Tart Telur Terbaik Sepanjang Masa! – Oriental Kopi Shop Puchong

Anda akan melihat sebuah kedai kopi yang terletak betul-betul di tempat tumpuan di Puchong yang sering dipenuhi dengan barisan panjang. Anda mungkin akan tertanya-tanya, apakah yang membuatkan kedai kopi ini begitu terkenal sehingga ramai orang sanggup beratur panjang. Kedai kopi yang kami maksudkan ini tidak lain tidak bukan lagi adalah Oriental Kopi Shop! 

Kedai kopi ini terletak di Bandar Puteri di Puchong. Apabila kami sampai di kedai tersebut, kami telahpun nampak barisan yang panjang meskipun kami tiba seawal jam 10 pagi!

Ketika kami memasuki kedai tersebut, tempat itu sudah dibanjiri dengan lautan pelanggan. Setiap meja telah penuh dan para pekerja sedang sibuk menguruskan dan mengambil pesanan.

Best Egg Tarts In Puchong
Best Egg Tarts In Puchong

Selain daripada pelanggan yang ingin menikmati masa makan di restoran ini, terdapat juga barisan panjang yang ingin membungkus pesanan. Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke ruangan kedai ini, anda akan disambut dengan hiasan dalaman yang moden tetapi masih mengekalkan ciri tradisionalnya. Di samping itu, anda akan melihat barisan ruangan besar tart telur yang amat menarik dan enak dengan hanya dipandang apatah lagi dirasa. Tambahan pula, anda turut akan ditemani dengan alunan muzik yang lembut untuk mencipta suasana yang tenang.

Best Egg Tarts In Puchong

Kaunter di kedai ini dilengkapi dengan rak yang membolehkan anda melihat ruang dalamannya. Jadi, anda boleh menyajikan pemandangan mata anda dengan tart telur yang menarik dan enak. Kemudian, di bahagian belakang pula, terdapat barisan tart telur yang sedang dibakar dan dimasak dengan sempurna. Aroma tart telur amat memikat hati dan selera sesiapa sahaja yang berada di situ.

Best Egg Tarts In Puchong
Best Egg Tarts In Puchong

Selepas duduk, anda akan dilayan oleh staf yang mesra yang akan memperkenalkan menu yang terdapat di situ. Rekaan menu tersebut amat menarik dibandingkan dengan menu yang kami sering lihat pada sebelum ini. Semua pilihan nampak kelihatan enak pada pandangan kami. Kami sudah tidak sabar untuk mencubanya!

Best Egg Tarts In Puchong

Seterusnya, kami memutuskan untuk mencuba hidangan terkenal di sini, iaitu Chicken Hor Fun, Penang Prawn curry mee, nasi lemak; dan hidangan pastri mereka seperti Kaya Butter Toast, Polo Bun, dan semestinya Tart Telur! Selain itu, kami juga tidak ketinggalan untuk mencuba pencucui mulut seperti Cendol dan Tembikai Mangga. Bagi minuman pula, kami memesan kopi terkenal mereka.

Best Egg Tarts In Puchong

Apabila makanan tiba, kami terkejut dengan persembahan dan penampilan makanan tersebut. Hidangan tersebut dihidangkan persis dengan gambaran di menu. Mentega dan udang amat pekat dan ‘gemuk’ dan telur mata yang disajikan sama seperti apa yang dilihat di menu. Sekarang tiba masanya untuk kami merasa hidangan tersebut.

Best Egg Tarts In Puchong

Sudah tentu kami tidak akan mensia-siakan peluang untuk menikmati makanan signature mereka iaitu Tart Telur. Terdapat sebilangan orang yang sanggup memandu selama 30 minit semata-mata untuk mendapatkan Tart Telur ini. Pada gigitan pertama, teryata tart telur ini amat rangup bersama pastri yang beraromatik dengan rasa mentega dan manis serta berkrim di dalam seperti yang digembar-gemburkan. Jadi, sekiranya anda berpeluang singgah di sini, ini adalah salah satu hidangan yang anda wajib cuba!

Best Egg Tarts In Puchong

Kami juga mencuba Polo Bun mereka yang terkenal. Apabila hidangan tiba, kami terkejut dengan betapa tebalnya mentega itu! Mereka juga menyediakan satu tin krimer kecil di tepi untuk anda letakkan ke atas roti. Setiap gigitan dipenuhi dengan rasa mentega dan berkrim! Kayo Butter Toast mereka juga lazat dan didatangkan dengan 2 keping mentega tebal di tengah. Kami masih boleh merasai nikmat rasa mentega di mulut kami walaupun selepas berjam-jam memakannya, tekstur mentega yang dihasilkan pastinya sesuatu yang anda tidak akan lupa!

Seterusnya, kami juga tidak melepaskan peluang untuk merasa mi signature dan nasi lemak di sini.

Best Egg Tarts In Puchong

Hidangan Mi Kari Udang Penang ini datang dengan saiz hidangan yang pastinya akan turut membuatkan anda tersenyum. Selain itu, ia turut terdiri daripada dua ketul udang dengan rasa yang segar dan manis. Mi ini betul-betul memiliki rasa yang ‘kaw’, iaiatu gabungan rasa manis, aromatik bersama sedikit rasa masin yang melengkapkan hidangan ini. Ohh yaa, mereka turut hidangkan bersama 4 keping fish cakes di bahagian tepi.

Berikutnya, sajian Ipoh chicken Hor Fun memiliki rasa keenakan yang tersendiri! Sup yang manis, masin dan penuh dengan rasa. Ia amat berbeza dengan hidangan yang didapati di tempat lain. Hidangan ini turut terdiri daripada 2 ekor udang yang besar dan segar.

Best Egg Tarts In Puchong

Seterusnya, Nasi Lemak dengan ayam goreng. Nasi lemak ini sedikit berbeza dengan kebiasaan Nasi Lemak yang dihidang bersama telur rebus. Nasi Lemak ini disajikan bersama telur mata yang dimasak dengan sempurna. Ayam goreng turut dimasak dengan begitu baik sekaligus membuatkan ayam tersebut empuk bersama nasi yang pastinya penuh dengan aroma.

Best Egg Tarts In Puchong
Best Egg Tarts In Puchong

Selepas menikmati hidangan utama, kami mencuba pencuci mulut yang sering menjadi bualan di situ, iaitu Cendol dan ais Tembikai Mangga. Kedua-dua pencuci mulut ini amat unik dan memiliki rasa yang mampu membuatkan anda terpikat.

Best Egg Tarts In Puchong

Akhir sekali, sudah pasti kami mencuba minuman kopi yang menjadi sambuta dan ‘hit’ di sini. Setiap meja, boleh dikatakan pasti akan terlihat minuman ini. Tambahan pula, ia disediakan dengan melimpah beserta buih di atasnya. Dengan satu hirupan sahaja, anda akan merasa rasa sejuk, aromatik dan pahit manis kopi tersebut. Sekiranya anda peminat tegar kopi, terutamanya kopi beng – maka, anda wajib juga kopi ini sekarang!

Lawatan kami ke Oriental Kopi Puchong sememangnya amat berbaloi! Keenakan rasa makanan, saiz hidangan, servis yang pantas dan mesra menjadikan kami tiada sebab untuk tidak menyarankan tempat ini kepada anda! Ini adalah port yang baik untuk anda menikmati sarapan mahupun makan tengahari. Anda pasti akan berpuas hati dengan tart dan pastri yang disediakan. Tak dilupakan juga, minuman Kopi Beng yang pastinya akan menjadikan ia sebagai kedai kopi kegemaran anda selepas ini. Namun begitu, kami akan sarankan anda untuk pergi dengan lebih awal bagi mengelakkan anda untuk beratur dalam barisan yang panjang. Berikut kami telah senarai beberapa hidangan yang anda mesti cuba sekiranya anda singgah di sini!

  1. Tart Telur
  2. Polo Bun
  3. Kaya Butter Toast 
  4. Nasi Lemak 
  5. Mi Kari Penang 
  6. Kopi Beng 
Best Egg Tarts In Puchong

Waktu operasi: 7:30 am – 9 pm 

Alamat: 69 & 71, Jalan Puteri 2/3, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Google Map: Ikuti sekarang

Check Reviews: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/orientalkopi/

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close