasaran.
Bolehkah kita minum susu setiap hari?
Minum segelas susu setiap hari adalah sesuai jika anda tidak alergi (laktose intolerant) terhadap produk tenusu. Susu boleh membantu menguatkan tulang kita. Walau bagaimanapun, pengambilannnya haruslah bersederhana bagi mengelakkan pelbagai masalah daripada berlaku.
Adakah susu menambahkan berat?
Tidak, susu tidak akan menyebabkan berat badan anda bertambah, sebaliknya, ia akan membantu anda menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi. Jadi, tidak ada salahnya minum susu dalam kuantiti yang sederhana pada setiap hari, walaupun anda sedang berdiet.
8 Susu Tepung untuk Orang Dewasa Terbaik di Malaysia 2025
1. Anlene Gold Actifit 5X™ Premium Adult Milk Powder

Semakin meningkat usia, semakin terbatas pergerakan kita. Kemerosotan tulang, sendi dan otot kita disebabkan proses penuaan mungkin mengehadkan keupayaan kita untuk melakukan tugas harian yang memerlukan kekuatan. Anlene Gold Actifit 5XTM Premium Adult Milk Powder boleh membantu anda menyelesaikan masalah ini! Ia kaya dengan protein, kolagen, dan vitamin yang membekalkan nutrien yang mencukupi kepada badan. Selain itu, susu ini juga dapat meningkatkan fleksibiliti, keseimbangan dan jisim otot anda.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Susu Tepung Lembu (Susu Tepung Skim, Serbuk Whey, Serbuk Susu), Maltodekstrin, Mineral (Kalsium Karbonat, Magnesium Karbonat, Zink Oksida), Serbuk Kolagen (Ikan), Vitamin (Natrium Askorbat, Vitamin E Asetat, Vitamin D, Vitamin A Asetat, Pyridoxine Hydrochloride, Vitamin B12), Perapi Makanan yang Dibenarkan (Lesitin Soya)
- Negara Pengeluar: New Zealand
- Berat: 1 kg
Kelebihan:
✅ Tinggi kalsium dan protein
✅ Tiada gula
✅ Membina tulang yang kuat
Harga: RM34.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Nestle Omega Plus Milk Powder

NESTLÉ OMEGA PLUS ialah susu tinggi kalsium yang mengandungi ActiCol, iaitu sterol tumbuhan yang menurunkan kolesterol dengan menghalang kolesterol jahat daripada memasuki saluran darah. Ia juga sesuai untuk memenuhi keperluan kalsium anda.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Susu Tepung Skim (Susu Lembu), Sirap Jagung, Pepejal Susu, Laktosa, Minyak Biji Anggur Erucic Rendah, Minyak Jagung, Sterol Tumbuhan daripada Soya (1.9%), Mineral, Lemak Susu (Susu Lembu), Vitamin, Pengemulsi (Lesitin Soya), Perapi dan Perisa Makanan yang dibenarkan.
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Berat: 1 kg
Kelebihan:
✅ Kalsium tinggi
✅ Kolesterol rendah
Harga: RM43.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Anlene Actifit 3X™ Adult Milk Powder

Anlene Actifit 3X™ Low Fat High Calcium Adult Milk Powder menyampaikan lebih 50% nutrien dan Movemax™, iaitu berkas nutrien yang merangkumi kalsium tinggi, protein, kolagen, vitamin dan mineral lain. Susu ini adalah pilihan yang sangat baik jika anda inginkan fleksibiliti dan bertenaga sepanjang hari.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Susu Tepung Lembu (Susu Tepung Skim, Serbuk Whey, Serbuk Susu Seluruh), Maltodekstrin, Mineral (Kalsium Karbonat, Magnesium Karbonat, Zink Oksida), Serbuk Kolagen (Ikan), Vitamin (Natrium Askorbat, Vitamin E Asetat, Vitamin D, Vitamin A Asetat, Pyridoxine Hydrochloride, Vitamin B12), Perapi Makanan yang Dibenarkan (Lesitin Soya)
- Negara Pengeluar: New Zealand
- Berat: 1 kg
Kelebihan:
✅ Lebih 50% nutrien
✅ Penjagaan lebih kepada tulang, otot dan sendi
Harga: RM30.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Karihome Goat Whole Milk Powder

Karihome Goat Whole Milk Powder diperbuat daripada susu kambing segar, yang mana hanya airnya sahaja yang telah dikeluarkan daripada susu. Hanya kacaukan susu tepung ini di dalam gelas untuk mendapatkan minuman yang menyegarkan dan khasiat susu kambing. Susu ini juga merupakan alternatif yang baik untuk individu yang alah kepada susu lembu.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Pepejal susu kambing, vitamin, maltodekstrin, ferus sulfat. Vitamin: asid askorbik, dl-α-tocopheryl acetate, nicotinamide, cholecalciferol, pyridoxine hydrochloride, thiamine hydrochloride, cyanocobalamin, asid folik.
- Negara Pengeluar: New Zealand
- Berat: 400 g
Kelebihan:
✅ Mesra bagi individu yang alergi terhadap susu
✅ Penghasilan yang eksklusif untuk mengekalkan lebih nutrien
✅ Melancarkan penghadaman
Harga: RM49.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Fernleaf Family Milk

Susu keluaran Fernleaf ialah susu tepung yang sesuai untuk seisi keluarga anda. Ia diperoleh daripada susu segar para petani di New Zealand kerana Fernleaf berhasrat untuk membekalkan kita dengan standard kebaikan tertinggi dalam pemakanan tenusu. Anda yang menikmati tekstur susu yang berkrim mesti mencuba susu ini bagi mendapatkan nutrien yang mencukupi!
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Susu Serbuk Penuh, Maltodekstrin, Serbuk Whey, Laktosa, Kalsium Karbonat, Lesitin, Natrium Askorbat, Ferrik Pirofosfat, Vitamin E Asetat, Kalsium Pantotenat, Nikotinamide, Vitamin D3, Vitamin A Asetat, Pyridoxine Hydrochloride, Thiamine Hydrochloride
- Negara Pengeluar: New Zealand
- Berat: 1.8 kg
Kelebihan:
✅ Penting untuk perkembangan dan tumbesaran
✅ Membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat
✅ Berpatutan
✅ Sesuai untuk seisi keluarga
Harga: RM41.79
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Nestle Omega Plus Dark Chocolate Milk Powder

Nestle Omega Plus Dark Chocolate Milk Powder ialah Flavoured Functional Milk pertama yang disahkan oleh Healthier Choice Logo (HCL). Susu tepung ini sesuai untuk individu yang lebih suka akan rasa coklat dalam minuman mereka. Susu ini tinggi dengan kalsium dan sterol tumbuhan yang terbukti dapat membantu anda dalam mengurangkan kolesterol sambil menguatkan tulang.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Susu Tepung Skim (Susu Lembu), Sirap Jagung, Pepejal Susu, Laktosa, Minyak Biji Rapi Erucic Rendah, Minyak Jagung, Sterol Tumbuhan daripada Soya (1.9%), Mineral, Lemak Susu (Susu Lembu), Vitamin, Pengemulsi (Lecithin Soya), Perapi dan Perisa Makanan yang dibenarkan
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Berat : 900 g
Kelebihan:
✅ Mengurangkan kolesterol
✅ Perisa coklat
✅ Menguatkan tulang dan gigi
Harga: RM39.86
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. NFA Nutrile Adult Milk Powder

Nutrile Adult Milk Powder ialah minuman kaya kalsium dan protein yang membantu anda membina dan membaiki otot. Susu ini membekalkan 28 mikronutrien harian termasuklah Ko-enzim Q10, Omega 3 dan 6 serta prebiotik FOS.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
- Berat: 850 g
Kelebihan:
✅ Membantu kesihatan mata
✅ Membantu dan menyokong fungsi hati dan penghasilan tenaga selular
✅ Menyokong kekuatan tulang
Harga: RM75.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Provital Immuna Plus Adult Milk Powder

Provital Immuna Plus Adult Milk Powder mengandungi Kalsium, Vitamin D & Magnesium serta nutrien sinergistik yang penting untuk pergerakan anda. Dua hidangan sehari dapat membantu anda untuk memenuhi 50% keperluan pengambilan kalsium untuk orang dewasa yang berumur lebih 40 tahun.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Susu tepung skim (susu lembu), maltodekstrin (tumbuhan), susu tepung keseluruhan (susu lembu), sukrosa, mineral (kalsium karbonat, trikalsium fosfat, ferus sulfat, natrium sitrat, zink sulfat, mangan sulfat dan natrium selenit), tiruan rasa (vanila)
- Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
- Berat: 960 g
Kelebihan:
✅ Meningkatkan pergerakan dan kekuatan
✅ Menyokong sistem imun
Harga: RM31.85
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.