Memandangkan penjarakan fizikal masih dilaksanakan di Malaysia, meluangkan masa di luar rumah bersama keluarga atau rakan-rakan adalah salah satu cara terbaik untuk menikmati cuaca panas sambil kekal selamat. Berkelah atau piknik merupakan salah satu aktiviti luar terbaik yang boleh anda lakukan bersama orang tersayang. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menenangkan fikiran malah, ia juga boleh menjamin keutuhan ikatan silaturahim antara ahli keluarga.
Walaupun piknik merupakan aktiviti luar yang santai, namun anda masih perlu membuat persediaan bagi memenuhi keperluan anda sewaktu melakukan aktiviti tersebut. Tikar piknik merupakan item yang sangat penting sewaktu berkelah. Ia bukan sahaja selesa untuk diduduki malah, ia juga dapat melindungi anda daripada sebarang kekotoran. Berikut adalah 8 tikar piknik terbaik di Malaysia.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih tikar piknik:
Walaupun kebanyakan tikar piknik mempunyai ciri dan fungsi yang hampir sama namun, ia masih mempunyai beberapa kelainan seperti kapasiti, saiz dan banyak lagi. Oleh itu, untuk mendapatkan tikar piknik yang memenuhi keperluan anda, anda perlulah mempertimbangkan aspek seperti saiz, warna, kalis air dan mudah alih.
- Saiz:
Jika anda mempunyai jumlah ahli keluarga yang agak ramai, anda perlulah memilih tikar piknik bersaiz XL atau XXL bagi membolehkan semua ahli duduk bersama dalam satu masa.
- Warna:
Tikar piknik biasanya didatangkan dalam pelbagai warna dan corak bergantung pada jenama. Hal ini bagi membolehkan anda membuat pilihan berdasarkan cita rasa anda.
- Kalis air:
Selain itu, tikar piknik yang baik juga mempunyai ciri kalis air dan daya serapan yang tinggi bagi memudahkan proses pembersihan. Hal ini juga dapat mempercepatkan proses pengeringan tikar selepas dibasuh.
- Mudah alih:
Anda disarankan untuk memilih tikar piknik dengan reka bentuk mudah alih dan ringan bagi memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.
8 Tikar Piknik Terbaik di Malaysia 2023
1. Outdoor Picnic Mat

Tikar piknik ini sangat ringan dan boleh dilipat dengan mudah. Ia dilengkapi dengan reka bentuk pemegang bagi membolehkan anda membawanya dengan mudah. Tikar ini diperbuat daripada fabrik Oxford berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan kalis air. Selain itu, ia juga didatangkan dalam pelbagai pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan:Fabrik Oxford Kalis Air 600D, PVC
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 145 cm x 80 cm (kecil), 145 cm x 165 cm (sederhana), 145 cm x 200 cm (besar)
- Warna: Kuning, Merah, Biru Tua , Kopi
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Mudah untuk dilipat
✅ Mempunyai pemegang
✅ Kalis air
✅ Binaan berkualiti tinggi, tahan lama
Harga: RM 10.90 (Kecil) | RM 18.90 (Sederhana) | RM 20.90 (Besar)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Portable Waterproof Foldable Picnic Mat

Tikar piknik ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, kalis air dan tahan lasak. Tikar ini agak berbeza kerana ia dilengkapi dengan span yang sangat lembut bagi memberikan keselesaan yang maksimum kepada anda. Ia juga mudah untuk dibersihkan, di mana anda hanya perlu mengibas tikar untuk menghilangkan kotoran. Selain itu, ia juga mudah untuk disimpan serta mempunyai reka bentuk yang bergaya.
Spesifikasi:
- Bahan: Orlon, Span, PEVA
- Saiz: 150 cm x 200 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Kalis air
✅ Ringan
✅ Tahan lasak
✅ Reka bentuk unik
✅ Mempunyai pemegang
Harga: RM52.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. TENXION Outdoor Picnic Camping Mat

Tikar piknik ini juga diperbuat daripada fabrik Oxford berkualiti tinggi bagi membolehkannya tahan lama dan kalis air. Tikar ini sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti luar seperti perkhemahan, berkelah atau mendaki. Selain itu, ia juga didatangkan dengan ciri tahan haba bagi mengekalkan kualiti tikar. Bukan itu sahaja, tikar ini juga boleh dilipat menjadi bentuk beg sekali gus memudahkan anda untuk membawanya.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik Oxford Kalis Air 600D
- Saiz: 150 cm x 200 cm
- Berat: 1 kg
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Kopi, Biru Tua, Hijau, Kuning
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Kalis air
✅ Tahan haba
✅ ‘Anti-fraying’
Harga: RM19.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Waterproof Large Outdoor Picnic Oxford Mat

Jika anda sedang mencari tikar piknik dengan ciri kalis air dan tahan lasak, maka tikar ini pilihan terbaik untuk anda. Hal ini kerana, ia diperbuat daripada fabrik Oxford berkualiti tinggi. Tikar ini sesuai digunakan sewaktu aktiviti berkhemah bersama keluarga ekoran ia boleh memuatkan seramai 4 hingga 6 orang dalam satu masa. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai reka bentuk boleh dilipat serta mudah untuk dibawa.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik Oxford
- Saiz: 180 cm x 150 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Biru, Merah
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Kalis air
✅ Kalis lembapan
✅ Tahan haba
✅ Anti kulat
✅ Mempunyai pemegang
Harga: RM15.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Portable Picnic Mat

Tidak seperti kebanyakan tikar piknik yang lazimnya diperbuat daripada fabrik Oxford, Portable Picnic Mat ini agak unik kerana diperbuat daripada kapas dan poliester. Ia memberikan anda tekstur tikar yang lembut, selesa dan hangat apabila anda duduk di atasnya. Ia juga didatangkan dalam pelbagai saiz yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester, Kapas
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 90 cm x 90 cm (S), 90 cm x 150 cm (M), 130 cm x 130 cm (L), 130 cm x 180 cm (XL), 180 cm x 180 cm (XXL)
Kelebihan:
✅ Reka bentuk unik
✅ ‘Piling resistant’
✅ Selesa dan hangat
Harga: RM19.90 – RM59.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. EcoSport XPE Camping Mat

Tikar ini didatangkan dengan ciri kalis air, kalis habuk dan kalis lembapan sekali gus membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada XPE dan ‘Silver foil’ bagi membolehkannya dibersihkan dengan mudah. Selain itu, ia juga mempunyai reka bentuk yang ringan dan boleh dibawa ke mana sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: XPE , Silver foil
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 200 cm x 150 cm (kecil), 200 cm x 180 cm (besar)
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Boleh dibersihkan dengan mudah
✅ Kalis air
✅ Kalis lembapan
✅ Kalis habuk
Harga: RM19.08
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Straw Picnic Mat

Tikar ini sangat ringan serta menawarkan suasana perkelahan tradisional yang selesa ekoran ia diperbuat daripada jerami. Ia juga boleh digulung bagi memudahkan anda untuk membawanya bersama anda. Selain itu, ia juga dipasarkan dalam 2 saiz berbeza iaitu saiz kecil dan besar untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Jerami
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 91 cm x 177 cm (kecil), 147 cm x 177 cm (besar)
Kelebihan:
✅ Reka bentuk unik
✅ Mudah untuk disimpan
✅ Ringan
Harga: RM11.60 (Shopee) | RM6.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. INS Style Plaid Picnic Mat

Tikar piknik ini didatangkan dengan reka bentuk yang unik, minimalis dan sangat ‘instagrammable’. Ia diperbuat daripada fabrik Oxford berkualiti tinggi yang kalis air dan selesa untuk duduki. Selain itu, ia juga boleh dilipat dengan mudah sekali gus menjadikannya salah satu tikar piknik yang praktikal.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik Oxford
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 100 cm x 150 cm (S), 140 cm x 150 cm (M), 150 cm x 200 cm (L) 200 cm x 200 cm (XL)
- Warna: Putih, Hitam, Big Choco, Biru, Coklat, Merah, Kuning, Biru Muda, Merah Jambu, Biru Tua
Kelebihan:
✅ Bahan berkualiti tinggi, tahan lasak
✅ Kalis air
✅ Didatangkan dalam pelbagai reka bentuk
✅ Mempunyai pemegang
✅ Mudah untuk dilipat
Harga: RM37.83 – RM59
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.