Sesetengah doh goreng yang dihiasi dengan topping atau diisi dengan tampalan yang lazat adalah apa yang semua orang perlukan selepas hari yang panjang. Mereka boleh menjadi manis, lazat dan gebu. Apa lagi yang boleh anda mahukan selain daripada pencuci mulut yang hebat ini? Sekiranya anda mahu cuba beberapa, lihat 7 tempat terbaik yang boleh anda pesan dan mereka hantar ke depan pintu anda!
7 Lokasi Donut Terbaik untuk Dicuba di Lembah Klang 2024
1. Krispy Kreme

Krispy Kreme ialah kedai donut yang paling terkenal di luar sana. Kebanyakan orang memang suka akan donut ini. Donutnya yang cantik, manis dan dihias dengan pelbagai bahan hiasan boleh makan selalu mencuri perhatian pelanggan, terutamanya si anak kecil. Kini, mereka ada mengeluarkan donut istimewa khusus untuk para pelanggan mereka seperti Chocolate Ice Glazed dan Caramel Cookie yang lazat. Selain itu, anda boleh membuat pesanan daripada rumah untuk menikmati donut Krispy Kreme Klasik.
2. Cakesbymucy

Sebenarnya, kini terdapat banyak baker di rumah atau kedai-kedai kecil yang giat menyediakan makanan bakeri mereka seperti roti, kek, donut dan sebagainya. Jika anda ingin menganjurkan acara kecil-kecilan di rumah anda, anda boleh menempah donut yang lazat ini secara dalam talian ke Cakesbymucy. Di sini, anda boleh memesan brownies, donut dalam pelbagai bentuk untuk pelbagai acara, terutamanya untuk majlis hari lahir. Anda tidak perlu mencari kek semata-mata lagi untuk menyambut hari jadi kerana donut dan brownies boleh memainkan peranan tersebut. Lihat sahaja Instagram kedai ini untuk maklumat lanjut.
3. Donut_plan

Anda ingin mendapatkan donut? Kalau begitu anda perlu membuat perancangan yang baik untuk memastikan anda berjaya membeli donut yang memuaskan hati anda. Di Donut_plan, mereka ada menyediakan pelbagai jenis donut yang empuk, lembut dan pelbagai perisa. Antara perisa yang mereka sediakan adalah Cinnamon Sugar, Vanilla Glaze, Lemon Poppyseed, Lotus Biscoff, Nutella, White Chocolate Raspberry dan Yuri Matcha. Harga donut yang mereka jual adalah berpatutan. Anda boleh membuat pesanan sekurang-kurangnya sehari lebih awal dengan jumlah pesanan minimun 4 biji donut. Untuk mengetahui jenis dan perisa donut yang mereka keluarkan, anda boleh melayari Instagram mereka untuk membelinya.
4. Goldendough.my

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar tentang Pizza Doughnut yang menarik ini. Kini, anda boleh berkunjung ke Goldendough.my untuk menikmati hidangan pizza donut yang menarik ini. Sajian ini dibuat segar pada setiap hari di Klang. Bahkan, anda boleh membelinya dengan harga serendah RM 15.00 untuk sekotak. Selain itu, Pizza Doughnut ini mempunyai 3 kotak pembungkusan, iaitu Economy (RM 15.00), Premium (rm 20.00) dan Mewah (RM 35.00). Ketiga-tiga set ini memberikan rasa yang berbeza kepada mereka yang merasainya.Di sebabkan terdapat banyak jenis menu yang disajikan, anda boleh melihat menu secara online dan memesannya untuk rakan atau keluarga anda. Layarilah Instagram mereka sekarang!
5. Dottys

Dotty’s boleh didapati di sekitar TTDI, KLCC dan IOI Putrajaya. Lokasi ini sangat strategik kerana ramai orang lalu-lalang untuk menaiki pengangkutan awam. Sementara itu, ada juga yang melepak bersama kawan di situ dan mencuba donut serta minuman di sini. Anda juga boleh membina kotak donat anda sendiri dengan hanya memilih 5 pilihan sahaja. Pastikan anda bertanya kepada kakitangan mereka tentang kotak hadiah percuma yang akan anda dapat daripada mereka.
6. KIMS Donuts

Donut ini dibuat segar pada setiap hari untuk semua orang. Anda pasti akan menyukai perisa yang mereka tawarkan seperti Sweety Pink, Cheezy Tiramisu Sunny Caramel, Choco Hill dan banyak lagi. Donut mereka lembut dan gebu. Pastinya anda akan berasa nikmati setiap kali memakannya. Jika anda ingin membelinya lagi, anda boleh berkunjung ke KIMS Donuts yang terletak di Melawati Mall, Giant Hypermarket Kelana Jaya, Setapak Central Mall dan AEON Mall Metro Prima!
7. Big Apple Donuts and Coffee

Akhir sekali, inilah salah satu tempat yang sering menjual donut yang enak, menarik dan berpatutan di luar sana. Big Apple Donuts and Coffee terkenal dalam kalangan mereka yang meminati pencuci mulut manis. Hal ini kerana kedai ini menawarkan pelbagai donut premium yang gebu dan segar. Pastinya anda pernah ternampak kedai ini setiap kali anda berjalan di pusat beli-belah. Jika anda ingin mencuba donut mereka, anda boleh mencuba California Almond terlebih dahulu kerana ia bukan sahaja enak, malah kaya dengan taburan badam di atasnya bersama White Chocolate Glaze. Untuk pelanggan yang ingin berjimat namun ingin dapatkan beberapa jenis donut, kedai ini menjual beberapa donut mini yang dibungkus dalam kotak. Hebat, bukan?
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.