Tuala sukan merupakan item penting yang perlu dibawa ketika bersenam di gim mahupun di rumah anda sendiri. Hal ini kerana tuala sukan dapat mengehadkan penyebaran kuman dan toksin. Jika anda berada di gim, tuala ini juga boleh digunakan untuk mengelap peluh anda yang terkena pada peralatan gim. Dengan ini, orang selepas anda dapat menggunakan peralatan tersebut dengan selesa.
Tuala sukan didatangkan dalam pelbagai saiz dan warna yang boleh dipilih berdasarkan pilihan dan keperluan peribadi anda. Tuala sukan yang berkualiti haruslah mempunyai daya serapan yang tinggi dan tidak mudah koyak supaya anda boleh menggunakannya untuk jangka masa yang lama. Berikut adalah 9 tuala sukan terbaik di Malaysia.
Berapa banyak tuala yang anda perlukan ketika bersenam di gimnasium?
Jika anda pergi ke gim untuk bersenam, anda disarankan untuk membawa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tuala sukan. Hal ini kerana, 1 tuala mungkin tidak mencukupi untuk mengelap peluh pada badan anda dan peralatan gim yang telah anda gunakan. Ia juga bagi mengelakkan anda daripada terdedah dengan kuman.
Berapa kerap anda perlu menukar tuala sukan anda?
Anda haruslah menukar tuala sukan anda setiap hari selepas setiap penggunaan ekoran ia telah terdedah kepada kotoran dan kuman. Hal ini kerana, tuala yang lembap akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan kuman dengan pantas. Bukan itu sahaja, jumlahnya juga akan bertambah jika semakin lama ia digunakan tanpa dicuci. Anda boleh menggunakan mesin basuh untuk mencuci tuala sukan anda.
9 Tuala Sukan Terbaik di Malaysia 2023
1. MILANDO Cool Sport Fitness Towel (Type 2)

MILANDO Cool Sport Fitness Towel (Type 2) ini mempunyai daya serapan yang tinggi sekali gus mempercepatkan proses pengeringan. Ia juga dilengkapi dengan sistem fabrik penyejuk yang berfungsi untuk menyerap peluh dengan baik serta meninggalkan kesan sejuk pada badan dan muka anda. Tuala ini dipasarkan dengan 5 pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Gentian poliester
- Warna: Biru, Hijau, Kelabu, Jingga, Merah Jambu
- Berat: 0.04 kg
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 30 sm x 80 sm
Kelebihan:
✅ Mempunyai pelbagai warna
✅ Sistem fabrik penyejuk
✅ Cepat kering
Harga: RM1.70 – RM1.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. XSEN’s Prosoft Towel

XSEN’s Prosoft Towel ini mempunyai ciri penyerapan cekap dan pantas yang menjadikannya sesuai digunakan untuk mengeringkan rambut dan mengelap peluh. Tuala sukan ini didatangkan dengan jahitan berkualiti tinggi sekali gus membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Selain itu, ia juga diperbuat daripada mirofibre yang memberikan keselesaan serta membenarkan pengudaraan berlaku dengan baik.
Spesifikasi:
- Bahan: Premium Bamboo Microfiber
- Warna: Peach, Merah jambu cair, Merah jambu, Lavender, Ungu, Biru, Biru cair, Maroon, Kuning, Kelabu, Coklat, Coklat cair, Hijau, Ungu cair, Biru pekat
- Negara Pengeluar: Belanda
- Saiz: 33 cm x 76 cm
Kelebihan:
✅ Penyerapan pantas
✅ Jahitan berkualiti
✅ Mesra alam
Harga: RM6.45 – RM18.59
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Yonex 100% Cotton Towel for Sport

Bagi anda yang gemar menggunakan barangan yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan tidak menggunakan bahan kimia dalam proses pembuatannya, Yonex 100% Cotton Towel for Sport ini sesuai untuk anda. Tuala ini diperbuat daripada kapas semula jadi yang menjadikannya gebu dan lembut serta dapat mengelakkan sebarang kerengsaan kulit. Ia juga dilengkapi dengan daya serapan air yang tinggi.
Spesifikasi:
- Bahan: Kapas
- Negara Pengeluar: Jepun
- Saiz: 72 cm x 36 cm
Kelebihan:
✅ Mudah dan praktikal
✅ Lebih tebal
✅ Selesa
Harga: RM9.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. ULTIFRESH Bath & Sport Towel 70

ULTIFRESH Bath & Sport Towel 70 mempunyai reka bentuk yang padat dan ringan sekali gus memudahkannya untuk dibawa ke gim atau ke kelas yoga. Tuala sukan ini didatangkan dalam pelbagai warna gelap yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan ciri antibakteria dan daya serapan yang tinggi.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon Chinlon & Poliester
- Warna: Pearl White, Navy, Maroon, Kelabu cair, Admiral Blue, Kelly Green
- Berat : 40 g
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 65 cm X 35 cm
Kelebihan:
✅ Antibakteria
✅ Cepat kering
✅ Reka bentuk padat
Harga: RM10.50 – RM20.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Naturehike Ultralight Towel

Naturehike Ultralight Towel ini diperbuat daripada poliamida dan gentian poliester yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Ia juga dapat menyerap air dengan pantas dan boleh digunakan di dalam mesin pengering. Bukan itu sahaja, tuala ini juga didatangkan dalam pelbagai saiz serta 2 warna berbeza untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliamida 12%, Gentian Poliester 88%
- Warna: Hijau, Zaitun
- Berat: 30 g (Kecil) / 100 g (Besar)
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 40 cm x 80 cm (Kecil) / 128 cm x 80 cm ( Besar)
Kelebihan:
✅ Pengedaran udara yang baik
✅ Sistem serapan lembapan yang pantas
✅ Tahan Lama
Harga: RM19.00 – RM39.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Horgen Resort Series Sport Towel

Horgen Resort Series Sport Towel ini boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna yang lembut serta selesa untuk digunakan. Tuala sukan ini diperbuat daripada 100% kapas yang mesra kulit dan tidak akan menyebabkan sebarang kerengsaan atau kemerahan pada muka dan badan anda. Ia juga boleh dicuci dengan menggunakan mesin basuh.
Spesifikasi:
- Bahan: Kapas
- Warna: Biru, Platinum, Rose, Perak, Putih, Navy, Krim, Pudina
- Berat: 0.4 kg
- Negara Pengeluar: Switzerland
- Saiz: 51 cm x 104 cm
Kelebihan:
✅ Mudah untuk dibersihkan
✅ Mesra kulit
✅ Pelbagai warna
Harga: RM19.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Kunli Sports Towel KL-7004

Kunli Sports Towel KL-7004 didatangkan dalam pelbagai pilihan warna dan corak yang boleh anda pilih berdasarkan gaya dan cita rasa anda. Tuala sukan ini menawarkan fabrik dengan sistem pengudaraan yang baik dan mengambil masa hanya 1 jam untuk kering. Selain itu, ia juga mempunyai tekstur yang lebih licin berbanding tuala sukan biasa yang lain kerana ia diperbuat daripada poliester.
Spesifikasi:
- Bahan: 80% Poliester 20% Nilon
- Warna: Hitam, Biru, Merah Jambu, Ungu, Kuning
- Negara Pengeluar: India
- Saiz: 30 cm x 110 cm
Kelebihan:
✅ Pelbagai pilihan warna dan corak
✅ Cepat kering
✅ Mesra kulit
Harga: RM25.38
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Felet Sport Towel

Felet Sport Towel ini direka khusus untuk dibawa ketika bersenam di gim ekoran reka bentuknya yang ringan. Ia juga dilengkapi dengan sistem ‘dry-fit’ yang berfungsi untuk mempercepatkan proses pengeringan selepas dibasuh. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada kapas berkualiti tinggi dan dijual pada harga yang mampu milik.
Spesifikasi:
- Bahan: Kapas Premium
- Warna: Biru
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 98 cm x 51 cm
Kelebihan:
✅ Mudah untuk dicuci
✅ Bahan tebal dan berkualiti
✅ Lembut
Harga: RM24.99 – RM25.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. CAMEL Sports Fitness Big Ice Towel

CAMEL Sports Fitness Big Ice Towel ini didatangkan dengan beg berzip yang boleh anda gunakan untuk menyimpan tuala sukan anda selepas digunakan. Tuala sukan ini juga mempunyai reka bentuk berjaring yang unik serta membolehkannya untuk menyerap air dengan lebih mudah dan cepat.
Spesifikasi:
- Warna: Biru Langit, Ungu
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 80 cm x 120 cm
Kelebihan:
✅ Didatangkan dengan beg penyimpanan
✅ Cepat kering
✅ Penyerapan pantas
Harga: RM29.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.