8 Teh Chamomile Terbaik Di Malaysia 2025

Sebenarnya, teh chamomile telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Ia mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri. Teh ini boleh digunakan untuk pelbagai sebab tetapi antara sebab utama ramai orang meminumnya adalah untuk membantu menguruskan masalah kesihatan. Teh chamomile ini dikatakan dapat membantu anda merawat diabetes, menurunkan paras gula di dalam darah dan juga mengurangkan keradangan pada badan anda.

Apa yang penting, teh chamomile ini dikatakan salah satu ubat mujarab untuk mengatasi masalah tidur yang tidak lena. Ramai yang mengambil minuman ini mengakuinya. Rasa dan bau minuman ini memberikan aura ketenangan dan santai kepada mereka yang meminumnya. Jika anda baru sahaja ingin mencuba teh chamomile, apa kata anda baca dulu artikel ini dan buatlah pilihan terbaik melalui senarai yang kami kongsikan di sini.

Di manakah saya boleh mendapatkan teh chamomile?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan teh chamomile di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan teh chamomile, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, teh chamomile seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih teh chamomile?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli teh chamomile ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis teh chamomile yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

8 Teh Chamomile Terbaik di Malaysia 2025

1. Boh Chamomile Tea

Boh Chamomile Tea
Kredit Gambar: Lazada

Dikenali dengan rasa bunga yang tersendiri, infusi ini dibuat daripada bunga Camomile yang berwarna putih-kuning. Bunga ini kemudiannya dipotong halus dan mengeluarkan bau manis seperti epal. Ia dapat menenangkan fikiran dan membantu anda untuk tidur.

Bahan-bahan: Teh Chamomile

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 35 g

Harga: RM16.90 (Shopee) | RM12.20 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. English Tea Shop Chamomile Lavender Tea

English Tea Shop Chamomile Lavender Tea
Kredit Gambar: Direct Wholesale

Chamomile organik dan lavender memberikan teh ini rasa yang menyegarkan. Aromanya yang mendalam adalah penawar yang sempurna untuk hari yang penuh tekanan, membantu anda berehat dan bertenang.

Bahan-bahan: Tidak dinyatakan

Negara Pengeluar: United Kingdom

Saiz: 20 g

Harga: RM16.50 (Shopee) | RM26.20 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Garden of Andes Chamomile Tea

Garden of Andes Chamomile Tea
Kredit Gambar: Shopee

Ini adalah teh yang indah untuk menenangkan dan merehatkan fikiran anda yang sedang kacau. Anda boleh berehat dan bertenang sambil menikmati minuman ini. Teh ini dibuat daripada bunga chamomile yang ditanam secara organik di selatan Andes yang indah. Aroma chamomile yang tersendiri sebenarnya disebabkan oleh iklim yang pelbagai, keadaan tanah, ketinggian yang tinggi dan kualiti air di kawasan Andes.

Bahan-bahan: Teh Chamomile

Negara Pengeluar: Chile

Saiz: 24 g

Harga: RM16.70 (Shopee) | RM16.90 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Osulloc Chamomile Tea

Osulloc Chamomile Tea
Kredit Gambar: Shopee

Nikmati haruman kuat daripada teh chamomile yang menakjubkan ini oleh Osulloc. Bersantai dan berehatlah dengan secawan teh chamomile hangat pada hari ini! Kongsi kegembiraan Teh Chamomile Osulloc dengan orang tersayang anda sekarang!

Bahan-bahan: Teh Chamomile

Negara Pengeluar: Korea Selatan

Saiz: 3 g

Harga: RM30.50 (Shopee)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Lots Chamomile Tea

Lots Chamomile Tea
Kredit Gambar: shopee

Ada banyak khasiatnya teh Lots Chamomile Tea ini. Pati bunganya yang harum akan membantu anda untuk berehat seketika daripada kesibukan kerja. Ia juga boleh membaiki jadual tidur anda yang tidak menentu. Rasailah keenakan dan aura ketenangan daripada minuman ini.

Bahan-bahan: bunga Chamomile

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 25 g

Harga: RM14.90 (Shopee) | RM15.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Vital Chamomile Tea

Vital Chamomile Tea
Kredit Gambar: Online SuperMarket

Vital’s Chamomile menghasilkan cawan infusi herba tanpa kafein yang indah dan menyegarkan. Chamomile sendirinya boleh dijadikan infusi bebas kafein yang menyenangkan dan beraroma. Walaupun rasanya sedikit pahit ia tetap lazat untuk diminum.

Bahan-bahan: Teh Chamomile

Negara Pengeluar: Pakistan

Saiz: 25 g

Harga: RM9.90 (Shopee) | RM15.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Zesta Chamomile Tea

Zesta Chamomile Tea
Kredit Gambar: Shopee

Minuman Zesta’s Chamomile berwarna kuning muda ini sangat sesuai untuk dijadikan minuman sebelum tidur kerana ia mempunyai ciri-ciri menenangkan yang membantu anda berehat di penghujung hari yang sibuk. Bunga Chamomile telah digunakan sebagai ubat herba selama beratus-ratus tahun. Oleh sebab itu, minuman Chamomile ini boleh diminum bila-bila masa sahaja jika anda perlukan berehat.

Bahan-bahan: Bunga Chamomile

Negara Pengeluar: India

Saiz: Pek Individu (x5)

Harga: RM8.99 (Shopee) | RM35.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Heath & Heather Organic Chamomile

Heath Heather Organic Chamomile
Kredit Gambar: Heath & Heather

Beg Infusi Herba Camomile Organik Heath & Heather ini mengandungi 100% chamomile organik untuk teh yang lebih tulen, lebih asli dan bebas kafein sepenuhnya. Minumlah teh ini untuk menenangkan hari yang sibuk. Dengan teh ini, anda dapat berehat secara semula jadi pada bila-bila masa yang anda perlukan.

Bahan-bahan: 100% Chamomile organik

Negara Pengeluar: United Kingdom

Saiz: 20 g

Harga: RM13.00 (Shopee) | RM16.50 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close