10 Tempat Penginapan Terbaik di Kuala Lumpur 2023

 Anda perlukan sedikit masa untuk berehat atau bersama dengan orang tersayang dalam percutian romantis? Dengan situasi Covid-19 sekarang, memang susah untuk bercuti ke luar negara, apatah lagi jika bercuti bersama keluarga di sana.

 Mengapa anda tidak memilih staycation? Apa itu staycation? Staycation ialah percutian berjarak dekat dengan kawasan  perumahan anda. Bayangkan anda bercuti bersama keluarga di bandar Kuala Lumpur. Pasti bajet untuk bercuti tidaklah semahal seperti anda bercuti ke luar negara. Bahkan, anda juga boleh menjimatkan masa tanpa perlu alami jet lag!

Apakah kebaikan staycation?

Staycation sebenarnya mampu memberikan anda kesan tenang sepanjang percutian. Staycation ini boleh menghubungan antara anda dan keluarga dengan berkomunikasi sepanjang masa percutian. Siapa sangka, anda akan lebih memahami ahli keluarga anda selepas ini selain dapat menghilangkan stres dari kesibukan kerja.

10 Tempat Penginapan Terbaik di Kuala Lumpur 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. The RuMa Hotel and Residences

The RuMa Hotel and Residences
Kredit Gambar: theruma.com
The RuMa Hotel and Residences
Kredit Gambar: theruma.com
The RuMa Hotel and Residences
Kredit Gambar: theruma.com

RuMa Hotel and Residences terletak di tengah-tengah Segitiga Emas Kuala Lumpur dan hanya beberapa langkah sahaja dari Menara Berkembar Petronas dan Pusat Beli-belah Suria KLCC. Hotel ini menawarkan kolam renang terbuka sepanjang 25 meter, gim yang lengkap dengan peralatan bersenam dan kedai gunting rambut yang dikendalikan oleh Truefit & Hill, London. RuMa akan memenuhi semua keperluan makan anda dengan menyajikan pelbagai restoran.  ATAS Modern Malaysian Eatery menyajikan citarasa tempatan yang unik, manakala SEVEN, bar lobi dan lounge hotel pula menyajikan hidangan ringan sepanjang hari seperti koktel klasik dari seluruh dunia.

Alamat: 7 Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://theruma.com/en/kuala-lumpur

Rujuk harga di klook

2. JW Marriott Hotel Kuala Lumpur

JW Marriott Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott.com
JW Marriott Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott.com
JW Marriott Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott.com

JW Marriott Hotel Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah pusat perniagaan dan hiburan di Kuala Lumpur. Antara kemudahan yang ditawarkan oleh hotel ini ialah kolam renang terbuka yang cantik dan pusat kecergasan yang besar. Dengan menempatkan 738 buah bilik penginapan, hotel ini mengambil inspirasi daripada Shanghai bagi menyediakan sajian masakan terbaik untuk anda. Anda dapat merasai masakan Shanghai yang enak yang ditawarkan di restoran terkenal hotel ini.

Alamat: 183, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/kuldt-jw-marriott-hotel-kuala-lumpur

Rujuk harga di klook

3. Hilton Kuala Lumpur

Hilton Kuala Lumpur
Kredit Gambar: hilton.com
Hilton Kuala Lumpur
Kredit Gambar: hilton.com
Hilton Kuala Lumpur
Kredit Gambar: hilton.com

Hilton Kuala Lumpur terletak di seberang Jalan Stesen Sentral. Hotel ini terkenal dengan Restoran Boardwalk Poolside yang direka seperti sebuah oasis. Restoran ini  dikelilingi oleh pokok palma dan air kolam yang jernih. Terdapat juga Chambers Grill Room yang menawarkan menu gril potongan daging atau makanan laut segar hanya untuk anda.

Alamat: 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.hilton.com/en/hotels/kulhihi-hilton-kuala-lumpur

Rujuk harga di klook

4. Shangri-La Kuala Lumpur

Shangri La Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Pinterest
Shangri La Kuala Lumpur
Kredit Gambar: shangri-la.com
Shangri La Kuala Lumpur
Kredit Gambar: shangri-la.com

Shangri-La Kuala Lumpur terletak berhampiran dengan pelbagai pusat beli-belah mewah seperti Pusat Beli-belah Suria KLCC, Pavilion Mall, LINC KL, dan Fahrenheit 88. Semasa anda menginap di sini, anda boleh berehat sambil bersarapan di Lobby Lounge, iaitu ruangan restoran yang berinspirasikan rekaan landskap taman yang subur di hotel ini. Atau, anda juga boleh mencuba koktel istimewa di Arthur’s Bar and Grill. Jika anda ingin menikmati hidangan Kantonis yang enak, anda bolehlah berkunjung ke Istana Shang.

Alamat: 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: http://www.shangri-la.com/kualalumpur/shangrila

5. The Majestic Hotel Kuala Lumpur

The Majestic Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott.com
The Majestic Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott.com
The Majestic Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott.com

The Majestic Hotel Kuala Lumpur terletak berhampiran dengan KL Sentral. Anda boleh menjamu selera di pelbagai restoran yang ditawarkan oleh hotel ini seperti Colonial Cafe dan The Bar & Tea Lounge. Di tingkat 15 Tower Wing baharu hotel ini, terdapat bilik penginapan Deluxe dan suite, Restoran Contango, 13 bilik mesyuarat, gimnasium dan juga kolam renang. Selain itu, hotel ini turut menawarkan Majestic Spa dan Smoke House.

Alamat: 5, Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulak-the-majestic-hotel-kuala-lumpur

6. The Westin Kuala Lumpur

The Westin Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott.com
The Westin Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott.com
The Westin Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott.com

The Westin Kuala Lumpur terletak di Bukit Bintang yang berdekatan dengan pusat membeli-belah, restoran dan bar di jalan-jalannya yang sibuk. Untuk menjamu selera, anda boleh mencuba masakan di restoran The Living Room ataupun 443 Bar Lounge & Splash, yakni restoran dan bar yang terletak di tepi kolam. Jika anda ingin menyejukkan badan, anda boleh berenang di kolam renang yang disediakan oleh hotel ini, atau bersenam di WestinWORKOUT®️ Fitness Studio.

Alamat:199, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulwi-the-westin-kuala-lumpur

7. Le Méridien Kuala Lumpur

Le Meridien Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott.com
Le Meridien Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott.com
Le Meridien Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott.com

Nikmati percutian yang menyegarkan di Le Méridien Kuala Lumpur, hotel mewah 5 bintang yang terkenal dalam kalangan pelancong. Hotel ini menawarkan spa dan pelbagai restoran untuk memuaskan selera anda. Anda dapat merasai pelbagai hidangan yang enak seperti hidangan antarabangsa yang dimasak oleh chef yang pernah memenangi anugerah. Selain itu, terdapat juga pusat kecergasan yang lengkap di hotel ini. Anda juga boleh bersantai sambil minum koktel di tepi kolam renang yang tersedia di sini.

Alamat: 2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulmd-le-meridien-kuala-lumpur

Rujuk harga di klook

8. Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed By Banyan Tree

Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed By Banyan Tree
Kredit Gambar: banyantree
Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed By Banyan Tree
Kredit Gambar: banyantree
Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed By Banyan Tree
Kredit Gambar: banyantree

Hotel ini terletak di kawasan pusat Bukit Bintang, betul-betul di tengah-tengah daerah paling sibuk di Kuala Lumpur. Terdapat banyak tarikan tempatan berdekatan dengan hotel ini seperti Menara Berkembar Petronas, Dataran Merdeka, Kuil Thean Hou, menara KL, dan KL Forest Eco-park. Paling penting, hotel ini terletak bersebelahan dengan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur.  Anda boleh menikmati masakan Kantonis asli dan dim sum di restoran Jade Pavilion. Jika anda ingin makan di dalam bilik penginapan anda, hanya gunakan sahaja perkhidmatan menghantar makanan ke bilk penginapan yang disediakan di hotel ini. Oh ya, hotel ini menawarkan pelbagai jenis masakan termasuklah masakan Malaysia dan antarabangsa. Jangan risau, semuanya enak dan lazat untuk dicuba.

Alamat: 170, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web : https://www.banyantree.com/malaysia/pavilion-hotel

9. Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott
Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott
Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott

Sheraton Imperial Kuala Lumpur yang baru sahaja selesai melalui proses pengubahsuaian ini menawarkan pengunjung penginapan impian yang memuaskan. Bilik-bilik penginapan dilengkapi dengan bilik mandi marmar yang direka cantik selain menempatkan juga bilik almari pakaian. Perkhidmatan bilik 24 jam dan WiFi percuma turut ditawarkan di sini. Anda boleh mencuba pelbagai masakan yang disediakan di sini seperti masakan Cin dan Itali yang lazat. Setelah penat berjalan ke sana-sini, anda boleh memanjakan diri di spa mewah atau berenang di kolam renang terbuka hotel ini. Hotel ini terletak di pusat bandar yang boleh diakses mudah ke stesen LRT dan Monorel jika anda ingin menerokai bandar Kuala Lumpur.

Alamat: Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/kulsi-sheraton-imperial-kuala-lumpur-hotel

10. Traders Hotel, Kuala Lumpur

Traders Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott
Traders Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott
Traders Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: marriott

Traders Hotel Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan mempunyai pemandangan Menara Berkembar Petronas yang menakjubkan. Anda boleh menikmati perkhidmatan buggy secara percuma ke Pusat Beli-belah Suria KLCC. Hotel ini menjadi tempat penginapan pilihan oleh para pelancong kerana ia memiliki akses secara terus ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Salah satu bar atas bumbung yang paling popular di bandar ini juga terletak di dalam Traders Hotel. SkyBar yang memenangi anugerah terletak di tingkat 33, yang mana anda boleh menikmati pelbagai jenis koktel sambil mengagumi pemandangan Menara Berkembar Petronas yang menakjubkan.

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.shangri-la.com/en/kualalumpur/traders

 Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close