Shah Alam adalah sebuah bandar dan ibu negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di antara daerah Petaling dan sebahagian daerah Klang. Kuala Lumpur telah digantikan oleh Shah Alam sebagai ibu kota negeri Selangor pada tahun 1978 kerana Kuala Lumpur diperbadankan menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1974. Untuk maklumat anda, masjid terbesar di negara ini terletak di Shah Alam. Jika anda berada di sini, luangkan masa untuk melawat 8 tempat menarik di sini.
Bagaimanakah Anda Menentukan Tempat Menarik Untuk Dikunjungi Di Shah Alam?
Sama ada anda sedang menetap di Shah Alam atau merancang untuk berkunjung ke sini, anda perlu mengetahui tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. Jadi, kami cadangkan beberapa tip untuk memudahkan anda memilih tempat lawatan di Shah Alam dengan mudah.
1. Lokasi
Terdapat banyak tempat lawatan di Shah Alam yang boleh anda kunjungi. Namun begitu, anda perlu mengambil tahu jarak lokasinya terlebih dahulu sebelum berkunjung ke sana. Mencari lokasi yang berdekatan dengan anda adalah cara yang mudah untuk menjimatkan masa dan tenaga.
2. Bajet
Memandangkan terdapat banyak tarikan untuk dikunjungi, anda perlu menguruskan bajet anda sebelum memulakan perjalanan. Mencari tempat tarikan yang sesuai dengan bajet anda akan membantu melancarkan program lawatan anda.
3. Sesuai untuk Keluarga
Jika anda melancong bersama keluarga, anda perlu mengetahui sama ada tempat itu sesuai untuk keluarga ataupun tidak. Hal ini kerana ada sesetengah tempat yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jika anda melakukan kajian terlebih dahulu, hal ini boleh mengelakkan pembaziran masa dan wang anda.
8 Tempat Menarik untuk Dilawati di Shah Alam 2025
1. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam



Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru kerana kubah berwarna biru. Ia telah ditauliahkan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz pada 14 Februari 1974 apabila baginda mengisytiharkan Shah Alam sebagai ibu negeri baharu Selangor. Pembinaan masjid ini bermula pada 1982 dan akhirnya siap pada 11 Mac 1988. Boleh dikatakan masjid ini adalah masjid terbesar di negara ini dan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara.
Keunikan: Seni bina dan kubahnya berwarna biru
Waktu Operasi:
Isnin- Ahad (8.30 pagi -5.30 petang),
Jumaat (8.30 pagi – 1.00 petang, 2.00 petang – 5.30 petang),
Waktu rehat (1.00 petang – 2.00 petang)
Alamat: Persiaran Masjid St., Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
2. Selangor – Japan Friendship Garden



Selangor – Japan Friendship Garden adalah tarikan baharu yang unik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman berada di Jepun tanpa ke Jepun. Taman berinspirasikan Jepun ini mempunyai 5 zon pemandangan yang menakjubkan dan berukuran kira-kira 3 padang bola sepak. Pembinaan taman ini sebenarnya merupakan lambang hubungan perdagangan dan pelaburan antara Selangor dan Jepun. Landskap yang indah di sini juga sering kali menjadi tarikan pelancong untuk bergambar.
Keunikan: Landskap yang menarik dan cantik
Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi -6.30 petang)
Alamat: Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
3. i-City Theme Park




Disenaraikan oleh CNN Travel sebagai antara tempat paling terang dan paling berwarna-warni di dunia, i-City terletak di tengah-tengah Segi Tiga Emas Selangor. Taman ini mampu mempersonakan anda dengan lanskap cahaya LED yang menakjubkan. Pengunjung berpeluang menikmati musim sejuk di bawah 8 darjah Celsius di SnoWalk pada waktu malam. Taman ini adalah tempat yang sesuai dikunjungi bersama keluarga. Ia juga mempunyai muzium lilin untuk anda kunjungi.
Keunikan: Pelbagai tarikan menarik dan unik untuk habiskan masa bersama keluarga
Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 petangi -12.00 malam)
Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
4. Laman Seni Seksyen 7



Tempat ini mempamerkan banyak gambar atau lukisan estetik yang menarik dan unik. Ini adalah salah satu cara untuk mengubah lorong-lorong belakang yang gelap menjadi tempat yang bersih, estetik dan selamat dengan hiasan lukisan mural dan seni yang kreatif. Di samping itu, ia juga boleh menjadi kawasan tarikan pelancong untuk bergambar selain menghargai seni dan karya artis di sini.
Keunikan: Lukisan mural yang menarik untuk dipotretkan bersama keluarga
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
5. Nasi Kalut Jitra Mai Seksyen 7



Nasi Kalut Jitra Mai Seksyen 7 merupakan salah satu restoran yang terkenal di Shah Alam. Ia merupakan antara restoran Nasi Kandar terbaik yang perlu anda cuba! Menunya mudah dan harganya berpatutan. Anda tidak perlu ke Pulau Pinang untuk menikmati Nasi Kandar yang lazat. Nasi Kalut Jitra Mai Seksyen 7 boleh memberikan anda juadah Nasi Kandar yang pasti menyelerakan. Jika anda tidak mahu makan di restoran ini, anda boleh menggunakan servis pandu lalu untuk memesannya. Sungguh mudah, bukan!
Keunikan: Rasai kelazatan Nasi Kandar ini
Waktu Operasi: Setiap hari (10.30 pagi -10.00 malam), Jumaat (tutup)
Alamat: Jalan Keluli AN7/AN, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
6. JBR Bundle Shah Alam



JBR Bundle Shah Alam mempunyai banyak pilihan pakaian, kasut, buku dan pinggan mangkuk terpakai yang masih boleh digunakan dengan tawaran harga yang berpatutan. Terdapat pelbagai jenis reka bentuk, warna dan corak pada pakaian dan juga beg atau kasut yang mungkin dapat menambat hati anda untuk membelinya. Jangan lupa bawa duit secukupnya untuk ke sini, ya!
Keunikan: Pelbagai pilihan aksesori untuk dipilih dengan harga berpatutan
Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi -12.00 malam)
Alamat: Jalan Penyelenggara U1/73, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
7. Perpustakaan Raja Tun Uda



Perpustakaan Raja Tun Uda adalah perpustakaan 6 tingkat yang moden. Ia dilengkapi dengan kemudahan yang terkini serta boleh menempatkan kapasiti yang besar. Selain itu, perpustakaan ini mempunyai stesen kerja yang selesa untuk mereka yang memilih untuk melakukan tugasan di sini. Perpustakaan ini sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menyediakan zon kanak-kanak yang popular dan terjaga. Selain itu, ia dikelilingi taman dan tasik yang indah, sekali gus menjadikan lawatan anda ke sini tenang dan aman.
Keunikan: Tempat yang luas dan indah untuk belajar dan dilawati
Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 6.00 petang)
Alamat: Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
8. Maya Park Eco Ardence



Maya Park Eco Ardence adalah taman terbuka yang terletak dalam perbandaran Eco Ardence di Setia Alam. Taman mesra keluarga ini mempunyai tasik yang besar serta kawasan untuk beraktiviti dan bersenam. Anda boleh bersiar-siar di sepanjang trek laluan yang dibina di sini, berbasikal atau melihat matahari terbenam bersama rakan-rakan atau ahli keluarga. Pendek kata, menghabiskan masa anda di sini bersama keluarga dapat mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan yang terbina.
Keunikan: Tempat beriadah yang cantik untuk luangkan masa bersama keluarga
Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 pagi – 11.00 malam)
Alamat: 40170, Persiaran Setia Alam, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.