Wanita Terkejut Temui Lipan Gergasi Di Bawah Bantal

Jumaat lepas, viral video seorang wanita terkejut apabila menyedari seekor lipan gergasi berada di bawah bantal tidurnya ketika dia bangun hendak menyusukan anaknya. Kejadian ini dipercayai berlaku di Kluang, Johor pada sekitar jam 5.30 pagi. Video yang dikongsi di Tiktok ini telah ditonton lebih 1.5 juta penonton. Berikut adalah video yang dikongsikan oleh Utusantvofficial:

Dikatakan wanita terbabit, Nursyahieda Zainal Asri, terjaga daripada lena apabila bayinya, Nashreen Nelissa Hirul Faizi, yang berusia 11 bulan, menangis kelaparan. Menurut Nursyahieda, dia berasa sesuatu merayap di bahagian belakang dan juga kepalanya sewaktu bangun daripada tidur. Serentak itu, dia berhenti menyusukan anaknya seketika dan menilik keadaan sekeliling namun tidak menemui apa-apa.

Hatinya terdetik untuk memeriksa di bawah bantal tidurnya dan ternyata ada seekor lipan bara gergasi yang sedang berlingkar di situ. Lantas, Nursyieda mengejutkan suaminya daripada tidur dan memaklumkan hal yang berlaku.

Lipan
Kredit Gambar: wartarakyat.com.my

Setelah maklum akan hal yang berlaku, suami Nursyieda terus mengambil pengepit untuk memegang lipan bara tersebut. Walaupun sudah dicadangkan untuk menggunakan gunting, suami Nursyieda tetap menggunakan penyepit untuk menyingkirkan lipan tersebut.

Pada mulanya, suami Nursyieda terlepas menyepit lipan bara itu sehinggakan mencetuskan rasa panik dan cemas. Tetapi kemudiannya, lipan bara itu berjaya ditangkap dan dibunuh. Menurut Nursyieda, dia sudah memeriksa rumah dan mencari dari mana datangnya lipan bara tersebut namun tidak dijumpai puncanya.

Nursyieda berkata dia tidak dapat meneruskan tidur dan akhirnya terpaksa duduk di sofa di ruang tamu kerana trauma dengan kejadian yang baru sahaja berlaku. Lipan bara atau nama saintifiknya Chilipoda merupakan sejenis serangga yang ditakuti kerana bisanya boleh memudaratkan manusia.

siakap-keli-thumbnail---T.-x-
Kredit Gambar: siakapkeli.my

Lipan atau kelabang adalah antara haiwan daripada keluarga arthropod yang berbahaya, serupa seperti kabah-labah dan kala jengking. Gigitannya dipercayai boleh membawa banyak kesan buruk kepada kesihatan manusia. Walaupun ia bukanlah haiwan yang agresif dan gemar menyerang mangsa, lipan ini pasti tidak teragak-agak untuk menggigit dan merembas racunnya jika berasa terancam.

Kebiasaannya, haiwan yang berkaki banyak ini boleh membesar daripada 3 hingga ke 20 cm. Lipan ini tinggal di tempat yang gelap dan lembap seperti dapur, tandas, stor, saluran air atau halaman rumah anda.

Video viral tersebut tersebut telah menarik perhatian ramai warganet untuk berkongsi pengalaman sama yang berlaku menimpa mereka. Rata-rata bersetuju pengalaman bertemu dengan lipan bara ini sungguh mencemaskan. 

Lipann
Kredit Gambar: tiktok.com/@utusantvofficial

Menurut komen Mamananna Mamananna, dia pernah digigit lipan di kaki sewaktu mengandung anak kedua. Dan dia terpaksa dibedah. Komen daripada Aku Azrul – travel and more pula berkata dia pernah digigit lipan tetapi lipan yang kecil sehinggakan terpaksa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Komen daripada Najmy pula berkata yang dia juga pernah digigit lipan pada bahagian paha sehingga besar sebelah pahanya.

Lipan merupakan salah satu haiwan berbisa yang patut anda awasi kerana ia sering ditemui di kawasan rumah anda. Pengalaman bertemu lipan bara ini merupakan detik-detik yang mencemaskan bagi sesiapa sahaja yang menemuinya. Oleh sebab itu, kawalan dan cara mengendalikannya juga perlulah selari dan tidak membahayakan anda. Apabila anda berhadapan dengan lipan ini, anda perlu tenang dan bijak mengawal keadaan kerana apabila tenang, anda boleh berfikir dengan baik. Adakah anda cukup bersedia menghadapi detik cemas ini? Cuba kongsi dengan kami.

Sumber: tiktok.com/@utusantvofficial /  siakapkeli.my / wartarakyat.com.my

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close