Teropong atau ‘binocular’ ialah alat optik yang menggunakan dua teleskop biasan bagi membolehkan pemerhati melihat objek yang berjarak jauh. Tidak seperti teleskop biasa (yang bersifat ekamatra), teropong memberikan penggunanya imej tiga dimensi, di mana pandangan yang berbeza akan bergabung dan menghasilkan suatu imej dengan kesan kedalaman dan lebih jelas.
Teropong merupakan alat yang digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti memerhati burung, mendaki, memburu, memerhati bintang dan banyak lagi. Berikut adalah 8 teropong terbaik di Malaysia.
Bolehkah teropong digunakan sebagai teleskop?
Ia bergantung kepada tujuan penggunaannya. Sebagai contoh, jika anda ingin melihat bintang atau tumbuhan, anda boleh menggunakan teropong. Namun, jika anda ingin melihat planet ataupun bulan, teleskop adalah pilihan yang lebih baik.
Apakah yang perlu anda pertimbangkan semasa membeli teropong?
Teropong bukan sahaja dikeluarkan daripada jenama terkenal malah ia juga hadir dalam pelbagai jenama yang boleh didapati di pasaran terutamanya dalam talian. Jadi, untuk mendapatkan teropong yang berkualiti, anda perlulah pertimbangkan beberapa aspek seperti kadar pembesaran, diameter kanta objektif, kualiti kanta dan ciri kalis air.
8 Teropong Terbaik di Malaysia 2023
1. Decathlon Quechua Mountain Hiking Binoculars

Decathlon Quechua Mountain Hiking Binoculars ini sesuai digunakan oleh kanak-kanak atau mereka yang mempunyai wajah yang kecil. Hal ini kerana, teropong ini didatangkan dengan reka bentuk yang kecil dan padat. Bukan itu sahaja, teropong ini juga dilengkapi dengan kord boleh laras bagi membolehkan anda menggantungkan teropong di leher anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca Gred K9 (Kanta, Prisma)
- Warna: Jingga, Biru
- Berat: 208 g
- Jarak: Minimum 20 m
- Negara Pengeluar: Perancis
- Saiz: 25 mm (Diameter Kanta)
Kelebihan:
✅ Kord boleh laras
✅ Tahan lasak
✅ Serap hentakan
Harga: RM99.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. MCFIT 60×60 10000M HD Binoculars

MCFIT 60×60 10000M HD Binoculars merupakan salah satu jenama teropong yang menjadi pilihan ramai. Ia didatangkan dengan ciri kalis air yang menjadikannya sesuai untuk digunakan ketika hujan. Bukan itu sahaja, teropong ini juga dilengkapi dengan penutup habuk pada bahagian kanta bagi mengelakkan habuk daripada memasuki mata anda. Tambahan pula, ia juga mempunyai pelarasan fokus yang boleh digunakan untuk melaraskan kadar pembesaran kanta teropong.
Spesifikasi:
- Warna: Biru, Hitam
- Berat: 900 g/ 2.0 lb
- Negara Pengeluar: Jerman
- Saiz: 18 cm X 16 cm X 3 cm
Kelebihan:
✅ Kalis Air
✅ Kalis habuk
✅ Mempunyai pelarasan fokus
Harga: RM16.88 – RM64.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Canon 20×50 HD Binoculars

Canon 20×50 HD Binoculars merupakan teropong sudut lebar yang sesuai digunakan untuk memerhati burung, berkhemah dan mendaki. Teropong ini mempunyai sistem ‘central precision focusing’ yang membolehkan anda melihat objek dengan lebih jelas dan tepat. Bukan itu sahaja, kanta teropong ini juga dilengkapi dengan salutan anti-refleksi yang berfungsi untuk menghalang sebarang silau atau pantulan daripada mengganggu penglihatan anda.
Spesifikasi:
- Berat: 0.75 kg
- Sudut pandangan: 5 ° 20
- Negara Pengeluar: Jepun
- Saiz: 180 mm x 88 mm x 62 mm (CBM)
Kelebihan:
✅ Sudut lebar
✅ Sesuai untuk aktiviti luar
✅ Salutan anti-refleksi
Harga: RM85.00-RM88.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. USCAMEL 8×42/10×42 Professional Binoculars

USCAMEL 8×42/10×42 Professional Binoculars ini didatangkan dengan reka bentuk kompak dan ringan sekali gus memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Teropong ini dilengkapi dengan teknologi warna prisma Bak4 yang dapat meningkatkan warna objek untuk hasil imej yang lebih jelas dan cantik. Bukan itu sahaja, teropong ini juga mempunyai ciri kalis air.
Spesifikasi:
- Bahan: Logam, Getah
- Berat: 800 g
- Sudut Pandangan: 100/ 1000 M (8x) | 93/ 1000 (10x)
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 12.4 cm x 5.3 cm x 15.3 cm
Kelebihan:
✅ Reka bentuk kompak
✅ Mudah alih
✅ Teknologi prisma Bak4
Harga: RM189.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Andoer 8X50mm Binoculars

Teropong Andoer 8X50 mm ini didatangkan dengan pelbagai salutan kanta optik yang berfungsi untuk menyampaikan transmisi cahaya dengan baik serta menghasilkan imej yang terang dan jelas. Teropong ini menggunakan sistem 8x pembesaran yang menawarkan pemandangan lebih jauh. Bukan itu sahaja, teropong ini juga mempunyai ¼ lubang skru bagi membolehkan anda memasang ‘tripod’ pada teropong ini.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Warna: Hitam, Kelabu
- Berat: 760 g
- Jarak Pandangan: 274 ft/ 1000 yds (8X), 78 m/ 1000 yds (8X)
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 20 cm x 18 cm x 6.5 cm
Kelebihan:
✅ Pelbagai lapisan optik kanta
✅ Sistem 8 kali pembesaran
✅ ¼ lubang skru
Harga: RM191.19 – RM193.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. NIKULA Pocket Binoculars

Teropong ini diperbuat daripada getah yang menjadikannya ringan dan tahan lasak. Ia sesuai untuk dibawa ketika melancong mahupun mendaki. Teropong ini mempunyai kanta kaca optik premium yang mampu memberikan imej yang jelas dan tepat. Selain itu, ia juga mempunyai reka bentuk ergonomik bagi memastikan cengkaman tangan anda tidak licin.
Spesifikasi:
- Bahan: Getah
- Warna: Perak, Kelabu
- Berat: Kira-kira 220 g
- Jarak Pandangan: 107 m/ 1000 m
- Negara Pengeluar: Taiwan
- Saiz: 8.2 cm x 8.5 cm x 5 cm
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Kanta kaca optik premium
✅ Reka bentuk ergonomik
Harga: RM50.00 – RM58.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Bresser 10×32/10x 42 Binoculars

Bresser 10 × 32/ 10 x 42 Binoculars ini mempunyai kadar pembesaran sebanyak 10x yang dapat memberikan imej yang lebih jelas dan tepat. Teropong ini didatangkan dengan kanta kaca optik yang besar sekali gus dapat memberikan imej yang lebih luas. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan kanta ‘aspheric’ yang berfungsi untuk menerangkan warna imej.
Spesifikasi:
- Bahan: Besi, Getah
- Warna: Hitam
- Berat: 500 g (10 × 32)/ 700 g (10 × 42)
- Jarak Fokus: 5.5 M
- Jarak Pandangan: 96/ 1000 M
- Negara Pengeluar: German
- Saiz: 14.1 cm x 11.1 cm x 5 cm (10 × 32), 14.7 cm x 16 cm x 6 cm (10 × 42)
Kelebihan:
✅ 10x Kadar Pembesaran
✅ Diameter kanta yang besar
✅ Padat dan ringan
Harga: RM129.90 – RM159.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Beileshi 10 X 25 HD All-optical 114 – 1000M Binoculars

Teropong ini didatangkan dengan reka bentuk yang minimalis dan ringan serta sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Selain itu, teropong ini mempunyai sisi pandangan ultra luas yang membolehkan anda melihat pelbagai objek dalam satu masa. Ia juga dilengkapi dengan ciri kalis air. Jadi, secara tidak langsung membolehkannya digunakan ketika hujan.
Spesifikasi:
- Warna: Hitam
- Berat: 0.382 kg
- Sudut Pandangan: 7.8 darjah
- Jarak Pemandangan: 114 m/ 1000 m
- Jarak Fokus: 2.5 m
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 11 cm x 10 cm x 5.5 cm
Kelebihan:
✅ Pemandangan ultra luas
✅ Kalis air
✅ Antigelincir
Harga: RM51.19 – RM66.54
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.