Muffin dikenali sebagai hidangan lazat yang boleh anda miliki di mana-mana sahaja. Muffin mempunyai tekstur yang lebih keras daripada kek cawan supaya ia hancur dengan indah apabila anda menggigitnya. Muffin lebih dikenali kerana rasanya enak dan bukannya manis sepenuhnya seperti kek cawan. Ada pelbagai perisa muffin untuk anda cuba di pasaran.
Selain itu, muffin juga sangat cepat dan mudah dibuat, jadi tidak hairanlah ramai orang menyukainya. Ia berbeze dengan kek cawan yang biasanya memerlukan hiasan di atasnya. Jika anda ingin membuat muffin, teruskan membaca artikel ini kerana kami himpunkan muffin mix untuk anda.
Di manakah saya boleh mendapatkan muffin mix?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan muffin mix di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan pmuffin mix, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, muffin mix seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih muffin mix?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli muffin mixa ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis muffin mix yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Muffin Mix Terbaik di Malaysia 2025
1. Beryl’s Gourmet Double Chocolate Muffin Mix

Jika anda seorang peminat coklat Beryl, anda akan tahu coklat jenama ini sungguh sedap dan berkualiti. Coklatnya yang licin dan berkilat penuh dengan rasa manis yang anda mahukan pada setiap gigitan. Jadikan muffin ini hidangan snek yang anda inginkan pada setiap petang. Setiap gigitan pasti membuatkan anda menginginkannya lagi.
Bahan-bahan: 40% Kerepek Coklat Sebenar, Gula, Tepung Gandum, Serbuk Koko, Ejen Penaik (E500(Ii), E34(I)), Garam Dan Vanillin.
Negara PEngeluar: Malaysia
Saiz: 500 g
Harga: RM 14.30 (Shopee) | RM 21.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. GR ConviBake Chocolate Muffin Mix

Campuran manis dan lazat daripada muffin yang keluar daripada ketuhar anda ini bakal membuatkan anda ketagih. Inilah GR ConviBake’s Chocolate Muffin Mix. Anda boleh mencuba muffin ini jika anda inginkan makanan manis pada masa hadapan.
Bahan-bahan: Tepung halus, Gula, Garam, Coklat Cip, Serbuk Penaik dan Natrium Bikarbonat.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 g
Harga: RM 6.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Betty Crocker Chocolate Chip Muffin Mix

Betty Crocker Chocolate Chip Muffin menawarkan hidangan kegemaran anda dalam satu adunan pembakar yang cepat dan mudah. Sama ada anda inginkan hidangan kecil dan mudah alih atau hidangan yang baru dibakar, produk ini mesti ada untuk anda. Selain itu, ia sering menjadi pilihan suri rumah di seluruh dunia.
Bahan-bahan: Gula, Tepung Gandum, Kerepek Coklat Kompaun (12%) (Gula, Pepejal Koko, Lemak Sayuran Terhidrogenasi (Sawit), Dekstrosa, Pengemulsi (INS322(i), INS491), Bahan Perisa Asli (Vanila)), Minyak Sayur Boleh Dimakan , Pati Ubahsuai (INS1422), Ejen Menaikkan (INS500(ii), INS541(i0, INS341(i)), Dekstrosa, Pengemulsi dan Penstabil (INS471, INS410, INS415, INS466), Garam, Bahan Perisa Tiruan (Vanila), Perisa dan Perapi Makanan yang dibenarkan
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 430 g
Harga: RM 15.90 (Shopee) | RM 13.50 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Mauri Chocolate Muffin Mix

Mauri Pinnacle Muffin Mix menyediakan penyelesaian yang menjimatkan dan cara yang mudah untuk menghasilkan mufin yang kaya dan lembap untuk anda nikmati bersama rakan dan keluarga tersayang. Buat beberapa muffin coklat terbaik (atau kek!) dengan adunan muffin ini hari ini! Percayalah, ia memang berbaloi!
Bahan-bahan: Tepung gandum, Gula, Pengemulsi, Susu Tepung, Agen Penaik, Perisa yang dibenarkan, Pengawet
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 150 g
Harga: RM 3.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Orgran Gluten Free Chocolate Muffin Mix

Orgran Chocolate Muffin Mix ialah adunan muffin yang sangat lazat untuk disediakan dan dihasilkan daripada bahan semula jadi. Muffin ini adalah snek yang memanjakan dan mudah untuk dimakan semasa dalam perjalanan. Anda juga boleh menikmati muffin ini bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bahan-bahan: Gula Mentah, Tepung Beras, Tepung Jagung, Kanji Ubi, Kanji Jagung, Tepung Kacang Kuning, Serbuk Koko (4%), Dekstrosa daripada Jagung, Agen Menaikkan: Natrium Bikarbonat, Monokalsium Fosfat, Kalsium Karbonat. Pengemulsi: Monogliserida terbitan sayuran. Kanji Tapioka, Perisa Vanila Asli, Garam, Gula Sayuran (Penstabil): Guar Gum, Carboxymethylcellulose, Carrageenan, Methylcellulose. Pengatur Keasidan: Asid Sitrik.
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 375 g
Harga: RM 17.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Bakerman Vanilla Muffin Mix

Rasa muffin vanila yang manis dan lazat ini pasti menarik selera anda untuk menikmatinya! Datang dan cubalah membakar salah satu mufin vanila terbaik yang pernah anda bakar dengan bantuan Bakerman’s Vanilla Muffin Mix hari ini! Anda akan merasa tekstur muffin ini yang lembut dan juga rangup. Pastinya hari anda akan lebih ceria dengan muffin ini!
Bahan-bahan: Gula, Tepung Gandum, Susu Tepung, Agen Penaik, Pengemulsi, Mengandungi Bahan Perisa Yang Dibenarkan.
Negara Pengeluar: Singapura
Saiz: 500 g
Harga: RM 6.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Prima Muffin Mix

Campuran muffin yang ringkas namun menarik yang dibuat oleh Prima. Campuran muffin ini mudah digunakan dan dengan ketahur anda, ia akan memberikan perisa yang laza dan enak. Anda akan menikmati muffin ini pada setiap gigitan dan sentiasa akan menginginkannya. Jika anda inginkan snek yang hebat, muffin ini sesuai untuk anda.
Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula Berbutir, Dekstrosa, Tepung Susu Skim, Serbuk Penaik [Kanji Jagung, E500(ii), E541(i), E341(i)], Garam, Penstabil (E412, E415)Perisa yang Dibenarkan, Vanillin.
Negara Pengeluar: Singapura
Saiz: 365 g
Harga: RM 11.95 (Shopee) | RM 11.50 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Bagus Camellia Blueberry Muffin Mix

Jika Chidi boleh membuat keputusan untuk makan muffin blueberry, maka anda juga boleh! Datang dan buat muffin blueberry terbaik dengan bantuan Bagus Camellia’s Blueberry Muffin Mix hari ini! Nikmati sedikit kelainan dalam hidup anda dengan perisa campuran muffin ini! Anda pasti akan menyukainya.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 g, 1 kg
Harga: RM 10.30 (500 g), RM 19.50 (1 kg) (Shopee) | RM 10.30 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. BWY Banana Muffin Mix

Penyediaan yang ringkas dan mudah. Ia tidak memerlukan banyak masa untuk menghasilkan beberapa ‘batch’ mufin pisang yang lazat untuk anda nikmati! Apa yang anda perlukan hanyalah beberapa langkah untuk mendapatkan muffin pisang yang lembap dan lembut untuk sarapan pagi atau minum petang.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 g
Harga: RM 3.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Green’s Moist Chocolate Chip Muffin Mix

Untuk rasa lazat kek buatan sendiri, Green’s Moist Choc Chip Muffins Mix adalah jawapan yang tepat. Kek cawan lembap yang lazat dengan rasa coklat dan choc chip yang indah. Kanak-kanak pasti akan menghargai dan menyukai cip coklat yang kaya. Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang, muffin ini akan menjadi hidangan tambahan yang paling lazat untuk hari anda.
Bahan-bahan: Gula, Tepung Gandum, Maltodekstrin, Serbuk Koko (5%), Choc Chip (4%) [Gula, Lemak Sayur-sayuran, Serbuk Koko, Pengemulsi (Lesitin Soya), Perisa Semulajadi], Pepejal Susu Tanpa Lemak, Ejen Penaik (450, Natrium Bikarbonat), Pemekat (1422), Serat Sitrus, Garam, Humectant (Gliserin), Pengemulsi (471), Perisa Asli, Gula Sayuran (Xanthan)
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 500 g
Harga: RM 25.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Tip:
- Muffin mix secara amnya bertahan selama 12-18 bulan pada suhu bilik. Setelah dibuka, anda perlu simpannya ke dalam peti sejuk untuk mengelakkan ia lebih cepat rosak.
- Anda boleh menggunakan muffin mix untuk membuat kek mini jika anda suka.
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.