10 Teh Susu Terbaik di Malaysia 2025

Secara umum, teh susu merujuk kepada mana-mana minuman teh yang ditambah susu. Penambahan susu ke dalam teh boleh melembutkan dan menghaluskan rasa teh sambil mengurangkan rasa astringen teh. Ia boleh dinikmati sebagai minuman panas dan sejuk. Teh susu juga merupakan asas kepada teh boba yang telah menjadi kegemaran terkini, terutama dalam kalangan anak muda. Malaysia juga mempunyai versi teh susu sendiri iaitu ‘teh tarik’.

Jenis teh yang digunakan boleh mempengaruhi keseluruhan aspek teh susu. Teh susu lebih biasa dibuat dengan menggunakan dua jenis teh hitam iaitu teh Ceylon dan teh Assam. Kedua-dua teh ini mempunyai rasa yang kuat dan bau aromatik yang boleh digabungkan dengan kelembutan susu. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis teh susu yang dibuat menggunakan daun teh hijau. Teh susu jenis ini boleh meningkatkan jumlah kalori yang dibakar kerana teh hijau kaya dengan flavonoid.

Di manakah saya boleh mendapatkan teh susu?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan teh susu di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan teh susu, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, teh susu seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih teh susu?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli teh susu ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis teh susu yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Teh Susu Terbaik di Malaysia 2025

1. Oldtown Milk Tea 3-in-1 Hong Kong Style Milk Tea

Oldtown Milk Tea in Hong Kong Style Milk Tea
Kredit Gambar: Lazada

Dengan hanya menggunakan ekstrak teh hitam tulen terbaik dan adunan krimer istimewa, Teh Susu Oldtown, iaitu Teh Susu Gaya Hong Kong memberikan rasa berkrim selembut sutera dengan setiap tegukan. Selain itu, anda juga akan merasai rasa teh yang aromatik sehinggakan anda inginkannya lagi. Nikmati rasa budaya teh tradisional Hong Kong dengan selesa di rumah kerana paket ini boleh disediakan dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Bahan-bahan: Krim [Sirap Glukosa, Minyak Inti Sawit, Sodium Caseinate (Protein Susu), Penstabil (E340, E452i), Pengemulsi (E471), Agen Anti-Caking (E551)], Gula, Maltodekstrin & Teh Segera.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 35 g x 10 sachet

Harga: RM 14.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Ah Huat Hainan Tea

Ah Huat Hainan Tea
Kredit Gambar: FOOD Malaysia

Ah Huat memperkenalkan pilihan teh baru yang lazat dan wangi untuk masa rehat minum petang yang santai. Memilih teh hitam berkualiti tinggi dengan aroma dan rasa yang lengkap ini pasti akan dapat merehatkan fikiran anda. Kenikmatan asli yang licin seperti sutera dibuat dengan campuran teh istimewa Ah Huat di dalam susu segar. Rasailah warisan sebenar Ah Huat yang dibancuh dengan hebat.

Bahan-bahan: Krim Bukan Tenusu [Sirap Glukosa, Minyak Inti Sawit Terhidrogenasi, Pekat Protein Susu, Penstabil, Pengemulsi, Garam, Susu Segar, Agen Antikekek (E551)], Gula, Susu Tepung Skim, Serbuk Teh Segera, Serbuk Susu Penuh Krim, Maltodextrin, Serbuk Kopi Segera, Ejen Anticaking (E551).

Negara Pengeluar: Singapura

Saiz: 32 g x 15 sachet

Harga: RM 12.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Cha Tra Mue Milk Tea

Cha Tra Mue Milk Tea
Kredit Gambar: Says

Cha Tra Mue ialah jenama campuran teh asli Thailand. Teh Thai ini diturunkan dari generasi ke generasi kerana rasa unggulnya yang tersendiri. Teh ini juga mempunyai aroma yang luar biasa dan rasa yang menyegarkan. Teh Thai Asli Label Merah Cha Tra Mue didatangkan dalam pelbagai perisa. Pilihlah mana satu yang anda mahu!

Bahan-bahan: Krim, Gula, Ekstrak Serbuk Teh Hijau, Serbuk Susu Penuh, Aspartam Dan Warna Tiruan.

Negara Pengeluar: Thailand

Saiz: 190 g, 400 g 

Harga: RM 4.99 (190 g pek)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Oldtown Milk Tea Series-teh Tarik

Oldtown Milk Tea Series teh Tarik
Kredit Gambar: Shopee

Daripada tegukan pertama, rasa teh Oldtown Milk Tea Series, iaitu teh tarik benar-benar menggugat selera anda. Dengan rasanya yang ‘kaw’ dan berkrim, anda akan merasakan kehalusan tehnya bak sutera. Rasa teh ini sering menjadi pilihan ramai apabila mereka mahukan teh tarik yang asli.

Bahan-bahan: Krim 51%, Tapioka Sirap Glukosa, Lemak Sayuran (Sawit), Sodium Caseinate, Penstabil (340, 452i), Pengemulsi (471), Agen Anti-Caking 551, Gula (34%), Maltodekstrin, Teh Segera 5%, Susu Tepung Skim 4%.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 35 g x 10 sachet

Harga: RM 14.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Boh 3-in-1 Teh Tarik Instant Milk Tea

Boh in Teh Tarik Instant Milk Tea
Kredit Gambar: Pantry Express

Teh Tarik asli Malaysia terkenal dengan penyediaannya yang unik, sama seperti BOH yang terkenal dengan tehnya. Dengan rasa tersendiri Teh Tarik BOH, anda kini boleh menikmati minuman kegemaran Malaysia sepanjang masa. Yang paling menarik, Teh Tarik BOH adalah kurang manis sekali gus sesuai untuk dinikmati terutama bagi mereka yang mengurangkan gula dalam makanan dan minuman mereka.

Bahan-bahan: Krimer bukan tenusu, Gula, Teh Segera, Ekstrak Daun Stevia, Ejen Anti-kekek Sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 27 g x 12 sachet

Harga: RM 16.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Lipton Milk Tea Teh Tarik 3-in-1

Lipton Milk Tea Teh Tarik in
Kredit Gambar: Mydin Express

Lipton Milk Tea Latte dibuat dengan gabungan lazat daun teh berkualiti tinggi dan susu berkrim. Ia adalah minuman lazat yang memberikan anda rangsangan tenaga semula jadi. Ia adalah gabungan sempurna susu berkrim manis dan teh Lipton tulen. Selain itu, minuman ini juga mempunyai perisa baharu dan menarik. Dapatkan tenaga yang anda perlukan sambil menikmati hidangan berkrim!

Bahan-bahan: Krim (mengandungi Minyak Inti Sawit Terhidrogenasi Ditapis dan/atau Minyak Kelapa Terhidrogenasi Sepenuhnya Ditapis), Gula, Serbuk Teh Segera, Serbuk Susu, Maltodekstrin, Mengandungi Perisa dan Pemanis yang Dibenarkan (Sucralose dan Acesulfame Potassium) Bahan Asal Sintetik.

Negara Pengeluar: United Kingdom

Saiz: 21 g x 21 sachet

Harga: RM 13.77

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Alitea Warung Teh Tarik

Alitea Warung Teh Tarik
Kredit Gambar: Shopee

Ia adalah koleksi teh tradisional yang disediakan oleh Kiosk Minuman Panas Tradisional, iaitu warung. Rangkaian warung direka untuk menarik minat selera anda dengan rasa dan aroma yang sungguh mengasyikkan. Ia memberikan rasa halus, aroma hebat dan juga lazat. Teh tarik ini disediakan dalam gaya teh tradisional untuk memberikan anda secawan teh manis, berkrim, licin dan wangi yang menarik.

Bahan-bahan:  Gula, Krimer Bukan Tenusu [Sirap Glukosa, Minyak Sayur Terhidrogenasi, Sodium Caseinate (Protein Susu), Penstabil, Pengemulsi, Agen Anticaking (E551)], Tepung Susu Skim,  Serbuk Teh Segera,  Maltodekstrin dan Ejen Anticaking (E551).

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 20 g x 2 sachet

Harga: RM 8.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Aik Cheong Teh Tarik 3-in-1

Aik Cheong Teh Tarik in
Kredit Gambar: Shopee

Teh Tarik Klasik 3 dalam 1 Aik Cheong dibancuh dengan sempurna menggunakan teh hitam segera. Ia diadun dengan gula halus dan krimer bukan tenusu sekali gus meninggalkan kesan tradisional dengan haruman yang menarik dan kesegaran yang berpanjangan. Minuman ini sesuai untuk dinikmati pada waktu pagi agar anda dapat memulakan hari anda dengan ceria.

Bahan-bahan: Krim Bukan Tenusu [Sirap Glukosa, Minyak Sayur-sayuran, Sodium Caseinate (Mengandungi Protein Susu), Pengemulsi E471, Penstabil E340, Ejen Anti-Caking E554, Beta-Carotene E160a ], Gula Dan Teh Segera.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 40 g x 15 sachet 

Harga: RM 11.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Richboy 3-in-1 Teh Tarik

Richboy in Teh Tarik
Kredit Gambar: e-Shop

Teh Susu Richboy 3-dalam-1 Teh Tarik diperbuat daripada daun teh berkualiti terbaik untuk memberikan pengalaman minum yang unik dan tidak dapat dilupakan. Rasa teh susu klasik ini sungguh berkrim dan aromatik. Ia mudah disediakan dan anda boleh menikmatinya di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Produk ini tidak mempunyai perisa tiruan atau pewarna tambahan.

Bahan-bahan:  Krimer Bukan Tenusu, Sirap Glukosa, Minyak Sayuran Terhidrogenasi, Natrium Caseinate, Penstabil, Agen Anti-Kekek, Gula dan Teh Hitam Segera.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 40 g x 15 sachet

Harga: RM 11.91

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

 10. 888 3-in-1 Instant Milk Tea

in Instant Milk Tea
Kredit Gambar: Shopee

888 Teh Susu 3 dalam 1 ini diadun secara pakar dengan ekstrak teh premium, krimer bukan tenusu dan gula untuk rasa baharu secawan ‘Teh Tarik’ yang licin dan beraroma. Anda mesti mencuba minuman ini jika anda ingin menikmati “Teh Tarik Mamak.” Ia serupa dengan teh susu yang pernah anda cuba di kedai-kedai mamak. Percayalah, sebaik sahaja anda mencubanya, anda pasti jatuh cinta dengannya.

Bahan-bahan: Gula Tebu, Krimer Bukan Tenusu[Sirap Glukosa, Lemak Sayuran Terhidrogenasi, Protein Susu, Penstabil(E340ii & E452i), Pengemulsi(E71&E472c), Agen Anticaking (E551), Karotena (E160a Instant) dan Teh Hitam Segara.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 40 g x 10 sachet, 17 g x 100 sachet

Harga: RM 9.80 (40 g x 10 sachet)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close