7 Tempat Sempurna untuk Glamping dan Perkhemahan di Pulau Pinang 2025

Ramai orang sentiasa mencari lokasi yang tenang untuk berehat daripada kesibukan bandar. Mereka mahu meredakan tekanan pada hujung minggu atau melalui trip yang mereka rancang bersama rakan atau keluarga. Jika anda berada di Pulau Pinang dan ingin menikmati keindahan negeri ini, anda boleh mencuba aktiviti perkhemahan atau glamping untuk menghabiskan masa anda. Pulau Pinang merupakan rumah kepada pelbagai tarikan, termasuk Rizab Biosfera UNESCO yang baru ditetapkan, Bukit Bendera dan Bukit Hijau. Tempat-tempat ini pasti memberikan keindahan semula jadi yang menakjubkan dan menarik ramai pencinta alam semula jadi. 

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk berkhemah atau glamping di Pulau Pinang, kami telah menyusun senarai 7 tempat yang sesuai untuk aktiviti ini. Anda boleh melibatkan diri dalam alam semula jadi sambil menghabiskan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain itu, anda juga boleh mengeratkan hubungan melalui aktiviti barbeku di malam hari. Berikut adalah 7 tempat terbaik untuk glamping dan perkhemahan di Pulau Pinang.

Apakah Perbezaan Perkhemahan dan Glamping?

Glamping adalah trend baharu dalam perkhemahan yang melibatkan lebih banyak keselesaan dan kemewahan daripada perkhemahan tradisional. Perkhemahan tradisional biasanya melibatkan khemah dan beg tidur, namun glamping sering menyediakan keselesaan kepada para pengunjungnya seperti menawarkan RV atau camper van serta pilihan hiburan yang menyeronokkan. Selain itu, mereka juga ada menambah projektor mudah alih untuk tayangan filem pada waktu malam.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang mahu menghabiskan banyak wang untuk pengalaman ‘glamping super deluxe’. Dengan pengetahuan dan aksesori yang betul, anda mungkin mendapat pengalaman perkhemahan yang selesa dan menyeronokkan.

Apakah Yang Perlu Dibawa Semasa Perkhemahan Atau Glamping?

Untuk menjadikan aktiviti perkhemahan atau glamping anda lebih menyeronokkan, anda boleh membawa peranti elektronik mudah alih untuk memudahkan urusan anda. Peranti elektronik mudah alih telah meningkatkan keseronokkan dalam dunia perkhemahan dan glamping moden. Terdapat banyak pilihan di pasaran. Ada yang mudah digunakan, mudah alih dan tidak memerlukan bekalan kuasa. 

Peranti ini mempunyai ‘built-in’ bateri dengan hayat bateri yang panjang, sekali gus memberikan kemudahan dan mobiliti. Anda juga boleh membawa beberapa projektor mudah alih, pembesar suara Bluetooth, konsol permainan ‘handheld’, tanglung lilin, dan beg tidur pintar. Barang-barang ini boleh meningkatkan pengalaman perkhemahan dan ia tidak terlalu mahal.

7 Tempat Sempurna untuk Glamping dan Perkhemahan di Pulau Pinang 2024

1. Kampung Agong

passport 6
Kredit Gambar: thefrugalcampers (Facebook)
passport 5
Kredit Gambar: thefrugalcampers (Facebook)

Kampung Agong Campsite terletak di Pulau Pinang. Tapak perkhemahan ini menawarkan escapism yang tenang dengan konsep ‘kampung’ berpusatkan rumah, sekali gus menjadikannya destinasi ideal untuk anda berehat daripada kesibukan bandar. Anda boleh bersiar-siar di kawasan ini dan akan menemui lebih 15 sarang burung unik yang diilhamkan oleh burung tempua tempatan. Selain itu, anda akan mendapati sebuah buaian besar tersedia di tepi sawah padi dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.

Di sini juga terdapat sebuah piano kayu putih Instagrammable yang besar dikelilingi oleh pokok kelapa. Kampung Agong mengetengahkan seni bina tradisional, menampilkan jelapang padi dan rumah kampung. Di sini, anda boleh menaiki basikal secara santai untuk meneroka pelbagai sudut kawasan, termasuklah kolam indah yang dihiasi dengan teratai air, bagi  melengkapkan pengalaman perkhemahan anda secara menyeluruh.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)

Alamat: 841, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Pulau Pinang

No. Telefon: 012-481 7795

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/kampungagong

Instagram: https://www.instagram.com/kampungagong/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. The Habitat Penang Hill

The-Habitat-Penang-Hill
Kredit Gambar: TripAdvisor
The-Habitat-Penang-Hill-
Kredit Gambar: The Habitat Penang Hill

Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman tenang di hutan hujan tertua di Pulau Pinang, Starlight Camping 2 Days 1 Night stay at The Habitat Penang Hill mungkin pilihan yang sesuai untuk anda. Pengalaman glamping baharu yang diperkenalkan pada tahun 2021 ini memberikan anda banyak kelebihan, antaranya adalah pas masuk standard ke The Habitat, tiket The Habitat, Penang Funicular Train, makan malam di Andaman Tent, sarapan pagi serta akses kepada pemandangan matahari terbit dan matahari terbenam yang menakjubkan dari platform tontonan tertinggi di pulau ini, iaitu Curtis Crest. Selain berjalan kaki pada waktu malam, para tetamu juga boleh menikmati perjalanan yang menyeronokkan di satu-satunya zipline Pulau Pinang dan Penerbangan Colugo. Penginapan ini termasuk khemah, kemudahan pancuran mandian dan juga wi-fi.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 7:00 malam (Sabtu – Khamis)
11:00 pagi – 7:00 malam (Jumaat)

Alamat: Jalan Stesen, Bukit Bendera Air Itam, 11500 George Town, Pulau Pinang.

No. Telefon: 019-6457741

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/thehabitatpenanghill/

Instagram: https://instagram.com/thehabitatpenanghill

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Monkey Beach

Monkey-Beach
Kredit Gambar: Penang Insider
Monkey-Beach-
Kredit Gambar: TRAVEL WITH JULES

Monkey Beach bukan sebahagian daripada Taman Negara. Ini bermakna anda boleh berkhemah di sana secara percuma atau dengan kos bayaran yang sangat rendah.  Anda perlu menaiki bas 101 ke pintu masuk taman yang menjadi sebagai perhentian terakhir untuk sampai ke Monkey Beach dari pusat bandar.  Dari sana, anda boleh memilih untuk mendaki ke Monkey Beach yang mengambil masa kira-kira sejam atau menaiki bot selama 5 minit.

Anda boleh berjalan di sepanjang pantai dan melihat pelbagai hidupan laut, seperti ikan patin dan ketam hermit. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati dengan obor-obor. Selain itu, anda juga boleh melihat ‘spot sea otters’ berenang dan pesta ikan yang menarik! Di tapak perkhemahan ini, anda boleh mendirikan unggun api serta menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam dari khemah anda.

Alamat: Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

4. Boulder Valley Glamping & Event Place

Boulder-Valley-Glamping-Event-Place
Kredit Gambar: Agoda
Boulder-Valley-Glamping-Event-Place-
Kredit Gambar: TripAdvisor

Boulder Valley terletak di Teluk Bahang dan merupakan tempat glamping yang terletak di hutan hujan. Ia menawarkan kem khemah ‘pre-pitched’. Setiap bilik menyediakan akses terus kepada cahaya matahari dan udara segar dengan lokasinya yang strategik. Khemah-khemah glamping terletak di antara batu-batu dan kehijauan tropika. Selain itu, ia mempunyai katil-katil mewah dan kemudahan bilik mandi.

Semua ini adalah untuk menyediakan keselesaan penginapan mewah kepada para pengunjung. Boulder Valley mempunyai 25 khemah yang seakan-akan bilik hotel mewah yang terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika. Terdapat juga penginapan atas pokok yang menawarkan pemandangan menakjubkan ke kanopi di tempat ini.

Alamat: 8, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang.

No. Telefon: 019-9778995

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bouldervalleyglamping/

Instagram: https://instagram.com/bouldervalleyglampingpenang

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. The Hillside Retreat Penang

The-Hillside-Retreat-Penang
Kredit Gambar: Penang Property Talk
The-Hillside-Retreat-Penang-
Kredit Gambar: Malaysia Camping

Hillside Retreat di Bukit Bendera adalah bangunan warisan dan banglo tertua di atas bukit. Laman ini mempunyai pelbagai kemudahan mesra alam, termasuk dewan makan, kawasan memasak, bilik mandi, tempat pengumpulan air hujan, kemudahan kitar semula dan tempat penyimpanan air hujan. Kemudahan ini menjadikannya tempat perkhemahan pilihan ramai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak.

Selain itu, tapak perkhemahan ini boleh memuatkan sehingga 40 orang tetamu dalam satu masa. Terdapat dua pilihan untuk tetamu berkhemah, iaitu membawa khemah sendiri atau menyewa khemah mesra keluarga yang boleh memuatkan sehingga 4 orang.

Alamat: Jalan Bukit Bendera Upper Tunnel Road Ayer Itam, 11500 George Town, Pulau Pinang.

No. Telefon: 019-8858951

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/hillsideretreatpenang/

Instagram: https://instagram.com/hillsideretreat

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. 406 Dusun Durian Balik Pulau

-Dusun-Durian-Balik-Pulau
Kredit Gambar: 406浮罗山背果园 406 Dusun Durian Balik Pulau
-Dusun-Durian-Balik-Pulau-
Kredit Gambar: Louis Chong

406 Dusun Durian Balik Pulau merupakan ladang milik generasi ketiga yang menawarkan pelbagai jenis durian termasuklah Duri Hitam, Musang King, Tupai King, Hor Lor, Udang Merah dan Kun Poh. Ia juga merupakan tapak perkhemahan yang hebat di Pulau Pinang dengan harga yang berpatutan dan kemudahan pancuran mandian yang menyegarkan. Selain itu, terdapat air terjun mini yang berdekatan dusun ini. Anda hanya perlu berjalan dalam masa 2 minit sahaja untuk tiba ke kawasan air terjun tersebut.

Walau bagaimanapun, aktiviti perkhemahan tidak dibenarkan bermula Mei hingga Julai disebabkan musim durian. Pihak ladang juga mengutamakan keselamatan pengunjung dan tidak menerima sebarang temu janji perkhemahan dalam tempoh ini. Dalam tempoh ini, mereka hanya menerima temu janji ‘dine-in’ bagi para penggemar durian. Anda boleh mengikuti halaman Facebook mereka untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti perkhemahan yang ditawarkan di sini.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Rabu – Isnin)
9:00 pagi – 7:00 malam (Selasa)

Alamat: Kampung Genting Dalam, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.

No. Telefon: 012-4277406

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/406dusun/

Instagram: https://www.instagram.com/406_dusun/

7. Discovery Agarwood Research

Discovery-Agarwood-Research-
Kredit Gambar: Discovery Agarwood Research
Discovery-Agarwood-Research
Kredit Gambar: Malaysia Camping

Discovery Agarwood Research menawarkan persekitaran yang selamat dan berpagar, laluan mendaki, zoo haiwan peliharaan dan kemudahan BBQ. Mereka juga menawarkan pengalaman unik perkhemahan serta sarapan pagi. Selain itu, tapak perkhemahan ini telah bekerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang untuk menyelidik hasil Oud eksotik. Tapak perkhemahan ini menyediakan tetamu dengan pilihan untuk menyewa hanya ruang atau menyewa khemah, yang termasuk akses ke tandas dan elektrik (satu soket untuk setiap khemah). Ia adalah lokasi yang ideal untuk keluarga dengan anak-anak yang mencari pengalaman baru dan menarik yang dekat dengan alam semula jadi.

Alamat: Kampung, Jalan Pulau Betong, Pulau Betong, 11800 Balik Pulau, Pulau Pinang.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/discovery.agarwood 

Instagram: https://www.instagram.com/discovery_agarwood/ 


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close