10 Aplikasi Arah Kiblat Terbaik di Malaysia

Sebagai seorang muslim, solat itu merupakan tiang agama yang wajib dikerjakan selagi termampu. Oleh sebab itu, walau di mana anda berada, anda perlu mengerjakan solat sebaik mungkin untuk menunaikan kewajipan anda sebagai seorang muslim. Anda boleh mengetahui serba sedikit tentang ilmu pengetahuan mengenai arah kiblat di Internet dan laman web kementerian agama. Mereka ada menyenaraikannya. 

Jika dahulu, untuk menentukan arah kiblat, anda perlu melihat kedudukan matahari. Namun kini, teknologi sudah berkembang dan penciptaan aplikasi yang membantu anda menentukan arah kiblat juga terut dicipta. Selain menentukan kiblat, aplikasi ini juga dilengkapi dengan bacaan Al-Quran dan mutiara kata yang boleh menyerikan permulaan hari anda. Tambahan pula, terdapat juga barisan doa yang boleh anda amalkan melalui aplikasi seperti ini.

Apakah itu kiblat?

Mungkin bagi anda di luar sana tidak mengetahui apa itu kiblat, tetapi kiblat sebenarnya arah yang telah ditetapkan untuk umat islam dalam mengerjakan ibadah. Kiblat sebenarnya merupakan arah yang ditetapkan yang menghadap Kaabah di Masjidil Haram yang terletak di Mekah, Arab Saudi. Ketepatan arah kiblat ini amat penting supaya umat Islam dapat menunaikan solat dengan sempurna. Arah ini merupakan arah yang umat Islam perlu ikuti apabila menunaikan solat, tidak kira di mana sahaja mereka berada. 

Bagaimanakah mengetahui aplikasi tersebut sesuai digunakan dalam kehidupan seharian?

Pertama sekali, anda perlu mengetahui sama ada arah kiblat yang dibekalkan oleh aplikasi tersebut adalah tepat atau tidak. Hal ini boleh disemak melalui pergerakan matahari. Kedua, anda perlu melihat fungsi apa yang ditawarkan oleh aplikasi ini. Semakin banyak fungsi yang ditawarkan, semakin menarik aplikasi tersebut.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa anda haruslah memastikan fungsi yang ditawarkan itu berkesan dan boleh diguna pakai dengan sempurna. Kebanyakan aplikasi yang ada di pasaran memiliki konsep dan pendekatannya yang tersendiri. Pilih aplikasi yang anda perlukan dan memudahkan anda dalam kehidupan seharian.  

10 Aplikasi Arah Kiblat Terbaik di Malaysia

1. Kompas Kiblat

mhI59QfRjj7w4Buc 6V igjFpGp0MfiEVlJMyLDBxbW0rHb0gPErrm2i rDMmuxJtGa=w240 h480 rw
10 Aplikasi Arah Kiblat Terbaik di Malaysia 12

Untuk aplikasi ini, anda bukan sahaja dapat mencari arah kiblat tetapi ia juga mencari masjid yang berdekatan dengan anda! Aplikasi arah kiblat ini digunakan untuk mencari arah Kaabah di Mekah pada peta kompas. Kompas kiblat ini akan menemui lokasi kiblat dalam masa nyata. Apa yang menariknya, anda boleh menggunakannya di mana sahaja anda berada. Selain itu, teknologi GPS juga digunakan untuk membantu anda mencari arah kiblat dengan cepat dan tepat. Aplikasi ini mempunyai 2 mod pencarian kiblat iaitu mod dengan menggunakan peta kompas, yakni dalam talian, dan mod kedua ialah tanpa menggunakan talian. Aplikasi ini telah dimuat turun lebih 100K umat Islam di seluruh dunia!

2. Miqat

vceY jP305XBa5i gpcaS5V2 f2 kkDbFNaGISLhhpbxoW7UhwvVRsrt5Nbjro0uGw=w240 h480 rw
10 Aplikasi Arah Kiblat Terbaik di Malaysia 13

Aplikasi ini bukan sahaja memberitahu arah kiblat yang tepat tetapi ia juga mengemaskini waktu solat berdasarkan lokasi nyata anda. Hebat bukan! Selain itu, aplikasi ini menggunakan konsep 3D bintang, matahari, bulan dan planet untuk menjadikannya lebih interaktif dan menarik. Kalau anda hendak tahu, aplikasi ini telah dimuat turun hampir 5 juta pengguna di seluruh dunia!

3. Muslim Waktu Solat, Quran, Dua

lMNRD0K9wScih 6MkhXBz2TtmwVAdQ ZG8ZtGIr156VZLIE DJOBXbe4brhixuC9XHg=w240 h480 rw
10 Aplikasi Arah Kiblat Terbaik di Malaysia 14

Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang digemari oleh ramai pengguna. Hal ini kerana ia bukan sahaja menunjukkan arah kiblat, tetapi turut terkandung waktu solat dan juga virtual Al-Quran yang boleh dibaca oleh umat Islam walau di mana sahaja mereka berada. Selain itu, ia juga mengandungi himpunan doa yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Disebabkan fungsinya yang pelbagai, seramai 100K umat Islam di seluruh dunia telah memuat turunnya!

4. Arah Kiblat- Kompas Kiblati

oanPKGB6BXblrL 6ZssOY3pGBxPptt6srdVQaoHAoLTc4YxRdWlk66KQpvpPTRmSwbY=w240 h480 rw
10 Aplikasi Arah Kiblat Terbaik di Malaysia 15

Ini adalah satu lagi aplikasi yang mempunyai pelbagai fungsi dan digemari oleh umat Islam. Aplikasi ini bukan sahaja menentukan arah kiblat tetapi ia juga turut memaparkan masjid yang berdekatan anda. Selain itu, aplikasi ini juga menyenaraikan nama-nama Allah untuk pengetahuan umat Islam dan para pengguna. Aplikasi ini mendapat 4.5 bintang di Google Play Store dan dimuat turun hampir 10 juta pengguna.

5. مواقيت الصلاة – Waktu Solat 360

OctmfveXZ Q H c5Edy3Ac58cOsl4IutW1tb9xxAA ys1UfYVFJhksBfRKHDFNNqrLy1=w240 h480 rw
10 Aplikasi Arah Kiblat Terbaik di Malaysia 16

Aplikasi ini merupakan aplikasi yang mempamerkan waktu solat dan juga arah kiblat yang tepat. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi ramalan cuaca untuk digunakan oleh para pengguna. Dengan adanya fungsi ramalan cuaca, ia dapat membantu para pengguna untuk mengatur masa perjalanan mereka ke luar dengan lebih mudah. Aplikasi ini telah diberi rating 4.7 bintang di Google Play Store dan dimuat turun sebanyak 500k oleh pengguna di seluruh dunia.

6. Qibla Finder Compass 100%

Up7xDGQbygBFWVsv ZzmRGyZRnjgcvRRsD8olOG0x Drhe2vCV5J1qcB5fPMfcsP6A=w240 h480 rw
10 Aplikasi Arah Kiblat Terbaik di Malaysia 17

Seperti namanya, aplikasi ini dibangunkan untuk mencari arah kiblat yang tepat buat para penggunanya. Aplikasi ini membolehkan anda menggunakan Qibla Compass tanpa Internet. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tiga jenis peta yang berbeza. Anda boleh memilih mode peta mengikut kesesuaian anda. Aplikasi ini telah dinilai sebanyak 4.2 bintang dan dimuat turun sebanyak 5 juta oleh pengguna di seluruh dunia.

7. Muslim: Prayer Time, Qibla

Muslim Prayer Time Qibla
10 Aplikasi Arah Kiblat Terbaik di Malaysia 18

Sepertimana aplikasi penunjuk arah kiblat yang lain, aplikasi ini juga berfungsi untuk mencari arah kiblat yang tepat bagi memudahkan umat Islam untuk mengerjakan solat. Namun, aplikasi ini lengkap dengan zikir harian yang boleh diamalkan oleh para penggunanya. 99 Nama Allah juga turut dilengkapkan di dalam aplikasi ini bagi meluaskan pengetahuan para penggunanya tentang agama. Aplikasi ini diberi rating 4.6 bintang dan dimuat turun sebanyak 10 juta pengguna di seluruh dunia.

8. Qibla Finder & Kaaba Compass

owoBXaqMKHAXD4fLTJ5smWlpM7Iqh Es7E6 RRTf3kCRWF2ZaZSBbBVNITM67NtEsA=w240 h480 rw
10 Aplikasi Arah Kiblat Terbaik di Malaysia 19

Dengan memuat turun aplikasi ini, anda bukan sahaja dapat mengetahui arah kiblat dan waktu solat tetapi ia turut dilengkapi dengan fungsi yang mengesan kedudukan masjid di sekeliling anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan virtual Al-Quran dan juga 99 Nama Allah. Boleh dikatakan, kebanyakan aplikasi penunjuk kiblat memiliki fungsi sebegini bagi memudahkan urusan seharian para pengguna. Aplikasi ini diberi rating 4.5 bintang dan dimuat turun sebanyak 1 juta oleh pengguna di seluruh dunia.

9. Muslim Pro: Quran, Athan Prayer

ff2YWJVdDkFIJ2CHdfE7OHU 63a7ols bEnVLLR9LDFzSQKjJyDeHE7y8Mz5VI6lros=w240 h480 rw
10 Aplikasi Arah Kiblat Terbaik di Malaysia 20

Kalau anda hendak tahu, aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang digemari oleh umat Islam di seluruh dunia. Aplikasi ini bukan sahaja mempunyai banyak fungsi seperti himpunan doa harian dan virtual Al-Quran, malah ia turut dilengkapi dengan kalender Islam dan juga peta restoran halal di sekeliling anda! Ia juga telah diterjemahkan ke dalam lebih 40 bahasa bagi memudahkan pemahaman pengguna di seluruh dunia. Aplikasi ini telah dinilai 4.5 bintang dan dimuat turun sebanyak 100 juta pengguna di seluruh dunia.

10. Qalby

10 Aplikasi Arah Kiblat Terbaik di Malaysia 21

Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini sebenarnya telah dibangunkan oleh Mizz Nina dengan kerjasama syarikat Eternal Reward Sdn. Bhd. Dalam aplikasi ini, anda akan lihat pelbagai fungsi yang boleh anda gunakan seperti mencari penunjuk arah kiblat, himpunan doa harian, virtual Al-Quran dan juga pemberitahuan waktu solat. Apa yang membezakan aplikasi ini dengan aplikasi lain ialah aplikasi ini mempunyai Qalby Communiti. Qalby Communiti ini merupakan himpunan perkongsian tip ibadah dan juga cerita-cerita motivasi di dalamnya. Rating aplikasi ini ialah 4.6 dan dimuat turun sebanyak 500k oleh pengguna di seluruh dunia.

Demikianlah senarai aplikasi yang boleh anda cari dan muat turun ke dalam telefon pintar anda bagi penunjuk arah kiblat. Selain menjalankan fungsi utamanya, aplikasi ini juga dilengkapi dengan pelbagai kelebihan yang menarik untuk memudahkan urusan anda seharian. Menjalankan kewajipan sebagai umat Islam tidak pernah menyulitkan kerana Islam adalah agama yang memudahkan penganutnya untuk beribadah. Semoga perkongsian kami pada kali ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close