10 Susu Penuh Krim Terbaik di Malaysia 2025

Susu penuh krim ini sangat berkhasiat dan membekalkan nutrien penting yang diperlukan untuk pertumbuhan dan tumbesaran anda. Sebab itulah susu disyorkan kepada kanak-kanak kerana minuman ini bukan sahaja dapat membantu proses tumbesaran mereka, malah mempunyai kalsium yang dapat menguatkan tulang dan gigi mereka.

Kini, terdapat banyak jenama di pasaran yang berlumba-lumba untuk menghasilkan susu penuh krim yang berkualiti dan disukai ramai. Bahkan, ada juga yang memasarkan pelbagai perisa susu penuh krim ini khusus untuk menarik perhatian kanak-kanak dan juga orang dewasa. Jika anda ingin menambah berat badan dengan cara yang sihat, anda boleh mengambil susu penuh krim ini kerana kandungan kolesterolnya sedikit tinggi berbanding dengan susu biasa.

Adakah susu penuh krim ini baik untuk kesihatan anda?

Sebenarnya, tidak kira susu apa, ia baik untuk kesihatan anda. Yang berbeza adalah tahap kandungan nutrisi yang terdapat dalam susu tersebut untuk dibekalkan kepada badan anda. Selain itu, susu penuh krim ini mengandungi nutrien semula jadi dan juga vitamin D serta vitamin A yang dapat memenuhi keperluan anda. Susu penuh krim ini juga mengandungi omega 3 yang penting bagi kesihatan jantung anda. Pengambilan susu penuh krim ini perlulah selaras dengan saranan doktor bagi mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Kini, boleh dikatakan hampir setiap keluarga memilih susu untuk memulakan hari mereka. Susu terutamanya susu penuh krim bukan sahaja memberikan anda tenaga bahkan dapat mengenyangkan perut anda. Anda juga boleh menikmati susu penuh krim dalam apa jua cara seperti memasukkannya ke dalam masakan, membuat pencuci mulut atau menikmatinya begitu sahaja. Semuanya terpulang kepada cita rasa anda.

10 Susu Penuh Krim Terbaik di Malaysia 2025

1. Marigold Full Cream Milk 

Marigold Full Cream Milk
Kredit Gambar: Tesco

Susu Marigold Full Cream mengandungi kebaikan semula jadi kalsium dan protein dalam setiap titisan untuk menyokong perkembangan tulang, gigi dan otot yang kuat. Anda boleh menikmatinya dengan bijirin sarapan kegemaran anda, dalam smoothie atau menikmatinya secara terus!

Bahan-bahan: Non-Fat Milk Solids, Milk Fat, Soya Lecithin, Vitamin A Palmitate, Vitamin B1 (Thiamine Hydrochloride), Vitamin D3, Contains Permitted Food Conditioner (Stabiliser)

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM4.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Goodday Full Cream Milk

Goodday Full Cream Milk
Kredit Gambar: Tesco

Susu ini mempunyai rasa yang penuh krim dan kaya dengan rasa lemaknya. Bukan sahaja mampu menggembirakan hati anda dengan rasanya, malah setiap tegukan susu ini diminum dengan penuh nikmat! Anda boleh menceriakan hari anda dengan menikmati susu ini bersama bijirin, smoothies atau menggunakannya dalam proses baking bagi menghasilkan pencuci mulut yang lazat.

Bahan-bahan: Milk Solid Non-Fat, Milk Fat, Mineral and Vitamins, Contains Permitted Food Conditioner (Stabiliser and Emulsifier), Contains Permitted Food Conditioner (Stabiliser and Emulsifier)

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM6.19

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Anchor Full Cream Milk

Anchor Full Cream Milk
Kredit Gambar: Anchor

Dari Sarapan pagi, proses baking atau sebagai minuman sebelum tidur, Anchor Full Cream Milk sentiasa bersedia untuk anda! Susu ini mempunyai rasa susu yang penuh dan padat dengan nutrien bermanfaat yang membantu untuk menjana otot dan membina tulang yang kuat.

Bahan-bahan: Fresh Cow’s Milk.

Negara Pengeluar: New Zealand

Saiz: 1L

Harga: RM6.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Nestle Full Cream UHT Milk

Nestle Full Cream UHT Milk
Kredit Gambar: Jayagrocer

Diperkaya dengan kalsium, protein dan kebaikan lain, susu segar UHT Nestle akan membuatkan anda tidak puas meminumnya. Susu segar ini menghasilkan buih penuh yang menjadikannya pilihan yang tepat untuk kopi awal pagi anda atau digunakan di dalam masakan anda. Anda juga boleh menikmati susu segar ini untuk merasai rasa aslinya yang penuh dengan lemak berkrim dan disukai ramai.

Bahan-bahan: Organic Grade A Milk, Vitamin D3.

Negara Pengeluar:  Australia

Saiz: 1L

Harga: RM6.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. F&N Magnolia Full Cream Hi Cal Milk

abb a e f fbccdb
Kredit Gambar: Happy fresh

Susu ini mempunyai rasa yang lazat dan penuh berkrim menjadikannya disukai dan dinikmati oleh ramai orang. F&N Magnolia Full Cream Hi Cal Milk mengandungi kalsium dan protein yang tinggi untuk memenuhi keperluan nutrisi harian anda.

Bahan-bahan: Milk Solids, Milk Fat, Fresh Milk, Stabilisers, Flavouring, Emulsifiers (Contains Soy).

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM6.32

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di happy fresh

6. Fernleaf Full Cream Milk

Fernleaf Full Cream Milk
Kredit Gambar: Jayagrocer

Susu penuh krim daripada Fernleaf ini merupakan susu yang dipercayai dan dibuat daripada 100% susu dari New Zealand. Susu berkrim ini sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga! Anda juga boleh menggunakan susu ini dalam proses baking selain di dalam masakan anda!

Bahan-bahan: Milk Solids (Cow’s Milk), Vitamin A, Vitamin D and Vitamin C, Contains Stabilisers as Permitted Food Conditioner, Additives are of Plant and Synthetic Sources

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM7.45

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Dutch Lady Pure Farm Full Cream Milk

Dutch Lady Pure Farm Full Cream Milk
Kredit Gambar: Jayagrocer

Lebih 140 tahun mengendalikan penternakan tenusu, Dutch Lady membawakan anda susu berkualiti dari ladang perternakan yang sihat. Ia lazat dan penuh dengan nutrien penting yang sangat diperlukan untuk memulakan hari anda. Susu Penuh Krim Dutch Lady memberikan anda segala kebaikan dan khasiat secara langsung dari alam semula jadi!

Bahan-bahan: Milk Solids Non Fat, Milk Fat and Vitamins (A,D3, B2), Contains Permitted Food Conditioners (Stabiliser and Emulsifier of Plant Origin) Contains Permitted Food Conditioners (Stabiliser and Emulsifier of Plant Origin)

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM7.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Pauls Zymil Full Cream Milk

Pauls Zymil Full Cream Milk
Kredit Gambar: Pauls Zymil

Susu adalah sumber semula jadi protein, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan yang baik. Kaya dengan kalsium, Pauls Zymil merupakan susu yang mudah dihadam. Tambahan pula, susu daripada keluaran Pauls Zymil ini bebas laktosa dan diperbuat daripada susu asli jadi ia mempunyai semua kebaikan semula jadi yang terdapat pada susu biasa. Jadi,  pengambilan susu daripada Pauls Zymil membantu memudahkan penghadaman bagi mereka yang sensitif terhadap laktosa berbanding dengan susu biasa.

Bahan-bahan: Full Cream Milk, Enzyme (Lactase)

Negara Pengeluar: Australia

Saiz: 1L

Harga: RM13.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Emborg Full Cream Milk

Emborg Full Cream Milk
Kredit Gambar: ProductNation

Susu Emborg Penuh Krim dengan 3.5% lemak diperbuat daripada susu lembu Perancis dengan rasa yang menyenangkan. Syarikat pengeluar susu ini telah memilih ladang terbaik di Perancis yang terkenal dengan kepakaran tenusu dalam memastikan kualiti susu yang dihasilkan itu premium. Selain itu, susu ini juga kaya dengan kalsium, protein, vitamin B2 dan magnesium yang tinggi. Susu Emborg Penuh Krim ini sesuai untuk dibuat smoothie berkrim, dimakan bersama bijirin atau diletak dalam kopi ais.

Bahan-bahan: Cow’s milk (UHT Treated, homogenized)

Negara Pengeluar: Denmark

Saiz: 1L

Harga: RM9.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Summerfield Full Cream 100% Fresh Milk Drink

Summerfield Full Cream Fresh Milk Drink
Kredit Gambar: Jaya Grocer

Rangkaian baharu susu yang dipasteur ini menghasilkan rasa tekstur yang ringan tetapi segar tanpa gula atau bahan pengawet. Summerfield Full Cream 100% Susu Segar ini menggunakan teknik pembersihan botol eco-friendly dan tinggi dengan kalsium. Anda patut mencuba susu ini!

Bahan-bahan: Milk Solids And Fresh Milk

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 2L

Harga: RM14.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di happy fresh

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close