9 Tikar Kereta Terbaik di Malaysia 2025

Tikar kereta adalah salah satu barang dalam kereta yang cenderung diketepikan atau tidak diutamakan. Walau bagaimanapun, ia memainkan peranan yang besar dalam kebersihan kereta. Tikar kereta kadangkala sukar dibersihkan atau tidak sesuai dengan lantai kereta.

Tanpa tikar kereta, kotoran dari makanan, habuk dan kotoran degil boleh menjejaskan lantai kereta anda. Hal ini akan menyebabkan kereta anda kotor dan busuk. Tikar kereta yang baik boleh membantu memastikan kereta anta sentiasa bersih dan kemas. Berikut ialah 9 tikar kereta terbaik di Malaysia.

Mengapakah Penggunaan Tikar Kereta Itu Penting?

Penggunaan tikar kereta itu penting kerana ia dapat memelihara kebersihan kereta anda. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kualiti tekstur bahagian dalam kereta anda. Kereta yang bersih dapat mencerminkan gaya hidup anda.

Adakah Tikar Kereta Mahal?

Sebenarnya, harga tikar kereta bergantung kepada bahan dan kualitinya. Jika bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan tahan lama, maka tikar kereta itu mungkin sedikit mahal. Apa yang penting, anda harus mencari tikar kereta mengikut bajet dan keperluan anda.

1. Dodo Car Mat

Dodo Car Mat
Kredit Gambar: Shopee

Dodo Car MatT ialah tikar kereta yang mudah dibersihkan. Ia mempunyai dua lapisan pada reka bentuknya yang memudahkan anda menanggalkan kotoran dengan hanya mengibaskan tikar tersebut. Tekstur sarang lebah pada tikar tersebut dapat memerangkap kotoran agar tikar tidak nampak kotor. Selain itu, tikar ini juga kalis air dan kalis bau.

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: Mengikut saiz ditempah

Kebaikan dan Keburukan:

✅ Kalis air
✅ Antigelincir
✅ Tidak berbau
❌ Pilihan warna terhad

Harga: RM 198.00 – RM 692.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Trapo Hex II Car Mat

Trapo Hex II Car Mat
Kredit Gambar: Shopee

Trapo Hex II Car Mat ialah tikar kereta yang anggun dan akan menaikkan rupa lantai kereta anda. Tikar kereta ini tahan lasak dan tidak mudah retak apabila ia diletakkan di bahagian dalam kereta. Ia juga kalis air dan menghalang kotoran daripada menembusi lantai kereta, memastikan lantai kereta bebas daripada noda. Ia juga mudah dibersihkan dengan hanya percikan air.

Spesifikasi:

  • Material: Rubber, EVA Foam
  • Country Of Origin: Malaysia
  • Size Available: Custom Size

Kebaikan dan Keburukan:

✅ Antibakteria
✅ Antigelincir
✅ Mudah dibersihkan
❌ Pilihan warna terhad

Harga: RM 459.90 – RM 655.83

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. MR DIY Picauto Deep Tray Rubber Car Mat

MR DIY Picauto Deep Tray Rubber Car Mat
Kredit Gambar: Shopee

MR DIY Picauto Deep Tray Rubber Car Mat ialah tikar kereta yang kuat dan tahan lama. Tikar kereta ini boleh menahan keadaan cuaca dan iklim yang teruk kerana ketahanannya. Tikar kereta ini mempunyai kawasan tengah yang dalam dan sempadan yang boleh diangkat agar boleh memerangkap air, kotoran dan lumpur dengan mudah. Bahagian ini dicipta adalah untuk melindungi lantai kereta daripada terkena kotoran. Anda juga boleh memangkas tikar dengan mudah jika anda mahu ia muat dengan sempurna di dalam kereta anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah lembut
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: Satu Saiz

Kebaikan dan Keburukan:

✅ Tahan lasak
✅ Boleh dipangkas
✅ Tahan kotoran
❌ Didatangkan dalam satu warna dan saiz standard

Harga: RM 38.75

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. MR DIY Premium PVC Coil Car Mat

MR DIY Premium PVC Coil Car Mat
Kredit Gambar: Shopee

MR DIY Premium PVC Coil Car Mat ialah tikar kereta yang ringkas dan selesa. Ia bagus untuk pemilik kereta yang mencari reka bentuk tikar kereta yang minimum. Tikar kereta ini mempunyai rasa selesa dan empuk pada kaki, jadi ia boleh membuatkan penumpang anda berasa selesa. Tikar ini adalah dalam saiz universal tetapi ia boleh dipangkas dengan mudah agar sesuai dengan lantai kereta khusus anda. Selain itu, ia datang dalam pek 5 tikar yang berbaloi dengan wang anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: Satu Saiz

Kebaikan dan Keburukan:

✅ Pelapik antigelincir
✅ Didatangkan dalam 5 pek
✅ Rasa mewah
❌ Didatangkan dalam satu warna dan saiz standard

Harga: RM 75.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. JLStar Universal Large Car Rubber Carpet Floor Mat

JLStar Universal Large Car Rubber Carpet Floor Mat
Kredit Gambar: Shopee

J-Star Universal Large Car Rubber Carpet Floor Mat adalah tikar kereta minimalis yang berfungsi dengan cekap. Ia bersaiz besar. Jadi, tikar ini boleh menutupi lantai kereta anda secara meluas dan melindunginya daripada kotoran. Tikar kereta ini kalis air dan tahan lama untuk menghadapi perubahan cuaca.

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: Satu Saiz

Kebaikan dan Keburukan:

✅ Tahan lasak
✅ Meliputi kawasan yang luas
✅ Kalis air
❌ Didatangkan dalam satu warna dan saiz standard

Harga: RM 8.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Trapo Classic Mark III Car Mat

Trapo Classic Mark III Car Mat
Kredit Gambar: Shopee

Trapo’s Classic Mark III Car Mat adalah pilihan tikar kereta yang hebat, tahan lama dan antibakteria. Tikar kereta ini secara khususnya dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang aktif. Selain itu, ia juga mengandungi agen pembunuh bakteria yang membantu menyingkirkan bakteria dari lantai kereta anda. Ciri ini menjadikan tikar kereta anda selamat untuk penumpang anda yang sensitif terhadap alahan. Bahan binaan tikar ini kalis air dan mudah dibersihkan. Tikar kereta ini juga antigelincir. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah, Velcro, EVA Foam
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: Mengikut saiz ditempah

Kebaikan dan Keburukan:

✅ Material yang tahan lama
❌ Pemilihan warna terhad

Harga: RM 299.90 – RM 715.73

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Enzo Car Mat

Enzo Car Mat
Kredit Gambar: Shopee

Enzo Car Mat ialah tikar kereta tugas berat yang dibuat dengan bahan binaan yang kukuh. Ia mempunyai teknologi antibakteria khas yang dihasilkan dari Jepun. Teknologi ini dapat menghentikan pertumbuhan bakteria, sekali gus menjadikan kereta anda selamat untuk dinaiki. Tikar kereta ini juga tidak mudah terbakar, kalis air, bebas bau dan mesra alam. Ciri-ciri inilah yang menjadikannya serba guna. Selain itu, ia mudah diselenggara dan cepat kering apabila dibersihkan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: Mengikut saiz ditempah

Kebaikan dan Keburukan:

✅ Anti-Mudah
✅ Tidak Toksik
✅ Ketahanan berat badan
❌ Pemilihan warna terhad

Harga: RM 369.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. 3D KAGU Car Mat

D KAGU Car Mat
Kredit Gambar: Shopee

3D’s KAGU Car Mat dibuat dengan Imbasan Digital 3D yang menjadikannya seusai dan sempurna untuk setiap jenis kereta. Ini adalah pilihan untuk anda jika anda sukar untuk menutup semua bahagian lantai kereta anda. Tikar kereta ini elegan, selain dihasilkan dengan 3 struktur lapisan bagi perlindungan berganda. Tikar kereta ini selesa dan dapat melegakan kaki yang letih. Ia juga mempunyai reka bentuk antigelincir supaya tidak menggelongsor ketika anda menggunakannya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah Termo-Plastik, Gentian Karbon, Busa Lembut
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: Mengikut saiz ditempah

Kebaikan dan Keburukan:

✅ Struktur tiga lapisan
✅ Antigelincir|
✅ Ringan
❌ Didatangkan dalam satu warna standar

Harga: RM 650.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Ottoman Car Mat

Ottoman Car Mat
Kredit Gambar: Shopee

Ottoman Car Mat ialah tikar kereta yang bagus untuk anda kerana ia tidak licin dan tahan lama. Tikar kereta ini diperbuat daripada kulit PU gred tinggi yang menjadikannya kuat untuk menahan semua cuaca. Ia mempunyai permukaan dan tapak yang tidak licin. Jadi, kaki anda tidak akan tergelincir semasa menggunakannya. Tikar kereta ini juga mudah untuk dibersihkan dan tidak berbau.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit PU gred tinggi
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: Satu Saiz

Kebaikan dan Keburukan:

✅ Tidak berbau
✅ Anti gelincir
✅ Mudah dibersihkan
❌ Pemilihan warna terhad

Harga: RM 400.00 – RM 1,278.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Berikut adalah beberapa kelebihan membeli tikar kereta yang baik:

  1. Keselamatan

Salah satu faktor yang paling penting untuk diambil kira apabila ia berkaitan dengan kereta anda ialah keselamatan. Memandangkan anda ingin memastikan diri anda dan penumpang anda selamat, tikar kereta perlulah berkualiti baik dan tidak licin. Ini kerana kaki anda tidak akan tergelincir sewaktu menggunakannya, terutama apabila anda sedang memandu.

  1. Menjimatkan Wang untuk Pembersihan

Jika anda membeli tikar kereta yang berkualiti, anda tidak perlu kerap mengunjungi bengkel kereta untuk membersihkan kereta anda. Tikar kereta anda akan menjaga kebersihan kereta anda, jadi ia dapat menjimatkan wang ketika servis kereta anda.

  1. Keselesaan

Tidak kiralah sama ada anda pemandu atau penumpang di dalam kereta anda, tikar kereta yang selesa adalah penting. Ini kerana tikar kereta yang berkualiti dapat menjamin masa pemanduan yang selesa dan selamat. 

Disclosure: This list was compiled by the team at My Weekend Plan after extensive research and shared opinions to suggest helpful recommendations for the public. The sequence of brands is in no particular order so if you have any other great suggestions too, please email us support@myweekendplan.asia. For more information, kindly refer to our copyright, privacy & disclosure policy.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close