8 Tong Sampah Dapur Terbaik di Malaysia 2023

Apabila bercakap mengenai dapur, perkara pertama yang akan diberi perhatian ialah kelengkapan dapur seperti peti sejuk, dapur gas, ketuhar gelombang mikro dan ketuhar. Tetapi terdapat satu keperluan dapur yang sering diabaikan iaitu tong sampah dapur. Tong sampah memainkan peranan yang penting bagi memastikan keadaan dapur sentiasa bersih dan kemas. 

Tong sampah yang berkualiti mampu menampung sisa pembuangan anda dengan selamat dan mudah digunakan. Terdapat pelbagai jenis tong sampah yang terdapat di pasaran hari ini. Jadi, di sini kami telah menyenaraikan 8 tong sampah dapur terbaik di Malaysia pada tahun 2023 yang anda boleh dapatkan hari ini untuk dapur anda! 

Apakah saiz tong sampah dapur yang patut anda gunakan?

Jika anda memiliki isi rumah yang kecil lazimnya anda hanya memerlukan tong sampah dapur yang mempunyai kapasiti penyimpanan antara 20 liter hingga 100 liter, manakala jika isi rumah lebih daripada 4 ahli, anda memerlukan tong sampah yang besar iaitu ia mampu menyimpan sisa buangan melebihi 100 liter.  

8 Tong Sampah Dapur Terbaik di Malaysia 2023

1. 20L SHINWA Dustbin Pedal Type Garbage

L SHINWA Dustbin Pedal Type Garbage
Kredit Gambar: Shopee

Tong sampah ini sangat ideal untuk anda jika anda sedang mencari tong sampah yang bersaiz kecil. Tong sampah ini didatangkan dengan kapasiti penyimpanan sehingga 20 liter serta dilengkapi dengan pad anti-gelincir di bahagian pedal pemijak bagi memudahkan anda untuk memijak pedal tanpa menggerakkan tong sampah. Selain itu, ia dipasarkan dengan 2 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik 
  • Saiz: 38 x 44.5 cm 
  • Kapasiti Penyimpanan: 20L 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Kelabu Hangat, Hijau Zaitun 

Kelebihan:

Pedal pemijak tidak licin
Saiz kecil dan padat
Berkualiti tinggi

Harga: RM37.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. BOSSKU Wall Mounted Trash Can 

BOSSKU Wall Mounted Trash Can
Kredit Gambar: Diamond E Commerce

Tong sampah ini boleh dipasang pada dinding ruangan dapur anda serta didatangkan dengan kapasiti penyimpanan sebanyak 9 liter. Reka bentuknya yang ringkas melengkapkan ruang dengan konsep minimalis yang membuatkan ruang dapur anda kelihatan elegan dan kemas. Versi tanpa penutup juga ada dijual di pasaran.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik 
  • Saiz: 28 cm 
  • Kapasiti Penyimpanan: 9 liter
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Coklat, Kelabu, Putih 
  • Variasi: Dengan penutup, Tanpa penutup 

Kelebihan:

Menjimatkan ruang
Boleh dipasang pada dinding
Bebas bau

Harga: RM23.90 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Kitchen Dustbin

Kitchen Dustbin
Kredit Gambar: Shopee

Tong sampah ini adalah pilihan terbaik jika anda sedang mencari tong sampah dapur serba guna pada harga yang berpatutan. Reka bentuknya yang ringkas dan diperbuat daripada keluli tahan karat serta didatangkan dengan saiz standard membolehkannya diletakkan di pelbagai ruangan di dapur anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat 
  • Saiz: 31 x 26 x 68.5 cm 
  • Kapasiti Penyimpanan: 30L 
  • Berat: 4.85 kg 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 

Kelebihan:

Large storage capacity
Anti-fingerprint
Easy to clean
High quality, durable build
Pedal design

Harga: RM160.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Hand Press Foot Pedal Dustbin

Hand Press Foot Pedal Dustbin
Kredit Gambar: Shopee

Tong sampah ini boleh dibuka dengan 2 cara yang berbeza iaitu pertama, dengan menekan butang di bahagian penutup tong sampah dengan menggunakan tangan anda, dan cara kedua iaitu dengan memijak pedal pemijak yang berada di bahagian bawah tong sampah. Selain itu, untuk memenuhi keperluan anda, ia didatangkan dalam pelbagai saiz untuk anda pilih!

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Kapasiti Penyimpanan: 8L, 15L, 20L 
  • Warna: Kelabu, Beige, Merah Jambu, Biru, Coklat 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Kapasiti penyimpanan yang besar
Boleh dibuka dengan 2 kaedah.
Mudah untuk kegunaan harian
Didatangkan dalam pelbagai saiz

Harga: RM15.58

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Large Capacity Dustbin

Large Capacity Dustbin
Kredit Gambar: Shopee

Large Capacity Dustbin ini diperbuat daripada bahan plastik PP berkualiti tinggi, menjadikannya tong sampah tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Tong sampah ini dipasarkan dalam 2 saiz berbeza iaitu 10 liter dan 14 liter.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik PP 
  • Saiz: 35 x 19.5 x 24 cm (10L), 39 x 21.5 x 27 sm (14L) 
  • Negara pengeluar: Malaysia 
  • Kapasiti Penyimpanan: 10L, 14L 
  • Warna: Khaki, Putih, Kelabu 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Mudah digunakan
Didatangkan dalam pelbagai saiz

Harga: RM19.76 (10L) | RM26.49 (14L) 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Black Yellow Plastic Dustbin with Pedal

Black Yellow Plastic Dustbin with Pedal
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari tong sampah yang berkapasiti besar, Black Yellow Plastic Dustbin with Pedal adalah terbaik untuk anda. Selain itu, tong sampah ini terdapat dalam 2 saiz dengan kapasiti yang berbeza iaitu 30 liter dan 50 liter yang boleh anda pilih! Ia dilengkapi dengan pedal pemijak kaki yang membolehkan anda membuka penutup tong sampah dengan mudah.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik PP 
  • Saiz: 42.8 x 40.2 x 43.6 cm (30L), 43 x 40.2 x 60 cm (50L) 
  • Negara pengeluar: Malaysia 
  • Kapasiti Penyimpanan: 30L, 50L 

Kelebihan:

Kapasiti penyimpanan yang besar
Mempunyai pedal pemijak kaki
Mudah untuk digunakan
Didatangkan dalam pelbagai saiz

Harga: RM65 (30L) | RM75 (50L)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Sorting Trash Can

Sorting Trash Can
Kredit Gambar: Lazada

Tong sampah berkapasiti besar ini didatangkan dengan ciri pengasingan yang membolehkan anda untuk mengasingkan sampah anda dengan lebih baik! Ia didatangkan dengan 2 bahagian pengasingan yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis sampah, seperti sisa makanan, kertas, plastik dan banyak lagi! Selain itu, tong sampah ini juga dilengkapi dengan 4 roda yang membolehkan anda mengalihkan tong sampah dengan mudah.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik PP
  • Saiz: 36 x 40 x 79 cm
  • Kapasiti Penyimpanan: 45L
  • Berat: 4 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Kapasiti penyimpanan yang besar
Mudah dibersihkan
Berkualiti tinggi

Harga: RM99.89

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Pedal Dustbin

Pedal Dustbin
Kredit Gambar: Lazada

Tong sampah berbentuk bulat ini sering menjadi pilihan ramai dan hampir di setiap rumah memiliki tong sampah seperti ini. Tong sampah ini didatangkan dalam reka bentuk bulat dan dilengkapi dengan pedal pemijak yang membolehkan anda membuka penutup tong sampah dengan mudah. Tong sampah ini juga mempunyai kapasiti penyimpanan yang besar selain dijual pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik PP
  • Saiz: 33 x 33 x 31.5 cm (11L), 39.5 x 39.5 x 42 cm (22L) 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 

Kelebihan:

Kapasiti penyimpanan yang besar
Mudah dibersihkan

Harga: RM15.40 (11L) | RM29.20 (22L)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close