Donat, atau dikenali sebagai ‘spelt donut’ merupakan pencuci mulut yang terkenal di serata dunia. Biasanya donut berbentuk bulat dan digoreng di dalam minyak. Pencuci mulut ini mempunyai rasa yang manis kerana gula ditabur ke atasnya. Bahagian dalam donut rasanya lembut dan sering diisi dengan pelbagai perisa. Anda boleh membeli donut daripada bakeri, kedai donut atau pasar raya. Jika anda inginkan donut yang lebih sihat, anda boleh membuat donut di rumah. Pencuci mulut ini biasanya dinikmati sebagai sarapan atau makanan ringan bersama kopi atau teh.
Terdapat banyak kedai bakeri tempatan, kafe dan gerai makanan di Kuala Lumpur dan Selangor yang menjual donat yang lazat. Jika anda berada di kawasan ini, apa kata luangkan masa anda untuk mencuba makanan ini. Mungkin anda akan menjumpai donut yang anda suka. Berikut adalah 6 kedai donut terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor 2023.
Apakah Jenis Donut Yang Boleh Ditemui Di KL Dan Selangor?
Di Kuala Lumpur dan Selangor, anda boleh menjumpai pelbagai jenis donat, termasuklah donat jenis yeast, donat jenis kek, dan donat berisi. Donat jenis yeast adalah ringan, gebu dan kenyal. Donat jenis ini sering dilapisi dengan gula. Donat jenis kek pula mempunyai tekstur yang lebih padat seperti kek dan sering ditambah perisa vanila, coklat atau rempah. Manakala donat berisi pula adalah donat yeast yang diisi penuh dengan bahan seperti jem, kastard, atau krim. Donat jenis ini memberikan anda rasa yang manis dan berkrim pada setiap gigitan anda.
Bilakah Donat Sesuai Untuk Dimakan?
Donat boleh menjadi hidangan yang menyenangkan sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari atau makan malam. Anda juga boleh menjadikan donut sebagai makanan ringan pada waktu petang semasa minum teh di rumah. Selain itu, sekeping donut boleh mengeyangkan anda jika anda tergesa-gesa untuk keluar rumah. Hal ini kerana gabungan gula, adunan dan kadangkala isian boleh memberikan rasa manis dan mengenyangkan buat anda.
6 Kedai Donat Terbaik di Kuala Lumpur & Selangor 2023
1. Dunkin’ Donuts
Dunkin’ Donuts ditubuhkan pada tahun 1950 di Amerika Syarikat. Sejak itu, jenama ini telah berkembang menjadi jenama global dengan menempatkan banyak cawangan di pelbagai negara termasuklah Malaysia. Dunkin’ Donuts terkenal dengan donat mereka yang pelbagai perisa, bentuk dan saiz. Mereka juga menawarkan pelbagai produk roti lain seperti muffin, bagel, dan croissant. Selain itu, Dunkin’ Donuts terkenal dengan kopi dan minuman lain seperti kopi sejuk, espresso, dan teh berperisa.
Waktu Operasi: 7:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: R&R Seri Kembangan North Bound, Seri Kembangan, 43400 Seri Kembangan, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Facebook: https://www.facebook.com/dunkin.malaysia/
semak laman web di sini2. Dough by Meg
Dough by Meg merupakan sebuah bakeri di Malaysia pakar dalam pembuatan donat artisanal. Kedai ini mempunyai pelbagai pilihan donat handmade yang dibuat daripada bahan berkualiti tinggi. Selain itu, mereka menawarkan pelbagai perisa seperti coklat, glaz, salted caramel, matcha, Nutella dan banyak lagi. Kedai ini juga menyediakan donat mengikut musim atau edisi terhad pada waktu yang berbeza.
Waktu Operasi:
8:30 pagi – 6:00 petang (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 9C, Jalan Ceylon, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/doughbymeg/
Instagram: https://www.instagram.com/doughbymeg/?hl=en
semak laman web di sini3. J.CO Donuts & Coffee
J.CO Donuts & Coffee adalah rangkaian donat popular yang berasal dari Indonesia. Mereka telah mengembangkan perniagaan mereka ke beberapa negara termasuklah Malaysia. Mereka menawarkan donat dengan pelbagai jenis perisa dan hiasan. Antara perisa donat mereka yang popular adalah Alcapone, iaitu donat bersalut coklat putih dan mempunyai butiran badam di atasnya. Selain itu, donat Oreology juga terkenal dalam kalangan pengunjung. Donat jenis ini mempunyai taburan biskut Oreo dan coklat di atasnya. Ramai pengunjung juga mengesyorkan donat Avocado Dicaprio, iaitu donat berisi krim perisa avocado kerana ia unik dan sedap. Mereka juga menyajikan pelbagai jenis kopi dan minuman lain, termasuk minuman berasaskan espresso, kopi sejuk, dan frappes.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/JCoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/jcomalaysia/
semak laman web di sini4. Opah Donut
Opah Donut merupakan penjual donat yang viral di serata Malaysia kerana menjual donat yang panas dan sedap. Donat ini mendapat perhatian dan menjadi terkenal melalui media sosial dan bualan ramai. Opah Donut bukanlah satu premis yang tetap tetapi ia adalah peniaga donat mudah alih yang beroperasi di pelbagai tempat. Mereka sering mendirikan gerai mereka di kawasan yang berbeza. Opah Donut ini terkenal kerana mereka menjual donat yang besar, baru dibuat dan panas-panas. Oleh sebab itu, ramai yang menggemari donat di sini.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 7:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: 3°13’01. 101°42’46. 51200, 5, Jalan 1, Taman Gombak Jaya, 53000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/donutkotakgombak/
5. Krispy Kreme
Krispy Kreme ialah rangkaian donat dan kopi yang terkenal dari Amerika Syarikat. Jenama ini mengembangkan perniagaan mereka dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara. Krispy Kreme terkenal dengan donat glasnya yang ringan, gebu, dan lazat. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai perisa dan variasi donat lain seperti donat berlapis coklat, donat berisi dan donat berperisa istimewa seperti kuki, krim atau karamel di kedai mereka.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Avenue K, Lot C-5, Level Concourse, No. 156, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/KrispyKreme/
Instagram: https://www.instagram.com/krispykreme.malaysia/?hl=en
semak laman web di sini6. Big Apple Donuts & Coffee
Big Apple Donuts & Coffee adalah rangkaian donat yang popular di Malaysia. Big Apple Donuts & Coffee menawarkan donat yang mempunyai pelbagai perisa dan hiasan yang unik. Mereka juga mempunyai perisa klasik dan menarik seperti glas coklat, strawberi, kacang mentega dan banyak lagi. Ramai yang mengesyorkan untuk mencuba donat ikonik mereka yang terkenal seperti “The Simpsons D’ohnut,” “Chococcino,” dan “Almond & White Chocolate.” Mereka juga menyajikan pelbagai jenis kopi dan minuman lain untuk digandingkan bersama donat mereka.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/bigappledonutscoffee/
Instagram: https://www.instagram.com/bigappledonutscoffee/?hl=en
semak laman web di siniDapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.