Keadaan negara yang kini berhadapan dengan ekonomi dunia yang kian merosot sekaligus memberi impak yang besar kepada kos perbelanjaan rakyat sehari-hari. Hal ini membuatkan masyarakat sedaya-upaya untuk berjimat-cermat dan mengurangkan perbelanjaan dalam pelbagai aspek. Tidak kiralah dari segi kos dalaman atau luaran.
Justeru itu, apa salahnya jika budaya membawa bekal ke sekolah atau ke tempat kerja dijadikan amalan dan alternatif bagi menjimatkan perbelanjaan seharian? Berikut adalah 8 bekas makan tengahari elektrik terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bolehkah sup diletakkan di dalam bekas makan tengah hari elektrik?
Sudah pasti anda boleh meletakkan sup atau makanan berkuah ke dalam bekas makan tengah hari elektrik kerana bekas makan tengah hari ini mempunyai reka bentuk kedap udara yang dapat mencegah daripada kebocoran. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk meletakkan bekas makan tengah hari elektrik anda di dalam beg yang berasingan untuk mengelakkan sebarang kemalangan seperti tertumpah atau bekas terbuka.
Bolehkah bekas makan tengah hari elektrik diletakkan di dalam peti sejuk?
Perkara ini tidak wajar dilakukan kerana jika anda menyimpan bekas makan tengah hari elektrik anda di dalam peti sejuk, ia akan merosakkan bahagian dan komponen elektrik yang terdapat pada bekas makan tengah hari anda.
8 Bekas Makan Tengah Hari Elektrik Terbaik di Malaysia 2023
1. Propappa – 2/3 Layers Electric Lunch Box

Bekas makan tengah hari elektrik ini dilengkapi dengan ‘steam circulation heating’ yang membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan secara menyeluruh. Bekas ini juga memiliki kapasiti yang agak besar serta didatangkan dengan 2 saiz berbeza yang boleh anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli Tahan Karat
- Warna: Hijau, Putih
- Berat: 1.15kg (2 lapisan) / 1.42kg (3 lapisan)
- Voltan: 220V
- Frekuensi: 50HZ
- Kuasa: 300W
- Kapasiti: 2.0L
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 24cm x 13cm x 19cm (2 lapisan) / 24cm x 13cm x 24cm (3 lapisan)
Kelebihan:
✅ Steam circulation heating
✅ Kedap udara
✅ Mudah dibersihkan
Harga: RM59.50 – RM70.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. Bear Electric Heating Lunch Box BLB-GP17L

Bear Electric Heating Lunch Box BLB-GP17L mempunyai ciri perlindungan anti-terbakar yang menghalang makanan daripada ‘overcooked’ sekiranya anda membiarkan makanan dimasak atau dipanaskan dalam jangka masa yang lama. Bekas makan tengah hari elektrik ini juga dilengkapi dengan pemegang bagi memudahkan ia dipegang dan dibawa ke mana sahaja. Selain itu, ia dipasarkan dengan 1 pilihan saiz sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli Tahan Karat 304
- Warna: Merah Jambu, Kelabu
- Voltan: 220-240V/ 50/60Hz
- Kuasa: 270W
- Kapasiti: 1.7L
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Perlindungan anti-terbakar
✅ Berkualiti tinggi
Harga: RM139.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Lux Concept HUAPO Electric Lunch Box

Lux Concept HUAPO Electric Lunch Box memiliki reka bentuk yang ringkas dan kasual. Bekas makan tengah hari elektrik ini mengandungi 3 bahagian ruang makanan yang boleh anda gunakan untuk mengasingkan makanan anda mengikut kategori. Selain itu, bekas ini juga dilengkapi dengan bahan yang membolehkan pengagihan haba secara sekata.
Spesifikasi:
- Warna: Hitam, Merah Jambu
- Kuasa: 200 watt
- Voltan: 220V~50Hz
- Kapasiti: 2L
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 23cm x 16cm
Kelebihan:
✅ Soket 3 pin
✅ 3 tingkat
✅ Pengagihan haba yang sekata
Harga: RM38.89
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. KCB Electric Lunch Box DF01

KCB Electric Lunch Box DF01 merupakan antara bekas makan tengah hari elektrik yang menjadi pilihan pengguna. Bekas ini boleh digunakan untuk memasak atau menyimpan bahan makanan seperti nasi kukus, ‘dumplings’, susu dan banyak lagi. Selain itu, bekas ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya ringan dan tahan lama.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat
- Warna: Hijau
- Berat: 1kg
- Kapasiti: 0.8L
- Voltan: 220V
- Kuasa: 300W
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 235mm × 125mm × 140mm
Kelebihan:
✅ Mudah digunakan
✅ Tahan karat
✅ Pelbagai fungsi
Harga: RM59.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. Bear Electric Lunch Box DFH-B20J1

Bear Electric Lunch Box DFH-B20J1 mempunyai kapasiti yang besar sekaligus menjadikannya sesuai untuk dibawa sewaktu melakukan aktiviti luar seperti berkelah, jamuan makan dan sebagainya. Bekas ini didatangkan dengan 2 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli Tahan Karat
- Warna: Krim, Biru
- Voltan: 240V~50Hz
- Kuasa: 600W
- Kapasiti: 2L
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 20 cm x 20 cm x 26 cm
Kelebihan:
✅ Kapasiti besar
✅ Tahan karat
Harga: RM157.20 – RM169
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. Bear Electric Lunch Box DFH-B13E5

Bekas makan tengah hari elektrik ini dilengkapi dengan 2 jenis periuk di dalamnya yang bersaiz besar dan kecil bagi membolehkan anda mengasingkan makanan anda dengan mudah. Bukan itu sahaja, bekas makan tengah hari elektrik ini juga mempunyai ciri keselamatan, di mana ia akan dimatikan secara automatik apabila tahap air kurang dari paras pemanas.
Spesifikasi:
- Berat: 800g
- Voltan: 220V
- Kuasa: 270W
- Kapasiti: 1.3L
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 186mm x 156mm x 186mm
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ 2 periuk dalam 1
✅ Dimatikan secara automatik
Harga: RM79.00 – RM124.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. Mayer Digital Electric Lunch Box

Mayer Digital Electric Lunch Box direka dengan panel kawalan digital yang mempunyai butang sensor dan LED paparan yang mudah untuk anda gunakan. Bekas makan tengah hari elektrik ini juga mempunyai pemasa boleh laras yang membolehkan anda untuk meletakkan had masa mengikut kehendak anda. Bekas ini didatangkan dengan 2 pilihan warna.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli Tahan Karat
- Warna: Pudina, Merah Jambu
- Berat: 1.18kgs (NW), 1.32kgs (GW)
- Kapasiti: 0.5L x 2 periuk
- Voltan: 220-240V~50-60Hz
- Watt: 200 Watts
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: L280 x W135 x H145 mm
Kelebihan:
✅ Panel kawalan digital
✅ Pemasa boleh laras
Harga: RM115.00 – RM129.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. XiaoMi Youpin Electric Lunch Box F58

XiaoMi Youpin Electric Lunch Box F58 diperbuat daripada bahan yang ringan sekaligus menjadikannya sesuai untuk dibawa ke tempat kerja atau ke sekolah. Bekas ini boleh digunakan untuk pelbagai fungsi antaranya digunakan ketika anda hendak memasak atau ketika hendak memanaskan semula makanan anda. Ia didatangkan dengan 1 pilihan saiz sahaja.
Spesifikasi:
- Warna: Hijau, Kuning
- Berat: 0.87kg (NW)
- Kapasiti: 1L
- Kuasa: 300W
- Voltan: 220V~50HZ
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 227mm x 130mm x 91mm
Kelebihan:
✅ Mudah dibersihkan
✅ Pelbagai fungsi
✅ BPA free
Harga: RM148.56 – RM211.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.