5 Tempat Pembedahan LASIK Terbaik di Johor 2023

Pembedahan mata ‘Laser-assisted in-situ keratomileusis’ atau lebih dikenali sebagai LASIK merupakan prosedur pembedahan yang digunakan untuk membetulkan semula beberapa masalah penglihatan serta mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan cermin mata atau kanta lekap. 

Prosedur LASIK adalah sejenis pembedahan refraktif yang mengubah bentuk kornea pada bahagian hadapan mata. Di sini, kami senaraikan 5 tempat pembedahan LASIK terbaik di Johor 2023.

Bolehkah anda menggunakan telefon selepas pembedahan mata LASIK?

Anda harus menunggu sekurang-kurangnya 42 jam sebelum menggunakan telefon, komputer, tablet atau menonton televisyen anda. Hal ini kerana, dalam masa 24 jam pertama selepas LASIK, mata anda akan menjadi lebih sensitif kepada cahaya terutamanya sinar biru yang dihasilkan oleh peralatan elektronik.

Berapa lamakah kesan pembedahan LASIK akan bertahan?

Tahap ketahanan LASIK bergantung kepada usia dan keadaan mata anda ketika pembedahan dilakukan. Lazimnya, LASIK boleh bertahan dalam jangka masa yang lama. Namun, jika anda mempunyai isu perubatan yang boleh menjejaskan penglihatan, LASIK mungkin akan bertahan selama 10 tahun hingga 20 tahun sahaja.

5 Pembedahan Mata LASIK terbaik Di Johor 2023

1. Laser Focus Sdn. Bhd

Laser Focus Sdn. Bhd
Kredit gambar: Laser Focus Sdn Bhd

Laser Vision Correction Centre telah ditubuhkan pada tahun 2001. Mereka menyediakan rawatan berkualiti tinggi untuk rabun dekat, rabun jauh dan Astigmatisme. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah LASIK, pembedahan katarak, rawatan mata diabetik, perkhidmatan retina dan servis ‘macula’. Berdasarkan ulasan daripada pelanggan terdahulu, kebanyakan mereka memuji kualiti perkhidmatannya yang mesra.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 1:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: Suite 15.1 , & 15.1A LV / 15, Menara Pelangi, Jalan Kuning, Taman Pelangi, Johor Bahru, Johor Bahru

No Telefon: 07-333 1313

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

Facebook: https://www.facebook.com/LaserfocusEyeClinic/ 

2. Oasis Eye Specialists

Oasis Eye Specialists
Kredit gambar: Oasis Eye Specialists

Oasis Eye Specialists telah dianugerahkan sebagai Klinik Pakar Terbaik di Malaysia oleh Healthcare Asia Awards. Mereka hanya menggunakan peralatan yang canggih serta menyediakan rangkaian rawatan penjagaan mata yang komprehensif sekali gus menjadikan klinik ini mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa. Di samping itu, pakar bedah mata di sini juga sentiasa bersedia untuk menjawab segala persoalan daripada pesakit. 

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 1:00 petang (Setiap Hari)
Ditutup pada hari Jumaat

Alamat: Shopping Mall, Lot G-02, No 01-01, Beletime, Danga Bay, Perdana, Country Garden, 80200 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 03 -2730 7686

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

Facebook: https://www.facebook.com/OasisEyeJB/ 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Vista Eye Specialist

VISTA Eye Specialist Penang
Kredit gambar: VISTA Eye Specialist

VISTA Eye Specialist Johor diasaskan pada tahun 1999 dan telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun. Pusat rawatan ini menggunakan teknologi terkini ketika mengendalikan rawatan. Anda tidak perlu bimbang kerana setiap peralatan yang digunakan telah mendapat kelulusan daripada FDA. VISTA Eye Specialist menawarkan rawatan iLASIK yang telah terbukti 125 kali lebih tepat berbanding rawatan LASIK standard. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai cawangan di Ipoh, Klang, Kepong, Puchong dan banyak lagi.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Selasa – Sabtu)
Ditutup pada Ahad dan Isnin

Alamat: 131, Jalan Mutiara Emas 10/19, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 07-3503937

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. Optimax Eye Specialist 

Optimax Eye Specialist Hospital Penang
Kredit gambar: Optimax

Optimax Eye Specialist Centre telah ditubuhkan sejak tahun 1995 dan terkenal dengan kepakarannya dalam pembedahan laser refraktif. Mereka menawarkan pelbagai jenis rawatan penjagaan mata termasuklah rawatan katarak, glaukoma, mata kering dan banyak lagi. Pusat rawatan ini juga mempunyai kepakaran dalam mengendalikan rawatan laser ‘relex smile’. Pesakit yang menjalani rawatan ‘relex smile’ boleh mengelakkan kesan sampingan yang kerap berlaku akibat pembedahan LASIK seperti mata kering dan kerengsaan mata. 

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: 55, Jalan Cantik 6, Taman Pelangi Indah, 81800 Ulu Tiram, Johor

No Telefon: 07-8991800

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Prakash Eye Specialist & Laser 

Prakash Eye Specialist Laser
Kredit gambar: Prakash Eye Specialists

Prakash Eye Specialists and Laser menggunakan peralatan rawatan yang diimport khas dari Jerman, Eropah dan Amerika Syarikat bagi menjamin rawatan yang lebih berkesan dan efektif. Dr. Prakash Kaliannan merupakan pakar oftalmologi dengan kelayakan antarabangsa sebagai doktor perubatan dan pakar bedah mata. Beliau telah menawarkan perkhidmatan rawatan oftalmologi secara klinikal dan pembedahan selama lebih 2 dekad.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 4:00 petang (Ahad – Khamis)
Ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu

Alamat: 43, Jalan Bestari 1/5, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai, Johor 

No Telefon: 017-7034042

Google Review: Di Sini

Google Map: Ikuti Sekarang

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close