10 Tempat Menarik untuk Dilawati di Sarawak 2023

Sarawak ialah negeri terbesar di Malaysia yang menawarkan banyak tempat pelancongan menarik. Kebanyakan rakyat Sarawak boleh bertutur dalam pelbagai bahasa kerana ia satu keperluan dalam masyarakat berbilang budaya.

Terletak di Sungai Sarawak, ibu negeri Sarawak, Kuching merupakan bandar yang sibuk dengan banyak tarikan pelancong yang boleh dikunjungi anda. Mercu tanda terkenal di sini termasuk Kuching Waterfront, Coco Cabana dan Taman Negara Bako. Berikut ialah 10 tempat terbaik untuk dilawati di Sarawak.

Bagaimanakah memilih tempat yang terbaik untuk dilawati di Sarawak?

Sarawak banyak menawarkan tempat tarikan dan pelancongan yang boleh anda lawati. Jadi, untuk menjimatkan masa dan tenaga, anda perlu mencari informasi tentang tempat yang ingin dilawati selain merancang perbelanjaan anda dan lokasi tempat tersebut.

1. Lokasi

Sebelum menghabiskan masa di Sarawak, sebaiknya cari lokasi tarikan yang ingin dilawati bagi mengelakkan pembaziran wang, masa dan gas.

2. Anggaran

Tidak kira ke mana anda ingin pergi, sentiasa rancang belanjawan terlebih dahulu dengan menetapkan jumlah wang tertentu untuk dibelanjakan. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan duit.

3. Buat kajian

Buat kajian terlebih dahulu sebelum berkunjung ke situ supaya anda boleh mendapatkan beberapa informasi menarik tentang tempat tersebut. Ini boleh anda untuk menjimatkan masa dan tenaga.

10 Tempat Menarik di Sarawak

1. Kuching Waterfront

Kuching Waterfront
Kredit Gambar: Sarawak Tourism Board

Kuching Waterfront ialah riadah yang terkenal dalam kalangan pelancong. Tempat ini terletak kira-kira 900 meter di sepanjang tebing selatan sungai Sarawak. Terdapat banyak gerai makanan dan restoran yang boleh anda temui di seberang jalan berdekatan dengan tempat ini. Pelbagai bangunan zaman kolonial telah direka semula untuk kegunaan moden. Pada waktu siang, Kuching Waterfront menawarkan anda pemandangan tebing utara sungai yang menakjubkan. Pada waktu malam pula, ia menjadi tempat busker untuk bersantai sambil mendengarkan lagu-lagu etnik dan kontemporari.

Alamat: 37, Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

2. Coco Cabana

Coco Cabana
Kredit Gambar: Kuching, Sarawak

Coco Cabana ialah salah satu tempat pelancongan popular di Miri yang menawarkan pemandangan tepi laut dan beberapa tempat untuk berehat di bawah sinaran matahari. Di sinilah terletaknya rumah api kuda laut yang ikonik. Selain itu, tempat ini juga lokasi terbaik bagi pemandangan matahari terbenam di Miri. Pasar malam di sini dibuka setiap hari. Anda juga boleh mencuba di Kafe 1511 yang menyediakan juadah menarik untuk dinikmati selain berhampiran dengan kawasan letak kereta. Tempat pelancongan ini sesuai untuk mereka yang suka berjalan-jalan sambil meluangkan masa mengagumi pemandangan laut dan matahari terbenam. Jangan lupa pakai sunblock sebelum berkunjung ke sini jika tidak mahu kulit anda terbakar.

Alamat: Lot 2260, Jln Bandaraya, 98000 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11.00 pagi-11.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

3. Kampung Budaya Sarawak

Sarawak Cultural Village
Kredit Gambar: Borneo Tour Specialists

Kampung Budaya Sarawak ialah lokasi yang mesti dikunjungi kerana anda boleh merasai pengalaman gaya hidup pelbagai etnik dan budaya tempatan di Sarawak. Terdapat sebilangan besar bangunan replika yang masing-masing mewakili setiap kumpulan etnik utama di Sarawak terutamanya Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina. Kakitangan akan memakai pakaian tradisional setiap etnik dan akan menjalankan aktiviti tradisional untuk melibatkan diri dengan pengunjung. Ia juga menawarkan persembahan tarian pelbagai budaya dua kali sehari, iaitu pada 11:30 pagi dan 4:00 petang.

Alamat: Pantai Damai Santubong, Kampung Budaya Sarawak, 93752 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (9.00 pagi-5.00 petang), Isnin (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

4. Pantai Tanjung Batu, Bintulu

Tanjung Batu Beach
Kredit Gambar: TripAdvisor

Pantai Tanjung Batu ialah tempat rekreasi dan perkelahan yang dikunjungi untuk penduduk tempatan dan juga pelancong. Ia terletak 5km dari pusat bandar Bintulu. Sepanjang pantai ini menempatkan gerai makanan dan minuman. Jus kelapa segar ialah pilihan minuman yang paling popular di sini. Lawatilah pantai ini untuk menikmati pemandangannya yang menakjubkan.

Alamat: Tanjung Batu Road, Bintulu 97000, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

5. Hutan Simpan Semenggoh

Semenggoh Nature Reserve
Kredit Gambar: Sarawak Tourism Board

Hutan simpan ini ialah pusat pemulihan Orang Utan terbesar di Sarawak. Ia pertama kali ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai tempat perlindungan Orang utan yang cedera, menjadi yatim piatu atau ditawan sebagai haiwan peliharaan secara haram oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Pada masa ini, ia berfungsi sebagai pusat habitat Orang Utan selain menyediakan informasi tentang spesis haiwan yang terancam. Ia juga merupakan habitat bagi flora dan fauna yang jarang ditemui seperti tupai gergasi, ungka dan pelbagai jenis burung yang mengagumkan. Hutan ini ialah tarikan yang sempurna untuk pencinta alam semula jadi kerana anda boleh mendengar pelbagai jenis bunyi daripada haiwan.

Alamat: KM 20, Jalan Puncak Borneo, 93250 Siburan, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi-10.00 pagi, 2.00 petang-4.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

6. Muzium Kucing

Cat Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Ini ialah muzium kucing pertama di dunia yang mempamerkan semua info dan jenis kucing. Muzium ini diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara. Jika anda seorang pencinta kucing, anda perlu melawat muzium ini kerana ia mempunyai pelbagai pameran, gambar, seni berunsurkan kucing dan cenderahati kucing yang boleh dibeli. Ia juga mempunyai koleksi artifak kucing yang diperoleh daripada Muzium Negara. Anda akan dikenakan bayaran jika membawa kamera, iaitu RM 5, manakala kamera video pula RM5.

Alamat: Bangunan DBKU, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi-5.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. Taman Negara Bako

Bako National Park
Kredit Gambar: Awesome Travel

Taman Negara Bako telah menjadi taman negara sejak 1957 dan memberikan pengenalan yang sempurna kepada hutan dan hidupan liar Sarawak. Walaupun bersaiz kecil, taman negara ini mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, hutan paya, hutan bakau dan pelbagai lagi. Jika anda suka mendaki, taman negara ini sesuai untuk anda kerana ia menawarkan pelbagai jenis laluan pendakian yang menarik sambil dikelilingi oleh hutan tropika yang cantik. Taman negara ini merupakan rumah kepada kira-kira 275 monyet proboscis yang hanya boleh ditemui di Borneo.

Alamat: Muara Tebas Peninsular, 93000, Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi-5.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Jong’s Crocodile Farm

Jongs Crocodile Farm
Kredit Gambar: Pinterest

Ladang ini terletak di Siburan, Sarawak dan merupakan ladang buaya ternakan pertama dan terbesar di Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah kawasan tropika yang menghijau. Anda akan berpeluang untuk melihat buaya melalui jarak dekat dengan pengawasan dan keselamatan yang sudah ditetapkan oleh pihak ladang ini.

Alamat: Jalan Kuching – Serian, 94200 Siburan, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi-5.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

9. Taman Negara Niah

Niah National Park
Kredit Gambar: Borneo Adventure

Taman Negara Niah terletak di Miri dan dikenali sebagai tempat tinggalan manusia tertua ditemui di Asia Selatan. Ia mempunyai beberapa gua dan tapak arkeologi untuk pelancong lawati. Taman negara ini dikelilingi oleh hutan hujan primer yang subur dan padat yang juga merupakan rumah kepada flora dan fauna.

Alamat: Niah National Park, 98200 Miri, Sarawak

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8.00 pagi-1.00 petang), Rabu-Jumaat (8.00 pagi-1.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

10. Jambatan Darul Hana

Darul Hana Bridge
Kredit Gambar: Construction Plus Asia

Jambatan Darul Hana ialah jambatan gantung pejalan kaki berbentuk S yang dibuka secara rasmi pada November 2017 kepada orang ramai. Ia tidak mempunyai satu, tetapi dua dek tontonan yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah Sungai Sarawak. Jambatan ini bertindak sebagai laluan pejalan kaki dari WaterFront Kuching ke kampung-kampung di sekelilingnya dan tarikan bandar. Ia juga merupakan tempat yang sesuai bagi mereka yang gemarkan pemandangan matahari terbit atau terbenam.

Alamat: Darul Hana Bridge, 93000 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 pagi-12.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close