Mi segera, makanan yang ringkas dan sesuai untuk dinikmati pada bila-bila jua waktu makan, sama ada makan tengahari, makan malam, atau menjadi peneman anda pada waktu lewat malam ketika anda tidak boleh tidur. Selain daripada tarikan dari aspek harga yang murah dan sedap, mi segera juga memiliki pelbagai jenama dan perisa. yang yakinnya akan menjadikan anda rambang mata ketika ingin membuat pilihan. Di Malaysia, terdapat berbagai-bagai jenis mi segera yang menawarkan pilihan yang bermacam-macam. Jadi, anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk memutuskan perisa dan jenama apa yang anda ingin makan! (mungkin esok, dan lusa).
Jangan risau, di sini kami tampilkan 10 Mi Segera Terbaik di Malaysia pada 2023 yang pastinya akan memuaskan selera anda yang ‘demand’ inginkan hanya yang the best itu!
10 Mi Segera Terbaik di Malaysia 2023
1. Maggi Kari
Saya agak yakin bahawa apa yang ingin saya katakan ini mewakili semua orang – Maggi Kari akan sentiasa menjadi mi segera favorite No.1 dan mempunyai peminat yang tersendiri. Paket perasa Maggi Kari terdiri daripada 12 jenis rempah yang berbeza sekaligus memberikan kelainan, rasa yang pedas dan ‘kick’. Justeru, hal tersebutlah yang menjadikan ia sebagai mi segera yang paling mendapat permintaan tinggi antara jenama lain. Untuk rasa yang lebih ‘win’, makan bersama telur dan sekeping keju.
Bahan-bahan: Tepung gandum, Minyak kelapa sawit, Garam, Penambah perisa, Bawang putih, Pengatur keasidan (kalium karbonat), Penstabil (natrium polifosfat, kunyit), Beg perisa
Negara asal: Malaysia
Saiz: 79g (x5)
Harga: RM3.50 (Shopee) | RM 3.75 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. Indomie Goreng Asli
Mi Goreng – antara salah satu produk mi segera yang terkenal di Malaysia. Anda boleh dapatkan mi segera ini hampir ke mana sahaja anda pergi. Misalnya, sekiranya anda lepak di mamak, pastinya anda akan melihat ‘mi goreng’ ini sebagai salah satu bintang utama yang menambat hati pelanggan. Hal ini kerana boleh disimpulkan bahawa setiap meja pasti akan mempunyai sekurang-kurang satu pinggan pesanan mi goreng. Tetapi apakah daya, tiada sesiapa yang akan dipersalahkan kerana itulah penangan mi goreng ini. Tambahan pula, aroma rempah ratus yang dimiliki pula melengkapi hidangan ringkas lagi enak ini yang akan membuatkan anda untuk sentiasa teringat-ingat akannya.
Bahan-bahan: Tepung gandum, Minyak kelapa sawit ditapis, Garam, Pengatur keasidan, Pemekat, Serbuk perasa warna (garam, gula, penambah rasa, serbuk bawang putih, serbuk bawang, ekstrak yis, perisa tiruan, lada, agen anti kerak)
Negara asal: Indonesia
Saiz: 80 (x5)
Harga: RM 3.95 (Shopee) | RM 4.80 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Nongshim Shin Ramyun
Shin Ramyun – adalah salah satu kegemaran pencinta Ramyun. Mi ini adalah pedas dan betul-betul PEDAS. Sup mereka mempunyai rasa pedas yang berbeza dengan kebanyakan jenama mi dan begitu ‘kick’ sekaligus sesuai dengan individu yang ingin mencuba rasa pedas yang mencabar. Mi yang kenyal dan ‘bouncy’ melengkapkan lagi sup itu sekaligus menjadikan ia sebagai mi segera yang perfect pecinta rasa pedas.
Bahan-bahan: Tepung gandum, Protein sayuran terhidrolisis (soya), Maltodekstrin, Ekstrak yis, Garam, Rempah-rempah, Kicap, Kacang Soya, Tepung gandum, Penambah perisa, Gula, Glukosa, Minyak sayuran, Pengemulsi, Lebih pekat, Tepung jagung, Sayur-sayuran, Warna, Agen anticaking
Negara asal: Korea
Saiz: 120g (x5)
Perisa: Spicy Mushroom (Shin), Kimchi, Shrimp, Neoguri Udon, Claypot
Harga: RM12.50 (Shopee) | RM11.99 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Samyang Korean Ramen
Mahu kami cadangkan anda mi segera lain yang membawa rasa kepedasan yang setara kepada anda? Mi ini menawarkan rasa ramen Korea yang asli seterusnya mempunyai rasa yang tidak menghampakan dan akan membuatkan anda berasa ‘addictive’. Perisa yang paling laris dijual di pasaran adalah perisa cheese dan original. Sekiranya anda seorang yang gemar mencuba sesuatu yang ‘gila’ dan tercari-cari makanan yang betul-betul pedas, ramen original adalah pilihan yang perfect untuk anda. Selamat maju jaya!
Bahan-bahan: Mi, Tepung gandum, Pati ubi kayu diubah suai, Minyak kelapa sawit ditapis, Pulut gandum, Garam halus, Gliserin, Minyak kacang soya, Pemekat, Air yang dibersihkan, Pengatur keasidan
Negara asal: Korea
Saiz: 140g (x5)
Perisa: Original, Cheese, Carbonara, Curry, Chacharoni, Yukgaejang, Seafood, Jjajang, Tomato, Stew, Double spicy, Light, Buldak kimchi, Hot pepper jjajang, Cream carbonara
Harga: RM 18.99 – RM22.99 (setiap persia mungkin mempunyai harga yang berbeza)
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. MyKuali Penang White Curry Noodle
MyKuali Penang White Curry Noodle memiliki rasa asli makanan yang dilengkapi perisa Penang. Ia mempunyai rasa persis white curry noodles yang dihidang di restoran. Justeru, jika anda idamkan untuk menikmati rasa asli makanan Penang tetapi dalam masa yang cepat dan ringkas, maka MyKuali Penang White Curry Noodle adalah jawapan untuk anda. (sekarang)
Bahan-bahan: Tepung gandum mi, kanji ubi kayu, Garam, Minyak kelapa sawit, Guar gum (penstabil), Natrium pirofosfat (penstabil), Natrium karbonat (pengatur keasidan), Kalium karbonat (pengatur keasidan)
Negara asal: Malaysia
Saiz: 110g (x4)
Harga: RM 8.29
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. Red Chef Soup Noodles
Red Chef Soup Noodles menduduki carta no. 2 dalam kalangan ‘The Ran Rater’. Mi segera ini tidak seperti mi segera yang biasa. Hal ini kerana mi ini memiliki aroma dan perisa yang lebih kuat dan aromatik. Bagi menjawab rasa ingin tahu anda, mi ini memiliki rasa seperti mi yang boleh anda dapati di gerai-gerai dimana ia mempunyai aroma sup yang manis dan mi yang kenyal. Perisa yang menjadi sambutan hangat di pasaran adalah green tom yum dan spicy sakura prawn.
Bahan-bahan: Mee, Gandum, Tepung, Minyak Sawit, Garam, Penambah Perisa
Negara asal: Malaysia
Saiz dan perisa: Green tom yum soup noodle (110g x 4), Pandan white curry (115g x 4) , Spicy sakura prawn soup (105g x 4), Sesame (105g x 4) *only available via lazada link
Harga: RM 9.86 (Shopee) | RM 10.60 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. INA Pan Mee
INA Pan Mee memiliki rasa sup yang manis dan wangi sementara mi jenama ini adalah bersifat kenyal dan dibuat dengan sempurna. Perisa ini sempurna bagi sesiapa yang meminati mi segera yang sedap dan kaya dengan perisa.
Bahan-bahan: Tepung gandum, Garam, Air, Pati, Perasa pes, Lemak palma, Kayu Manis, Cengkih, Biji ketumbar, Jintan manis, Bunga lawang, Sodium inosinate, Sodium guanylate, Monosodium glutamat, Garam halus, Gula, Ekstrak yis, Serbuk perasa
Negara asal: Malaysia
Saiz dan perisa: Original Seafood Soup (85g x 5), Dried Chilli Shrimp (90g x 5), Assorted Flavour (85g x 5) , Goreng Dried Curry Flavour (90gx 5)
Harga: RM 9.80
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. Mamee Chef
Sesetengah orang lebih meminati mamee berbanding maggi kerana rasanya yang setara sedap. Antara perisa yang menjadi kegemaran adalah Tom Yam dan Asam Laksa. Namun begitu, anda mesti mencuba perisa yang lain yang setanding tahap keenakannya.
Bahan-bahan: Tepung gandum, Minyak kelapa sawit, Garam, Penstabil, Perasa
Negara asal: Malaysia
Saiz dan perisa: Spicy Chicken with Shitake (82g x 4), Curry Laksa (95g x 4), Lotong (101g x 4), Creamy Tomyam (88g x 4)
Harga: RM 5.50 (Shopee) | RM 4.89 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
9. Maggi Mi Goreng Cili ala Kampung
Mi segera ini diselitkan dengan perasa seperti sambal, ikan bilis pedas dan aroma masin yang kuat dari ikan bilis – semuanya dicampurkan. Selain itu, ia turut memiliki bawah goreng yang penuh aromatik sebagai ‘topping’. Gabungan tersebut menjadikan mi segera ini menghasilkan rasa yang unik dan penuh nikmat. Jadi, sekiranya anda belum pernah mencuba, inilah masanya untuk anda berbuat demikian.
Bahan-bahan:Tepung gandum, Minyak kelapa sawit, Garam, Riboflavin, Penstabil, Sos perasa manis, Bawang besar, Tepung jagung, Palm olein, Tepung beras
Negara asal: Malaysia
Saiz: 78g (x5)
Harga: RM 4.60
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
10. Mi Sedap
Bagi mengakhiri senarai panjang ini, kami tampilkan mi segera yang turut menjadi tambatan hati sebilangan masyarakat di Malaysia selain daripada Ibumie, iaitu Mi Sedap. Selain daripada mi goreng, jenama ini turut mengeluarkan mi versi sup yang rasanya tidak akan menghancurkan jangkaan anda.
Bahan-bahan: Tepung gandum, Minyak sawit ditapis, Guar gum, Kalium karbonat, Natrium karbonat, Pentasodium trifosfat, Pewarna, Perisa, Minyak, Kicap manis, Sos cili
Negara asal: Malaysia
Saiz: 91g (x5)
Perisa: Korean Spicy, Korean spicy soup, Original (goreng), Spicy licious Singapore laksa soup
Harga: RM 4.45 – RM 5.45 (setiap persia mungkin mempunyai harga yang berbeza)
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Tahukah anda bahawa mi segera sebenarnya diciptakan oleh seorang warga Jepun yang bernama Momofuku Ando? Untuk pengetahuan anda, ujikaji-ujikaji yang dilakukan oleh beliau kerap gagal sehinggalah pada suatu hari dia secara tidak sengaja menjatuhkan seurat mi ke dalam periuk yang mengandungi minyak masak. Pada saat itulah, dia mula sedar bahawa minyak masak boleh digunakan untuk mengawet mi tersebut. Semenjak itu, mi segera telah menjadi salah satu makanan popular di dunia dan semuanya kerana sumbangan daripada Momofoku Ando.
Seperti yang kita ketahui dan dipersetujui ramai, Malaysia mempunyai variasi pilihan mi segera yang amat pelbagai – daripada sup sehinggalah ke kering; daripada rasa asli biasa sehinggalah rasa pedas yang sepedas-pedasnya.
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.