8 Beg Messenger Terbaik di Malaysia 2025

Beg messenger merupakan beg yang sesuai untuk memenuhi keperluan anda! Ia bukan sahaja ringan, malah cukup besar untuk memuatkan beberapa barangan seperti komputer riba dan tablet. Beg ini didatangkan dalam saiz yang lebih kompak dan lebih kecil berbanding beg galas biasa. Selain itu, ia juga mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Berikut adalah 8 beg messenger terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Tips untuk memilih beg messenger yang sesuai dengan anda: 

Untuk mendapatkan beg messenger yang berkualiti dan menepati keperluan anda, anda perlulah mempertimbangkan beberapa aspek seperti tujuan, ruang simpanan dan bahan sebelum membuat pembelian.  

1. Tujuan

Pertimbangkan untuk melihat kegunaan atau tujuan pembelian beg tersebut. Di manakah anda biasanya menggunakan beg ini? Adakah ia sesuai digunakan di pejabat atau di tempat lain?

2. Ruang simpanan: 

Pastikan anda memilih beg dengan ruang simpanan yang anda perlukan. Sebagai contoh, jika anda ingin membawa buku dan laptop dalam masa yang sama, anda perlulah membeli beg yang menyediakan bahagian untuk laptop anda. 

3. Bahan: 

Anda perlulah memilih bahan pembuatan beg yang sesuai dengan tujuan penggunaannya. Sebagai contoh, jika anda ingin mencari beg yang ringan, anda boleh memilih beg yang diperbuat daripada kapas, nilon atau poliester. 

8 Beg Messenger Terbaik di Malaysia 2023

1. CC Concept Quality Sling Messenger Bag

CC Concept Quality Sling Messenger Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg messenger ini didatangkan dengan reka bentuk yang minimalis dan ringkas namun masih kelihatan bergaya. Beg ini mempunyai kapasiti penyimpanan yang besar, membolehkan anda menyimpan barangan keperluan anda dengan mudah. Selain itu, ia juga diperbuat daripada kapas dan poliester berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Ia juga didatangkan dalam pelbagai warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester, Kapas 
  • Saiz: 29 sm x 9 sm x 20 sm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Biru, Hijau, Kelabu, Hitam, Merah, Merah Tua

Kelebihan:

Didatangkan dalam pelbagai warna
Berkualiti tinggi, tahan lama
Kapasiti penyimpanan besar

Harga: RM18.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. MV Bag Trendy Messenger Bag

MV Bag Trendy Messenger Bag
Kredit gambar: PrestoMall

Beg ini diperbuat daripada nilon lembut dan poliester berkualiti tinggi yang menjadikannya kalis air dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tali bahu boleh laras yang membolehkan anda melaraskan kepanjangan tali mengikut keselesaan anda. Beg ini juga boleh memuatkan beberapa barangan keperluan anda seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon, Poliester 
  • Saiz: 37 x 26 x 23 sm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Kalis air
Zip anti karat
Kapasiti simpanan besar

Harga: RM29.94 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. Bange Hanz messenger Bag

Bange Hanz messenger Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg messenger ini didatangkan dalam reka bentuk bujur yang bukan sahaja menampilkan rupa yang bergaya malah ia juga mempunyai kapasiti penyimpanan yang besar. Beg ini diperbuat daripada nilon, poliester dan fabrik oxford berkualiti tinggi sekali gus menjadikannya kalis air dan tahan lasak. Selain itu, beg ini juga dilengkapi dengan 2 bahagian berzip serta ruangan botol di bahagian sisi. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Oxford, Poliester, Nilon 
  • Saiz: 34 cm x 6 cm x 19 cm 
  • Berat: 430 g 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Hitam, Kelabu 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Kalis air
Ringan
Kapasiti penyimpanan besar
Poket khusus untuk botol air dan payung

Harga: RM64.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. MARK RYDEN Sling Bag Cross Body Bag

MARK RYDEN Sling Bag Cross Body Bag
Kredit gambar: Shopee

MARK RYDEN menawarkan anda beg messenger dengan gaya silang. Beg ini boleh memuatkan barangan seperti komputer riba, telefon atau buku dengan saiz A4. Beg ini diperbuat daripada sintetik dan nilon berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan kalis air. Beg ini sangat sesuai untuk anda yang mencari beg yang ringan dengan rupa yang eksklusif. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Sintetik, Nilon 
  • Saiz: 20 cm x 31 cm x 9 cm 
  • Berat: 470 g 
  • Negara Pengeluar: China 
  • Variasi: Oxford, kulit poliuretana

Kelebihan:

Kapasiti penyimpanan besar
Bahagian poket yang banyak
Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Zip tahan karat
Kalis Air
Ringan

Harga: RM68.27

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. Yoshida Porter Sling Messenger Bag

Yoshida Porter Sling Messenger Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg messenger berkapasiti besar ini didatangkan dengan beberapa bahagian poket serta diperbuat daripada bahan kalis air yang berkualiti tinggi. Hal ini sekali gus dapat melindungi barangan anda daripada hujan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan span di bahagian tali bahu bagi memberikan keselesaan yang optimum kepada pengguna. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melaraskan tali beg mengikut keselesaan anda.

Spesifikasi:

  • Saiz: 24 cm x 16 cm x 9 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Pelbagai warna

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Bilangan poket yang banyak
Kapasiti penyimpanan yang besar
Didatangkan dalam pelbagai warna

Harga: RM35.00 – RM 39.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. WEIXIER Messenger Sling Bag

WEIXIER Messenger Sling Bag
Kredit gambar: Carousell Malaysia

Beg ini merupakan antara beg messenger yang paling digemari oleh pengguna. Beg ini diperbuat daripada 100% kulit sintetik yang menjadikannya tahan lasak dan ringan serta mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan poket kecil pada bahagian hadapan beg yang membolehkan anda untuk meletakkan barangan penting seperti telefon, dompet dan kunci. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit Sintetik 
  • Saiz: 28 cm x 20 cm x 9 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Hitam, Coklat, Khaki

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Kapasiti penyimpanan yang besar
Reka bentuk menarik
Bilangan poket yang banyak

Harga: RM49.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. ALAIN DELON Stylish Small Messenger

ALAIN DELON Stylish Small Messenger
Kredit gambar: Lazada

Anda mencari beg messenger dengan reka bentuk yang moden? ALAIN DELON Stylish Small Messenger ini sesuai untuk anda. Beg ini dilengkapi dengan 3 bahagian penyimpanan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk yang agak kecil berbanding beg messenger biasa sekali gus memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Beg ini dipasarkan dengan 5 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon 
  • Saiz: 27 sm x 9 sm x 20 sm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Hitam, Biru tua, Maroon, Kelabu gelap, Coklat gelap 

Kelebihan:

Kapasiti penyimpanan besar
Reka bentuk kompak dan unik
Bilangan poket yang banyak
Poket mudah diakses

Harga: RM68.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. VELLA Unisex Handbag

VELLA Unisex Handbag
Kredit gambar: Shopee

Beg messenger ini didatangkan dengan reka bentuk vintaj serta diperbuat daripada kanvas yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Beg ini dilengkapi dengan tali bahu tebal bagi memberikan keselesaan sewaktu anda memakainya. Bukan itu sahaja, beg ini juga mempunyai zip dan ruang penyimpanan yang besar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas 
  • Saiz: 20 cm x 28 cm x 7 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Khaki, Hitam, Coklat 

Kelebihan:

Kapasiti penyimpanan besar
Reka bentuk bergaya
Poket mudah akses
Tali bahu boleh laras

Harga: RM19.80 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close