Tepung Serbaguna atau turut dikenali sebagai tepung yang ditapis atau sekadar tepung sahaja, diperbuat daripada bijirin gandum selepas menyingkirkan keperangan yang menyeliputinya. Kemudian, ia akan digiling, diperhalusi, dan dilunturkan. Melainkan anda secara khususnya memerlukan tepung roti, tepung kek, atau tepung self-rising, anda akan memperolehnya secara mudah dengan penggunaan tepung ‘pelbagai guna’ ini atau tepung secara berganti. .
1. Tepung Gandum Serbaguna MFM Cap Ros
Tepung Gandum Serbaguna MFM Cap Ros tidak mengandungi bahan pemutih seperti Benzoyl Peroxide. Produk ini diperkaya dengan zat nutrisi yang penting seperti vitamin B1, vitamin B2, Niasin dan Zat Besi bagi memastikan ia adalah pilihan yang berkhasiat untuk anda sekeluarga. Tepung gandum serbaguna ini boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis makanan tradisional Malaysia seperti Roti Canai, Apam Balik, Karipap dan Kuih Seri Ayu yang berperisa pandan serta makanan antarabangsa seperti Biskut, Bagel dan Penkek Buah.
Selain memasak, anda boleh menggunakan tepung gandum ini untuk memekatkan sup anda. Ia adalah agen pemekat yang bukan sahaja sesuai untuk sup, bahkan untuk sos dan kuah. Pendek kata, tepung gandum ini boleh memenuhi cita rasa dan selera kulinari tradisional dan moden anda. Oleh sebab itu, Tepung Gandum Serbaguna MFM Cap Ros menjadi pilihan utama dalam kalangan suri rumah tangga di Malaysia.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Tepung Gandum
- Saiz: 850 g
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅Bebas daripada Benzoyl Peroxide
✅Mengandungi Vitamin B1, Vitamin B2, Niasin, dan Zat Besi
✅Boleh menghasilkan pelbagai hidangan tradisional dan moden
✅Boleh memekatkan sup
Harga Jualan yang Disyorkan: RM2.95
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Tepung Gandum Serbaguna Cap Sauh

Tepung gandum diperkayakan dengan kandungan vitamin B1, B, Niacin dan zat besi. Ia diformulasikan khas untuk membuat biskut, kek, pau, dumplings, donat, kerak pai, puff berkrim, pastri berlapis, pankek, mee basah dan juga mee kering. Selain daripada itu, ia juga boleh digunakan sebagai bahan untuk memasak sup ayam, kuah dan sos. Secara amnya, tepung gandum sesuai untuk digunakan dalam hampir semua jenis aspek kulinari.
Bahan-bahan: Tepung gandum
Saiz: 1kg
Harga: RM2.20
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Tepung Serbaguna Cap Prima Plain Unbleached

Prima’s Plain Unbleached All-Purpose Flour adalah pilihan No.1 untuk menghasilkan pelbagai jenis kek, pastri, mi, dan segala produk makanan yang mengguna tepung sebagai bahan asasnya. Sebagai contoh, ‘bao’, doh Cina goreng (you tiao), wafel, pankek, dan termasuklah roti prata.
Bahan-bahan: Tepung gandum yang tidak dilunturkan
Saiz: 1kg
Harga: RM6.95
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Tepung Serbaguna Clean Eating Organic

Clean Eating’s Organic All-Purpose Flour adalah 100% produk organik. Selain itu, memandangkan ia merupakan tepung yang tidak dilunturkan, ini bermakna ia tidak memiliki kandungan kimia, bahan pengawet, dan racun herba. Tambahan pula,ia amat sesuai untuk digunakan sebagai bahan ketika anda ingin ‘baking’ dan mana-mana masakan yang memerlukan kegunaan tepung.
Bahan-bahan: 100% Tepung Serba Guna Organik
Saiz: 500g, 1kg
Harga: RM7.90 (500g) | RM11.90 (1kg)
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. Tepung Serbaguna Country Farm Organics Certified Organic

Tepung Serbaguna Country Farm Organics Certified Organic dihasilkan tanpa pengaruh sebarang ejen peluntur atau bahan pengawet. Di samping itu, ia turut mengekalkan rasa asli bijirin gandum.
Bahan-bahan: 100% Tepung SerbaGuna Organik
Saiz: 900g
Harga: RM9.50
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. Tepung Serbaguna Melanger Japanese

Tepung Serbaguna Japanese (Melanger) adalah produk Halal Perancis di mana serbuknya secara khasnya dikisar bersama tepung ‘stone-milled’ di mana menjadikan ia amat sesuai digunakan sebagai bahan untuk ‘baking’. Seterusnya, tepung ini, secara khususnya lebih sesuai untuk membuat makanan ala-ala Eropah seperti roti klasik, baguette, kroisan dan banyak lagi. Tepung ini juga tidak ketinggalan merupakan pilihan yang ideal untuk tujuan ‘baking’ produk makanan yang lain juga.
Bahan-bahan: Tepung gandum
Saiz: 500g
Harga: RM9.80
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. Tepung Serbaguna Love Earth Organic

Seterusnya, Tepung Serbaguna Love Earth Organic atau turut terkenal dengan nama Plain Flour/Wheat Maida. Tepung ini merupakan kombinasi gandum yang dikisar secara kasar dan halus. Di samping itu, ia memiliki kandungan protein yang medium, iaitu 9% – 12% sekaligus menawarkan keseimbangan yang tepat antara kekuatan dan kelembutan tepung dalam menghasilkan roti yang kenyal, tart yang cantik dan lain-lain.
Bahan-bahan: Gandum Penuh
Saiz: 900g
Harga: RM9.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. Tepung Serbaguna LOHAS Organic

Sebagaimana nama yang diberi, tepung organik pelbagai guna jenama Lohas Organik sesuai untuk semua jenis makanan ‘baked’ seperti roti, biskut, pizza, biskut, muffin dan banyak lagi. Selain daripada itu, ia turut digunakan sebagai ejen untuk memekatkan lagi kuah dan sos. Akibat daripada penyingkiran dedak dan nutrisi, tepung ini diperkayakan lagi dengan vitamin dan juga mineral.
Bahan-bahan: Gandum Organik
Saiz: 1kg
Harga: RM10.90
*Harga mungkin berubah pada waktu pembelian
9. Tepung Serbaguna Caputo Farina 00 Classica

Tepung ‘pelbagai guna’ ini menghasilkan pelbagai result yang mengagumkan dalam kebanyakan produk makanan yang ‘homemade’. Ia merupakan pilihan yang bijak untuk digunakan dalam pembuatan kek, pastri, biskut dan roti berikutan keberkesanannya dalam menyerap air. Produk ini dihasilkan daripada tepung gandum yang lembut dek diperhalusi dengan sangat teliti. Selain itu, tepung ini tidak memiliki sebarang kandungan enzim atau sebarang bahan tambahan. Jadi, ia berkemungkinan mengandungi soya dan gluten.
Bahan-bahan:Tepung Gandum Lembut Superfine
Saiz: 1kg
Harga: RM10.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.



