Penggunaan telefon pintar dan komputer yang kerap boleh meningkatkan potensi anda untuk mengalami masalah rabun. Bagi mengatasi masalah rabun, seseorang individu boleh menggunakan kanta sentuh atau cermin mata. Namun begitu, kebanyakan kaum wanita mempercayai bahawa pemakaian cermin mata akan menunjukkan penampilan yang kurang menarik. Selain itu, pemakaian cermin mata juga dianggap tidak praktikal terutamanya ketika bersenam mahupun berenang.
Oleh itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan kaedah moden iaitu pembedahan mata LASIK untuk membantu merawat masalah refraksi mata anda. Di sini, kami senaraikan 6 Tempat Pembedahan LASIK Terbaik di Pulau Pinang.
Apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan mata LASIK?
Pembedahan mata LASIK merujuk kepada prosedur pembedahan yang digunakan untuk membetulkan masalah penglihatan seperti rabun dekat, rabun jauh atau astigmatik. Pembedahan ini berfungsi untuk mengubah bentuk kornea, dengan itu cahaya dapat difokuskan secara terus ke retina. Dalam kebanyakan kes, selepas pembedahan ini pesakit tidak perlu lagi menggunakan cermin mata ataupun kanta sentuh.
Berapa lamakah kesan pembedahan LASIK akan bertahan?
Tahap ketahanan LASIK bergantung kepada usia dan keadaan mata anda ketika pembedahan dilakukan. Lazimnya, LASIK boleh bertahan dalam jangka masa yang lama. Namun, jika anda mempunyai isu perubatan yang boleh menjejaskan penglihatan, LASIK mungkin akan bertahan selama 10 tahun hingga 20 tahun sahaja.
6 Tempat Pembedahan LASIK Terbaik Di Pulau Pinang 2023
1. Asia Eye Specialist Centre BM

Asia Eye Specialist Centre BM menawarkan perkhidmatan rawatan penjagaan oftalmik yang terbaik. Bukan itu sahaja, ia juga telah diiktiraf sebagai Pusat Jagaan Ambulatori oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Secara tidak langsung, pengiktirafan tersebut telah mempengaruhi dan menyakinkan pengunjung untuk mendapatkan rawatan di pusat ini. Antara perkhidmatan rawatan yang ditawarkan ialah LASIK, pembedahan katarak, rawatan mata diabetik, perkhidmatan retina dan servis ‘macula’.
Waktu Operasi:
8:30 pagi – 5:30 petang (Isnin-Jumaat)
8:30 pagi – 2:30 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Alamat: 1244-1246, Jalan Padang Lallang, Taman Desa Damai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
No Telefon: 04-539 9360
Google Review: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
Facebook: https://www.facebook.com/asiaeyespecialistcentrebm
LAMAN WEB2. VISTA Eye Specialist Penang

VISTA Eye Specialist Penang diasaskan pada tahun 1999 dan telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun. Pusat rawatan ini menggunakan teknologi terkini ketika mengendalikan rawatan. Anda tidak perlu bimbang kerana setiap peralatan yang digunakan telah mendapat kelulusan daripada FDA. VISTA Eye Specialist Penang menawarkan rawatan iLASIK yang telah terbukti 125 kali lebih tepat berbanding rawatan LASIK standard.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Khamis)
Ditutup pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad
Alamat: Indah, 2, Lorong Bukit Kecil Indah, Taman Bukit Kecil, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
No Telefon: 04-5393937
Google Reviews: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
Facebook: https://www.facebook.com/Vista-Eye-Specialist-Bukit-Mertajam-202086433155920
LAMAN WEB3. Optimax Eye Specialist Hospital (Penang)

Optimax Eye Specialist Centre terkenal dengan kepakarannya dalam pembedahan laser refraktif. Mereka menawarkan pelbagai jenis rawatan penjagaan mata termasuklah rawatan katarak, glaukoma, mata kering dan banyak lagi. Pusat rawatan ini juga mempunyai kepakaran dalam mengendalikan rawatan laser ‘relex smile’. Bukan itu sahaja, mereka juga telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah sekali gus membuktikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin-Sabtu)
9:00 pagi – 1:00 petang (Ahad)
Alamat: 223, Jalan Masjid Negeri Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang
No Telefon: 04-282 3522
Google Reviews: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Optimax-Eye-Specialist-Hospital/237440662967373
LAMAN WEB4. International Specialist Eye Centre Penang (ISEC Penang Sdn Bhd)

Jika anda sedang mencari perkhidmatan LASIK terbaik pada harga yang berpatutan, anda boleh mempertimbangkan pusat rawatan ini. ISEC menyediakan perkhidmatan kepakaran tertiari dan pembedahan mata laser (LASIK) yang berkualiti tinggi. Selain itu, ISEC juga mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia, antaranya di Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Johor, Melaka dan Ipoh.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 5:30 petang (Isnin-Jumaat)
9:00 pagi – 1:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Alamat: 229 G, Jalan Burma, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
No Telefon: 04-228 8802
Google Reviews: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
Facebook: https://www.facebook.com/isec.penang
LAMAN WEB5. iLaser Centre – Island Hospital

Pusat rawatan mata ini terletak di Island Hospital, Pulau Pinang. Mereka menawarkan rawatan pembedahan LASIK untuk masalah ‘astigmatisme’, rabun dekat dan rabun jauh. DR Adrian SE Chan merupakan salah seorang doktor yang berkhidmat di pusat ini dan telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai profesionalisme dan perkhidmatannya yang mesra. Bukan itu sahaja, beliau juga menyediakan perkhidmatan rawatan untuk mata kering, glaukoma, pembedahan katarak dan pembedahan retina.
Waktu Operasi: 24 jam (Setiap Hari)
Alamat: 308, 3rd Floor, Jalan Macalister, 10450, Georgetown, Pulau Pinang
No Telefon: 04-2383251
Google Review: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
LAMAN WEB6. GPS Eye Specialist

GPS Eye Specialist tidak menyediakan perkhidmatan pembedahan mata LASIK. Sebaliknya, mereka menyediakan perkhidmatan ‘Implantable Contact Lens’ (ICL) yang merupakan rawatan alternatif kepada LASIK. Perbezaan utama antara ICL dan LASIK ialah ICL merupakan prosedur rawatan, di mana kanta sentuh lembut yang direka khas untuk diimplan di dalam mata (antara bahagian iris dengan kanta semula jadi mata) bagi memberikan anda penglihatan yang jelas. Bukan itu sahaja, kakitangan di klinik ini juga lembut dan mesra.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 1:00 petang, 2:00 petang – 5:00 petang (Isnin-Jumaat)
9:00 pagi – 1:00 petang (Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Alamat: Presint 2, 5, Medan Sunway Wellesley 1, Sunway Wellesley, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
No Telefon: 011-1234 5339
Google Review: Di Sini
Google Map: Ikuti Sekarang
Facebook: https://www.facebook.com/gpseyespecialist
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.