7 Tempat Sempurna untuk Glamping dan Perkhemahan di Pulau Pinang 2023

Tinggal di bandar yang sibuk, ramai orang sentiasa mencari lokasi yang tenang untuk berehat dan pada hujung minggu atau perjalanan percutian mereka. Sekiranya, anda belum mengetahui  keindahan Pulau Pinang, anda harus pergi dan melawat di sana. Pulau Pinang merupakan  rumah kepada pelbagai tarikan, termasuk Rizab Biosfera UNESCO yang baru ditetapkan, Bukit Bendera dan Bukit Hijau. Tempat-tempat ini pasti memberikan keindahan semula jadi yang menakjubkan dan menarik ramai pencinta alam semula jadi. Perkhemahan atau glamping ialah  aktiviti yang memberikan peluang terbaik untuk anda menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga sambil menikmati aktiviti luar yang hebat. 

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk berkhemah atau glamping di Pulau Pinang, kami telah menyusun senarai 10 tempat yang sesuai untuk glamping dan perkhemahan di Pulau Pinang. Anda boleh melibatkan diri dalam alam semula jadi. Selain itu, anda juga boleh mendapat pengalaman malam anda dengan memasak BBQ yang menyeronokkan. Bergerak keluar dari zon selesa anda dan berkongsi pengalaman dengan keluarga atau rakan anda. Berikut adalah 7 tempat terbaik untuk glamping dan perkhemahan di Pulau Pinang. 

Apakah Perbezaan Perkhemahan dan Glamping?

Glamping ialah trend baharu dalam perkhemahan yang melibatkan lebih banyak keselesaan dan kemewahan daripada perkhemahan tradisional. Walaupun perkhemahan biasa, lazimnya melibatkan khemah dan beg tidur tetapi glamping sering termasuk RV atau camper van serta pilihan hiburan di luar membaca dengan ‘flashlight’.  Selain itu, menambah projektor mudah alih untuk tayangan filem waktu malam ketika berkhemah juga layak dipanggil sebagai glamping. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mahu menghabiskan banyak wang untuk pengalaman ‘glamping super deluxe’. Dengan pengetahuan dan aksesori yang betul, anda mungkin mendapat pengalaman perkhemahan yang selesa dan menyeronokkan.

Apa yang Perlu Saya Bawa untuk Berkhemah dan Glamping?

Peranti elektronik mudah alih telah merevolusikan perkhemahan dan glamping moden. Terdapat banyak pilihan ringkas, mudah digunakan serta mudah alih yang tidak memerlukan  bekalan kuasa. Peranti ini mempunyai ‘built-in’ bateri dengan hayat bateri yang panjang, memberikan kemudahan dan mobiliti. Anda juga boleh membawa beberapa projektor mudah alih, pembesar suara Bluetooth, konsol permainan ‘handheld’, tanglung lilin, dan beg tidur pintar. Barang-barang ini boleh meningkatkan pengalaman perkhemahan dan ia tidak terlalu mahal. 

7 Tempat Sempurna untuk Glamping dan Perkhemahan di Pulau Pinang 2023

1. The Habitat Penang Hill

The-Habitat-Penang-Hill
Kredit Gambar: TripAdvisor
The-Habitat-Penang-Hill-
Kredit Gambar: The Habitat Penang Hill

Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman tenang di hutan hujan tertua di Pulau Pinang, Starlight Camping 2 Days 1 Night stay at The Habitat Penang Hill mungkin menarik. Pengalaman glamping baharu yang diperkenalkan pada tahun 2021 ini termasuk pas masuk standard ke The Habitat, tiket The Habitat, Penang Funicular Train, makan malam di Andaman Tent, sarapan pagi dan akses kepada pemandangan matahari terbit dan matahari terbenam yang menakjubkan dari platform tontonan tertinggi di pulau iaitu Curtis Crest. Selain berjalan kaki pada waktu malam, para tetamu juga boleh menikmati perjalanan yang menyeronokkan di satu-satunya zipline Pulau Pinang dan Penerbangan Colugo. Penginapan ini termasuk khemah, kemudahan pancuran mandian dan juga wi-fi.

Waktu Operasi:
9:00 pagi – 7:00 malam (Sabtu – Khamis)
11:00 pagi – 7:00 malam (Jumaat)

Alamat: Jalan Stesen, Bukit Bendera Air Itam, 11500 George Town, Pulau Pinang.

No. Telefon: 019-6457741

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/thehabitatpenanghill/

Instagram: https://instagram.com/thehabitatpenanghill

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Monkey Beach

Monkey-Beach
Kredit Gambar: Penang Insider
Monkey-Beach-
Kredit Gambar: TRAVEL WITH JULES

Monkey Beach bukan sebahagian daripada Taman Negara. Ini bermakna anda boleh berkhemah di sana secara percuma atau dengan kos yang sangat rendah.  Anda perlu naik bas 101 ke pintu masuk taman yang menjadi sebagai perhentian terakhir untuk sampai ke Monkey Beach dari pusat bandar.  Dari sana, anda boleh memilih untuk mendaki ke Monkey Beach  yang mengambil masa kira-kira sejam atau menaiki bot selama 5 minit. Anda boleh berjalan di sepanjang pantai dan melihat pelbagai hidupan laut, seperti ikan patin dan ketam hermit. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati dengan obor-obor. Selain itu, anda juga boleh melihat ‘spot sea otters’  berenang dan pesta ikan! Di tapak perkhemahan, unggun api boleh dibuat dan anda boleh menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam dari khemah anda.

Alamat: Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

3. Boulder Valley Glamping & Event Place

Boulder-Valley-Glamping-Event-Place
Kredit Gambar: Agoda
Boulder-Valley-Glamping-Event-Place-
Kredit Gambar: TripAdvisor

Boulder Valley  terletak di Teluk Bahang dan merupakan tempat glamping yang terletak di hutan hujan.  Ia menawarkan kem khemah ‘pre-pitched’.  Setiap bilik menyediakan akses terus kepada cahaya matahari semula jadi dan udara segar dengan lokasinya yang strategik. Khemah-khemah glamping terletak di antara batu-batu dan kehijauan tropika serta mempunyai katil-katil mewah dan kemudahan bilik mandi, menyediakan semua keselesaan penginapan mewah. Boulder Valley mempunyai dua puluh lima khemah yang seakan-akan bilik-bilik hotel mewah yang terletak di tengah-tengah hutan hujan.  Selain itu, penginapan atas pokok menawarkan pemandangan yang menakjubkan ke kanopi.

Alamat: 8, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang.

No. Telefon: 019-9778995

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bouldervalleyglamping/

Instagram: https://instagram.com/bouldervalleyglampingpenang

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. The Hillside Retreat Penang

The-Hillside-Retreat-Penang
Kredit Gambar: Penang Property Talk
The-Hillside-Retreat-Penang-
Kredit Gambar: Malaysia Camping

Hillside Retreat di Bukit Bendera adalah bangunan warisan dan banglo tertua di atas bukit. Laman ini mempunyai pelbagai kemudahan mesra alam, termasuk dewan makan, kawasan memasak, bilik mandi, pengumpulan air hujan, kemudahan kitar semula dan penyimpanan air hujan. Kemudahan ini menjadikannya tempat perkhemahan pilihan untuk keluarga dengan anak-anak. Selain itu, tapak perkhemahan ini boleh memuatkan sehingga empat puluh orang tetamu. Terdapat dua pilihan untuk tetamu berkhemah, iaitu membawa khemah sendiri atau menyewa khemah mesra keluarga yang boleh memuatkan sehingga empat orang.

Alamat: Jalan Bukit Bendera Upper Tunnel Road Ayer Itam, 11500 George Town, Pulau Pinang.

No. Telefon: 019-8858951

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/hillsideretreatpenang/

Instagram: https://instagram.com/hillsideretreat

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. 406 Dusun Durian Balik Pulau

-Dusun-Durian-Balik-Pulau
Kredit Gambar: 406浮罗山背果园 406 Dusun Durian Balik Pulau
-Dusun-Durian-Balik-Pulau-
Kredit Gambar: Louis Chong

406 Dusun Durian Balik Pulau merupakan ladang milik generasi ketiga yang menawarkan pelbagai jenis durian termasuk Duri Hitam, Musang King, Tupai King, Hor Lor, Udang Merah dan Kun Poh. Ia juga merupakan tapak perkhemahan yang hebat di Pulau Pinang dengan harga yang berpatutan dan kemudahan pancuran mandian. Selain itu, terdapat air terjun mini berdekatan yang terletak hanya kira-kira dua minit berjalan kaki. Bagaimanapun, aktiviti perkhemahan tidak dibenarkan bermula Mei hingga Julai disebabkan musim durian. Pihak ladang juga mengutamakan keselamatan pengunjung dan tidak menerima sebarang temujanji perkhemahan dalam tempoh ini tetapi hanya menerima ‘temujanji ‘dine-in’ bagi para penggemar durian. Anda boleh mengikuti halaman Facebook untuk mendapatkan maklumat terkini.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Rabu – Isnin)
9:00 pagi – 7:00 malam (Selasa)

Alamat: Kampung Genting Dalam, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.

No. Telefon: 012-4277406

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/406dusun/

Instagram: https://www.instagram.com/406_dusun/

6. Glamping Pinang Sebatang

Glamping-Pinang-Sebatang
Kredit Gambar: Glamping Pinang Sebatang
Glamping-Pinang-Sebatang-
Kredit Gambar: Glamping Pinang Sebatang

Glamping Pinang Sebatang di Kuala Kubu Bharu merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin memperkenalkan rakan atau anak-anak mereka untuk berkhemah di luar tanpa kejutan budaya. Tapak glamping dinyalakan dengan elektrik dari penjana.  Ini menjadikannya suatu pengalaman yang selesa. Lokasi ini sangat sesuai untuk mereka yang berada di Selangor atau Kuala Lumpur. Tempat ini sentiasa ditempah sepenuhnya pada hujung minggu. Oleh itu, sebaiknya periksa slot yang tersedia dan pertimbangkan untuk melakukan perjalanan pada hari bekerja. Satu khemah boleh menampung sehingga lapan orang dan berharga RM 350 untuk dua malam pada hari bekerja.

Alamat: 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

No. Telefon: 012-200 2595

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/glampingpinangsebatang 

7. Discovery Agarwood Research

Discovery-Agarwood-Research-
Kredit Gambar: Discovery Agarwood Research
Discovery-Agarwood-Research
Kredit Gambar: Malaysia Camping

Discovery Agarwood Research menawarkan persekitaran yang selamat dan berpagar, laluan mendaki, zoo haiwan peliharaan dan kemudahan BBQ. Mereka juga menawarkan pengalaman unik perkhemahan serta sarapan pagi. Selain itu, tapak perkhemahan ini telah bekerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang untuk menyelidik hasil Oud eksotik. Tapak perkhemahan ini menyediakan tetamu dengan pilihan untuk menyewa hanya ruang atau menyewa khemah, yang termasuk akses ke tandas dan elektrik (satu soket setiap khemah). Ia adalah lokasi yang ideal untuk keluarga dengan anak-anak yang mencari pengalaman baru dan menarik yang dekat dengan alam semula jadi.

Alamat: Kampung, Jalan Pulau Betong, Pulau Betong, 11800 Balik Pulau, Pulau Pinang.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/discovery.agarwood 

Instagram: https://www.instagram.com/discovery_agarwood/ 


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close